Sabtu, April 07, 2012

Novel, Wajah Hati Redha: Skuadron Rakyat.



**************************************************************
Gambaran Ahmad Redha sedang berpidato di rumah Tok Penghulu Haji Dali.



Aku lebih rela berjuang berlima daripada memiliki angkatan perang seribu orang, tetapi semangatnya lemah. Bukankah kita berjuang untuk anak bangsa? Perjuangan kita untuk kepentingan tanah air pada hari ini dan masa depan.”

Perjuangan ini adalah perjuangan kita. Merdeka! 
***************************
Gambaran Shukor Dhani sedang berpencak.

 “Tentera kita bukan tentera British. Bukan juga tentera Komunis. Kita tentera rakyat, terdiri daripada rakyat. Berkhidmat sepenuh hati untuk rakyat.

-----------------------------------------------------

Sinopsis Novel, Wajah Hati Redha: Skuadron Rakyat
Tahun 1940an. Tanah Melayu bergolak. Malapetaka Darwinisme menjengah Kampung Kundang, Selangor. Di kala negara kuasa-kuasa besar berebut-rebut mempamerkan kuasa mereka, negara-negara kecil menjadi mangsa. Sejarah perjuangan menentang British yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela menjadi pedoman buat Ahmad Redha, Shukor Dhani dan sahabat-sahabatnya untuk bangkit, menentang penaklukan Jepun ke atas desa tercinta.

Kisah perjuangan Redha menentang penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Redha, pejuang yang cekal menghadapi kesusahan zamannya demi agama, bangsa dan tanah air. Demi hasrat memperjuangkan kemerdekaan, Redha rela mengorbankan kasih pada isterinya. Redha bersama rakan-rakan pejuangnya menentang kedatangan Jepun di Kampung Kundang. Mereka merupakan skuadron rakyat yang berkhidmat sepenuh hati untuk rakyat.

Ahmad Redha kental berjuang, di bawah tadahan hujan - dalam kemuliaan perjuangan, atas nama TUHAN.
------------------------------------------------------------------

Salam.

Alhamdulillah, karya sulung saya, Wajah Hati Redha: Skuadron Rakyat telah diterbitkan. Moga ada manfaatnya dalam menentang kebobrokan dalam masyarakat terbanyak, in sya ALLAH.

Syukur, ada juga yang sudi mengupas novel saya ini. Karya yang sederhana ini, saya tulis dari hati, buat anak bangsa tercinta.


Wajah Hati Redha merupakan manifestasi langkah-langkah awal saya sebagai seorang yang bercita-cita untuk menjadi penulis. Perjalanan saya masih jauh. Masih terlalu jauh.


Terima kasih, Tuan Mohd Isa Abd Razak, atas teguran dan pedoman. Budi Tuan jadi kenangan.


Pembaca budiman bolehlah merujuk kepada pautan ini:


Harta kita ialah maruah. Penyelamat kita ialah iman.”

Selamat meredhai perjuangan hidup insani.

Khamis, April 05, 2012

Tafakur.


Hah hoh heh
heh hoh hu
hi hah heh

dakwaanku, ini puisi jujur
puisi orang dalam tafakur

dalam hening luhur
noble silence penghadang takabbur

kerana yang berucap bahasa manusia
bisa saja menimbang dusta

maka patik pacal hina, berbicara bahasa hati lebur
yang mungkin tak difahami, tapi moga penuh isi

penuh sarat insaf diri
pada taubat buat Sang Ar-Rahim

***

menyesali perpecahan
menyesali pembunuhan

menyesali persengketaan
menyesali pencekcokan

umat sarwajagat

'kan kita sekeluarga, satu sarana menggapai redha-NYA?
bersama impian sama -- bersatu

...ke pintu syurga

Hah hoh heh

heh hoh hu

hi hah heh

Di luar lingkungan minda.

***



***

Rabu, April 04, 2012

Naik minyak.


Yang naik harga minyak. Yang jadi tambah mahal, harga barang.

Yang terpisat-pisat, rakyat.

"Tak pa, kita semua mana pakai kereta mahai."

"Kita guna minyak murah ja."

"Tak pa."

"Tak."

Ini soal sikap. Ini soal kebajikan kita.

Yang utama dan yang diutamakan.


Tempoh hari, saya menonton sebuah forum orang Arab di TV Al Hijrah. Kata salah seorang penalis: "membangunkan modal insan adalah lebih penting daripada membangunkan roket."

Maksudnya, ada keutamaan yang perlu dipertimbangkan.

Contohnya, dalam konteks pelajar, sepatutnya, keutamaannya ialah: murid faham dan dapat manfaatkan ilmu yang dipelajari.

Bukannya siapa dapat paling banyak A, dia yang paling pandai (tapi tak faham ilmu).

Dalam konteks negara, modenisasi seharusnya diseimbangkan dengan pembangunan modal insan.

Tak guna kalau ada bangunan tertinggi di dunia, kalau masih ada rakyat marhaen yang makan siput khinzir dan tidak mampu bersekolah.

Itu asas negara bangsa yang maju.

Isnin, April 02, 2012

Wajah Hati Redha: Skuadron Rakyat



**************************

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, kamar hati ini cukup teruja, sambil diselit kegembiraan yang membuncah, selepas manuskrip novel sulung saya, Wajah Hati Redha: Skuadron Rakyat berjaya disiapkan dan diluluskan untuk urusan penerbitan, dengan izin ALLAH S.W.T.

In sya ALLAH, saya akan ikhtiarkan untuk memaparkan gambar kulit muka hadapan (cover) novel saya dalam entri yang akan datang.

Dengan penuh rasa rendah diri, saya sajikan novel ini kepada pembaca yang budiman, seadanya, baik dan buruknya sekali: baik untuk dimanfaatkan, buruk untuk dibuang.

**************************

Sedikit sinopsis novel ini:
Tahun 1940an. Tanah Melayu bergolak. Malapetaka Darwinisme menjengah Kampung Kundang, Selangor. Di kala negara kuasa-kuasa besar berebut-rebut mempamerkan kuasa mereka, negara-negara kecil menjadi mangsa. Sejarah perjuangan menentang British yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela menjadi pedoman buat Ahmad Redha, Shukor Dhani dan sahabat-sahabatnya untuk bangkit, menentang penaklukan Jepun ke atas desa tercinta.

Kisah perjuangan Redha menentang penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Redha, pejuang yang cekal menghadapi kesusahan zamannya demi agama, bangsa dan tanah air. Demi hasrat memperjuangkan kemerdekaan, Redha rela mengorbankan kasih pada isterinya. Redha bersama rakan-rakan pejuangnya menentang kedatangan Jepun di Kampung Kundang. Mereka merupakan skuadron rakyat yang berkhidmat sepenuh hati untuk rakyat.

Ahmad Redha kental berjuang, di bawah tadahan hujan - dalam kemuliaan perjuangan, atas nama TUHAN.

**************************

Novel ini baru sahaja siap dicetak minggu lalu. Justeru, sekiranya ada pihak atau sahabat budiman yang berminat untuk membuat tempahan awal novel saya, bolehlah berhubung dengan saya menerusi:

i) Blog ini http://chedinsphere.blogspot.com/;

ii) Laman Facebook Che Din; dan

iii) Emel saya, hujjahpawana@yahoo.com

Saya akan berikan nombor telefon bimbit saya buat sahabat yang betul-betul berminat untuk membuat tempahan.

Untuk novel ini, saya menggunakan nama pena Zairudin Ashrafi; iaitu gabungan nama penuh saya dan nama anak menakan saya, Ammar Ashrafi.

Saya amat berharap agar novel ini diterima ramai, sekurang-kurangnya, bagi menggalakkan kita semua menghargai sejarah anak bangsa dan tanah air.

Kerana kemerdekaan bumi tercinta ini tidak hanya berisi sisi damai; tetapi juga korban jiwa.

**************************



Al-Fatihah yang sekudusnya: buat semua bapak dan ibu kita. Pejuang bangsa - skuadron rakyat - yang redha berjuang; menempa rantai perjuangan; bersulamkan kesabaran dan kesedaran.

Salam.

Jatuh rindu.


Jadual hidup agak serabut.

Mencari ruang untuk diri.

Cari.

cari.

d
a
n

c.a.r.i

Dan, terus hilang dalam ramai.

Rindunya pada Arwah Emak.

Al-Fatihah.

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...