Isnin, April 16, 2012

Novel untuk Emak dan Abah.



***

Arwah Emak adalah orang yang paling banyak memberi sokongan, dorongan dan semangat kepada saya, untuk menulis dan untuk hidup.

Saya mendapat tawaran menulis manuskrip Wajah Hati Redha sewaktu masih mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang atau LLB (Hons) di UiTM Shah Alam.

Sekiranya ada yang sedang belajar -- atau telah lulus -- dari Sekolah Undang-Undang UiTM, pasti faham: soal tekanan dan kesibukan pelajar LLB UiTM.

Masuk kelas pukul 8 pagi. Pulang lewat malam.

Setiap kali -- setiap kali -- saya katakan yang saya sudah putus asa untuk menyiapkan karya ini, Emak akan menegur dan menyantuni keluhan saya.

Kalau buat kerja... mesti dihabiskan,” pesan Emak. “Jangan buat separuh-separuh.”

Saya terlalu rindukan saat-saat duduk berbual dengan Emak di hadapan TV.

Rindu melihat kelibat Emak menyiram pokok-pokok bunga orkid kesayangan Emak.

Rindu masakan Emak yang lazat.

Terlalu rindukan Emak.

Terima kasih Emak. Terima kasih Emak. Terima kasih Emak.

Terima kasih Abah.

Terlalu banyak jasa Emak dan Abah kepada saya.

Novel ini, saya hadiahkan untuk Emak dan Abah.

Sekiranya ada manfaat dan pahalanya, semuanya saya sedekahkan buat Emak dan Abah.

Tempahan Novel.


Salam.

Kepada para sahabat budiman yang berminat membuat tempahan untuk karya sulung saya, “Wajah Hati Redha: Skuadron Rakyat” boleh dibuat melalui saya sendiri.

Hanya perlu maklumkan kepada saya di blog ini ataupun boleh layari http://www.nur-johan.com.my/eshop/.

Harganya hanya RM19.90 sahaja.

Harta kita ialah maruah. Penyelamat kita ialah iman.”

Selamat meredhai perjuangan hidup insani.

Isnin, April 09, 2012

Sunyi.

Alhamdulillah, kerja untuk hari ini baru dibereskan.

Berseorangan di pejabat waktu-waktu begini, puisi hidup -- sayup-sayup -- mampir dan pergi secara sendiri.

Terima kasih sunyi, kerana sudi menemani.

Suara Hari Esok.

***



***

Hang kata hang tera?” – Dialog Filem Ali Setan.
Aiman tak kisah.” – Kata Aiman, pelajar sekolah.
Amacam?” – Tanya Pak Jabit.

***



***

Harapan... hatiku... ingin hidup bahagia...” – Lirik lagu Ukays.


***

Salam pencerahan.

***

Mengenang Jasa Seorang Presiden.


***

Mengenang Jasa Seorang Presiden
(untuk Dr. Siddiq Fadzil, Presiden ABIM sesi ’82 – ’91)


Kau warisi nakhoda
ketika taufan mengamuk, lautan bergelora
awak kapal dilanda krisis kepercayaan
di malam gelap, kompas tidak menunjuk arah.

Di pantai sana
orang bergendang keriangan
ABIM nazak
menunggu masa untuk ditalqinkan.

Kejernihan pemikiran, membuahkan
keteguhan keyakinan, melahirkan
keberanian bertindak, tanpa mengenal lelah
keikhlasan amal, menjadikan
doa-doa dikabulkan Tuhan

Belum sempat menarik nafas lega
muncul penohok kawan seiring
penggunting dalam lipatan
sekali lagi
badai melanda, bahtera oleng
kecepatan, kejituan dan ketegasan tindakan, yang
penuh hikmah kebijaksanaan
menuntaskan penyelesaian.

Pemimpin agung tidak lahir
dalam istana dan subsidi
manusia besar ialah
anak pergelutan masalah kemanusiaan
penunggang terbaik krisis demi krisis
pelari yang memintas masa
pemeran utama perjalanan sejarah.

Kini,
Angkatan Belia Islam Malaysia
akarnya, telah menjunam ke perut bumi
pucuknya, telah menyapu-nyapu awan
buah dimakan orang lalu
tak akan sekah dek angin
tak akan tumbang dek badai

Siapa yang menabur bakti
akan mengetam jasa
siapa yang menyemai amal
akan menuai pahala
siapa yang menanam ikhlas
akan memetik syurga

Sampai hati tuan berjalan
rumah siap tuan tinggalkan
hanya doa dapat kami bekalkan
semoga, selamat sampai di tujuan.

Kepergianmu paduka
kami lepas dengan rela dalam paksa
menentang takdir kami tak kuasa
yang tinggal mesti menyiapkan kerja

Kami harap padamu tuan
Maafkan segala kesalahan
Kenanglah kami dalam pemikiran
Sebutlah kami dalam kerinduan

***

Borneo Menggugat,
Seremban, Ogos 1991.

Uk uk ak ak uk uk: Seputar Persidangan Beruk-Beruk Bersatu (membincangkan hak asasi beruk).



***

Uk uk ak ak uk uk
bejat bejat
kalian bejat
binasa binasa
kalian binasa

Uk uk ak ak uk uk
hei manusia!
tutuplah telinga, agar tiada jahat yang kau dengar
tutuplah mulut, agar tiada jahat yang kau ucap
tutuplah mata, agar tiada jahat yang kau tatap

Uk uk ak ak uk uk
ada janin kau buang
ada anak kau dera
ada mahkamah kau dininabobokan uang
ada ummah kau berpecah
ada akal kau persia
hidung berbelang berpalit arang
saat yang haram kau sapuratakan

Uk uk ak ak uk uk
sidang sore ini
melulus bulat satu resolusi
bahwa kami, beruk-beruk bersatu
mengecam sekeras-kerasnya,
usaha menyamakan beruk
dengan kau, manusia bobrok

Uk uk ak ak uk uk
sungguh, kau dalam perarakan menuju hari mati
sedang ketakutan sudah lama
-- membunuhmu --
hei manusia!

Che Din.

Doa Emak.


Nulislah ikut kata nubari... lebih jujur,” – SN Dato’ Dr Ahmad Khamal Abdullah (Dato’ Kemala).

Sasterawan Negara yang terpilih sebagai penerima Anugerah Sastera Negara (ASN) ke-11 ini, merupakan salah seorang sahabat Fb saya.

Begitulah, antara kebaikan Fb: penulis/rakyat marhaen seperti saya, dapat berhubung dengan tokoh penulis/pemimpin tanpa kekangan yang rumit dan menyesakkan.

Kami mula berhubung di Fb -- kalau tidak silap saya -- sejak tahun 2010.

Dato’ Kemala mula saya tonton sosoknya sedari saya kecil, menerusi TV Pendidikan -- yang dahulunya -- disiarkan di RTM2.

Dato’ Kemala menyuarakan keinginannya untuk membaca novel sulung saya, Wajah Hati Redha: Skuadron Rakyat.

Meskipun novel ini sederhana, keinginan yang beliau suarakan -- sedari saya baru menulis deraf manuskrip, sehinggalah novel tersebut selamat diterbitkan -- benar-benar membuatkan saya senang.

Senang, kerana doa Arwah Emak saya dimakbulkan TUHAN:
Nanti ada rezeki... kalau siap dicetak nanti... bukan setakat budak sekolah, Sasterawan Negara pun boleh baca.”


Sayang Emak, rindu Emak.

Al-Fatihah.

Al-Fatihah.

Al-Fatihah.

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...