3hb Disember
1959: Sekitar Istiadat Hari Kebangsaan Singapura, di mana abang kepada Encik
Aziz Ishak (Menteri Pertanian), Encik Yusof Ishak dilantik menjadi Yang
Dipertuan Negara Singapura yang pertama. Rombongan Malaysia yang hadir terdiri
daripada wakil Kerajaan Perikatan, Encik Aziz Ishak dan pemimpin pembangkang
seperti Dr Burhanuddin al-Helmy dan Datuk Ahmad Boestamam.
Pada 3hb
Julai 1965, Encik Yusof dijadikan Canselor Universiti Kebangsaan Singapura. Beliau (Encik
Yusof Ishak) dilantik sebagai Yang di-Pertuan Negara Singapura pada 3 Disember
1959, menjadikan beliau orang tempatan pertama memegang jawatan tersebut. Pada 9hb Ogos 1965, apabila Singapura
berpisah dari Malaysia dan menjadi negara yang berdaulat, Encik Yusof dilantik
sebagai Presiden yang pertama Republik Singapura. Beliau dilantik sekali lagi
untuk empat tahun dari 4 Disember 1967. Encik Yusof Ishak meninggal dunia pada 23hb November 1970 di Singapura dan
disemadikan di Perkuburan Negara Kranji.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan