Jumaat, Oktober 26, 2012

16hb Oktober 2012: Seminar Kesedaran Perundangan Syariah.


 Sekitar Seminar Kesedaran Perundangan Syariah’ anjuran Bahagian Pendakwaan Syariah, Jabatan Agama Islam Selangor pada 16hb Oktober 2012.
16hb Oktober 2012.
Kecelaruan nilai perlu diperbetulkan sebagai pra-syarat penting mengembangkan kesedaran syariah di Negara ini.” Begitulah penegasan yang dikemukakan Presiden ABIM, Amidi Abd Manan ketika menghadiri ‘Seminar Kesedaran Perundangan Syariah’ anjuran Bahagian Pendakwaan Syariah, Jabatan Agama Islam Selangor pada 16hb Oktober lalu. Beliau adalah panelis sesi ketiga bersama dengan Tuan Haji Musa Awang (Presiden, Persatuan Guaman Syarie Malaysia), Tuan Haji Fauzi (Hakim Mahkamah Syariah Selangor), serta Saudara Shah Jihan, dari bahagian pendakwaan Syariah JAIS.

Sepanjang seminar tersebut, masyarakat menunjukkan keprihatinan yang sangat tinggi terhadap perlaksanaan perundangan syariah di negara ini. Ini dapat dinilai berdasarkan kepada siri-siri persoalan serta luahan pendapat yang dikemukakan oleh para hadirin.  Seminar tersebut antara lain menekankan peranan jawatankuasa kariah yang dipertanggungjawabkan bagi kelakuan anak kariah masjid itu dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.

Soalnya, apakah jawatankuasa kariah melaksanakan tanggungjawab tersebut serta peka terhadap sebarang amalan maksiat dan kemungkaran yang berlaku di persekitaran mereka? Dalam proses pencegahan maksiat, orang awam mempunyai kewajipan untuk membantu menangkap dan mencegah kemungkaran. Perkataan yang digunakan di dalam Enakmen Tatacara Jenayah adalah ‘Tiap-tiap orang adalah terikat untuk membantu.’ Peranan orang awam sangat penting, jangan menjarakkan diri dari nahi munkar sebagaimana kita diseru untuk amar maaruf.

* Sedikit tulisan berkenaan Grup Peguam ABIM:

Logo ABIM.
**********************************
Entri-entri berkaitan:
  1. Untuk sejarah ringkas ABIM, boleh rujuk pautan ini: http://chedinsphere.blogspot.com/2010/12/sejarah-angkatan-belia-islam-malaysia.html.
  2. Teks ucapan kemerdekaan oleh Ustaz Siddiq Fadzil: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/08/mensyukuri-nikmat-menginsafi-amanat.html.
  3. Peluncuran buku Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/07/buku-islam-dan-melayu-martabat-umat-dan.html.
  4. Peluncuran buku Yusuf Qaradhawi dan Kebangkitan Rakyat: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/08/sekitar-majlis-diskusi-dan-peluncuran.html.
  5. Muktamar ABIM ke-41 (2012M): http://chedinsphere.blogspot.com/2012/10/seputar-muktamar-sanawi-abim-ke-41-2012m.html.
  6. Pelancaran Tabung bosnia ABIM pada 1992: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/10/9hb-jun-1992-pelancaran-tabung-bosnia.html.
  7. Sedikit tulisan berkenaan Grup Peguam ABIM (GPA): http://chedinsphere.blogspot.com/2012/08/abim-dilantik-sebagai-pengerusi-ujn.html.
*****************
Sumber:

************************



Tiada ulasan:

Catat Ulasan