Jumaat, Oktober 26, 2012

Perutusan Aidil Adha 1433H: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).


Logo ABIM.
Masjidil Haram, masjid paling suci. Masjidil Haram dibina mengelilingi Kaabah, iaitu kiblat sewaktu menunaikan solat. Kajian menunjukkan bahawa Kaabah adalah Pusat Bumi, dengan ketepatan ratio 1.618. Subhanallah.
Masjid An-Nabawi, masjid kedua paling suci dan terletak di Madinah Al-Munawarah. 
Masjid yang dibina sendiri oleh Nabi Muhammad SAW ini 
turut menempatkan makam Baginda SAW.
Masjid Al-Aqsa (Masjid Yang Jauh), masjid ketiga paling suci. Terletak di Kota Baitul Maqdis, Palestin. Rejim Zionis giat menjalankan kerja cari gali di bahagian bawah Masjid Al-Aqsa, sehingga mengakibatkan berlaku keretakan pada beberapa bahagian masjid suci tersebut. 
Kubah Batu-Asy-Syakrah (Dome of the Rock), antara binaan terindah di dunia dengan kubah emasnya. Sering dirujuk secara silap sebagai Masjid Al-Aqsa. Kubah Asy-Syakrah terletak bersetentang dengan Masjid Al-Aqsa yang usang dan berkubah hijau.
Presiden ABIM, Saudara Haji Amidi Abd Manan,
bergambar kenangan bersama keluarga beliau yang bahagia.

**********************************

Perutusan Aidil Adha 1433H Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Aidil Adha kembali lagi pada tahun ini dengan penuh keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT. Seharusnya sebagai umat yang beriman serta memahami akan kepentingan peristiwa dan falsafah korban ini mengambil pengajaran dan iktibar secara jelas bagaimana kisah dan ibrah korban ini mampu memberi impak yang positif dalam kebangunan Umat khususnya di Malaysia. Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail yang diungkap dalam lembaran sejarah besar umat islam tidak hanya menjadi peristiwa dan kisah yang kosong tanpa dilihat dari sudut pembinaan diri, keluarga dan masyarakat. Sesungguh lembaran sejarah pengorbanan yang dinukilkan dalam Al-Quran berkenaan peristiwa ini tidak lain untuk membentuk keperibadian hamba yang terpuji kepada penciptanya.

Justeru penampilan watak Ibrahim, Ismail dalam kisah ini semata-mata untuk menjadi iktibar Pembinaan sahsiah murni selaras dengan pembinaan Karamah Insaniah yang sering menjadi mesej pembentukan insan menurut Islam. Ini digambarkan oleh Allah yang bermaksud:
Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, karena itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah).” (Al-Hajj, 22: 34)

Pengorbanan yang digambarkan dalam Al-Quran oleh 2 tokoh besar ini harus dilihat dari sudut yang lebih luas. Bagaimana hubungan ketuhanan dan kemanusiaan sering terjalin dalam pembinaan Ummah. Pengorbanan yang menuntut insan menzahirkan keikhlasan pengibadahannya kepada penciptanya lebih besar daripada keinginan kepada nilai kemanusiaan.

Nilai kepatuhan dan jati diri yang tinggi kepada penciptanya harus diberi makna besar dalam konteks sebuah masyarakat moden hari ini. Perayaan Eidul Adha yang dirayakan pada hari ini janganlah sekadar menjadi peristiwa kecil dalam konteks kefahaman diri umat. Biarlah ianya memberi kesan dalam jiwa nurani umat membantuk kefahaman iman kepada tuhannya dan kesejahteraan manusiawi yang terhasil daripada Aqidah yang murni.

Bersempena Eidul Adha pada tahun ini kami dari Angkatan Belia Islam Malaysia ingin mengucapkan selamat menyambut perayaan besar ini dengan kefahaman dan kesedaran yang tinggi. Biarlah nilai pengorbanan dan kekuatan iman menjadi asas pembinaan dan kefahaman dikalangan masyarakat dinegara ini.

Amidi Abd Manan
Presiden ABIM.


************


**********************************
Entri-entri berkaitan:
1.     Untuk sejarah ringkas ABIM, boleh rujuk pautan ini: http://chedinsphere.blogspot.com/2010/12/sejarah-angkatan-belia-islam-malaysia.html.
2.     Wacana ke-15 Sinar Harian: Peranan Ulama Menasihati Pemimpin: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/10/wacana-ke-15-sinar-harian-peranan-ulama.html?spref=fb.
3.     Teks ucapan kemerdekaan oleh Ustaz Siddiq Fadzil: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/08/mensyukuri-nikmat-menginsafi-amanat.html.
4.     Peluncuran buku Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/07/buku-islam-dan-melayu-martabat-umat-dan.html.
5.     Peluncuran buku Yusuf Qaradhawi dan Kebangkitan Rakyat: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/08/sekitar-majlis-diskusi-dan-peluncuran.html.
7.     Pelancaran Tabung Bosnia ABIM pada 1992: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/10/9hb-jun-1992-pelancaran-tabung-bosnia.html.
8.     Sedikit tulisan berkenaan Grup Peguam ABIM (GPA): http://chedinsphere.blogspot.com/2012/08/abim-dilantik-sebagai-pengerusi-ujn.html.

**********************************

Tiada ulasan:

Catat Ulasan