Jumaat, Oktober 26, 2012

9hb Jun 1992: Pelancaran Tabung Bosnia-ABIM.

Bosnia sewaktu perang. 
Suram dan hiba.

Peta Bosnia.





Sukan Olimpik Musim Sejuk 1984 
di Sarajevo: Indah dan penuh 
nostalgik.



Kompleks Sukan di Sarajevo, yang 
ditinggalkan, akhirnya menjadi tapak 
pengebumian mangsa 
Perang Bosnia.
I
9hb Jun 1992: Pelancaran 
Tabung Bosnia-ABIM.
Republik Sosialis Bosnia-Herzegovina asalnya merupakan bekas wilayah Empayar Uthmaniyyah yang didiami oleh 44% Muslim Bosnia (Bosniak); 31% Serbia Ortodhox; dan 17% Kristian Croatia (Croat). Selepas pilihan raya pada November 1990, kerusi dan jawatan telah dibahagikan mengikut etnik, di mana presiden republik tersebut adalah seorang Muslim Bosnia; presiden parlimen ialah seorang puak Serbia; dan perdana menteri seorang etnik Croat.
Perang Bosnia bermula pada 6hb April 1992 di Sarajevo, sebuah kota yang pernah menjadi hos sukan Olimpik musim sejuk pada 1984. Antara yang terlibat secara langsung dengan keganasan di tanah Bosnia ialah mantan Presiden Republik Persekutuan Yugoslavia, yang mendakwa dirinya sebagai nasionalis, Slobodan Milosevic (yang kemudiannya digulingkan oleh rakyat pada tahun 2001);  bekas Presiden Serbia-Bosnia, Radovan Karadzic; serta komander ketenteraan Serbia, Ratko Mladic.
Pada 13hb Oktober 1991, Radovan Karadzic membuat satu kenyataan kontroversi bahawa “…dalam masa beberapa hari, Sarajevo akan musnah dan aka nada 500,000 kematian, dalam masa sebulan, orang Islam Bosnia akan dihapuskan.”
Sebelum perang bermula, Karadzic telah menubuhkan ketumbukan tentera pemberontak di Bosnia dengan sokongan Milosevic di Belgrade. Perang Bosnia tercetus kerana puak Serbia dan Croatia yang tinggal di Bosnia mahu memiliki sebahagian daripada wilayah Bosnia untuk puak mereka. Hal ini selari dengan idea gila Presiden Milosevic yang telah melancarkan gagasan ‘Serbia Raya’ atau ‘Greater Serbia’.
Oleh kerana khuatir Milosevic akan merampas tanah Bosnia sekiranya masih di bawah Yusgoslavia, Republik Bosnia telah mengisyhtiharkan kemerdekaan daripada Yugoslavia pada 3hb Mac 1992, meskipun dibantah oleh puak Serbia. Pengisytiharan ini diiktiraf pada peringkat antarabangsa, dan republik tersebut telah diterima masuk sebagai anggota PBB pada 22hb Mei 1992.
Mladic kemudiannya bertindak drastik dengan mengepung wilayah Bosnia selama lebih 43 bulan; menyerang Sarajevo; serta menyekat bekalan makanan, kemudahan asas dan komunikasi kepada penduduk Muslim, etnik Croatia serta Serbia yang menentang idea gila ‘Greater Serbia.’

9hb Jun 1992: Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM), Dr Muhd Nur Manuty (dua dari kiri), sewaktu melancarkan ‘Tabung Bosnia-ABIM’ untuk membantu rakyat Bosnia-Herzegovina yang dilanda peperangan dengan gerila Serb yang dibantu oleh rejim Serbia. Turut kelihatan, wakil peribadi Presiden Bosnia-Herzegovina ke Malaysia, Prof Dr Mustafa Ceric. Prof Mustafa juga merupakan pensyarah di Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (ISTAC).
9hb Jun 1992: Dr Muhammad Nur Manuty sedang berucap di Majlis Pelancaran ‘Tabung Bosnia-ABIM’ untuk membantu rakyat Bosnia-Herzegovina yang dilanda peperangan dengan gerila Serb yang dibantu oleh rejim Serbia. Turut kelihatan, wakil peribadi Presiden Bosnia-Herzegovina ke Malaysia, Prof Dr Mustafa Ceric. Prof Mustafa juga merupakan pensyarah di Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (ISTAC).
Kenangan Majlis Pelancaran Tabung Bosnia. Turut kelihatan, Timbalan Presiden ABIM ketika itu, Dr Abd Halim el-Muhammady.
Sidang akhbar pertama mengenai Bosnia-Herzegovina di Sekretariat ABIM pada 25hb September 1991. Saudara Haji Mohd Anuar Tahir, Setiausaha Agung ABIM (dua dari kiri) dan Cik Bisera Tukovic (di sebelahnya) dari Bosnia.
Sidang akhbar mengenai Bosnia-Herzegovina di Sekretariat ABIM sekitar sekembalinya Saudara Anuar Tahir, Setiausaha Agung ABIM ketika itu dari Zagreb. Di sebelah beliau ialah wakil peribadi Presiden Bosnia-Herzegovina ke Malaysia, Prof Dr Mustafa Ceric. Prof Mustafa juga merupakan pensyarah di Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (ISTAC).
1992: Dr Izet Aganovic, Presiden Persatuan Kebajikan Islam Bosnia, ‘Merhamet’, bertemu dengan Menteri Luar Negeri, Datuk Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Pertemuan ini diaturkan oleh ABIM.
1992: Mahasiswa Bosnia, Saudara Amel dan Saudara Edin (tengah) sedang menjawab soalan dalam sebuah program wacana penerangan penderitaan rakyat Bosnia di Kedah. Turut kelihatan, Dato’ Dr Wan Azm, Exco Kerajaan Negeri Kedah (kiri sekali) dan Saudara Shahnun Hanif, Pegawai Perhubungan ABIM (kanan). 
 1992: Jawatankuasa ‘Tabung Bosnia-ABIM’ bergambar kenangan dengan Presiden ABIM, Dr Muhammad Nur Manuty usai menjayakan sebuah majlis makan malam amal.
1992: Wakil peribadi Presiden Bosnia-Herzegovina ke Malaysia, Prof Dr Mustafa Ceric bergambar kenangan bersama sebahagian mahasiswa Bosnia Herzegovina yang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Prof Mustafa juga merupakan pensyarah di Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (ISTAC).
1992: Sebahagian Jawatankuasa ‘Tabung Bosnia-ABIM’ bergambar kenangan dengan Presiden ABIM, Dr Muhammad Nur Manuty (dua dari kiri) dan Dr Izet Aganovic sekeluarga, sewaktu lawatan mereka ke Sekretariat ABIM. Dr Izet merupakan Presiden Persatuan Kebajikan Islam Bosnia, ‘Merhamet’.
2hb Oktober 1992: Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Farid Ariffin mewakili ABIM untuk menyerahkan 241 buah bungkusan perubatan dan 12 buah kotak pakaian musim sejuk, kepada wakil Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) untuk dihantar ke Bosnia.

3hb Oktober 1992: Presiden Persatuan Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan, Saudara Ahmad Ismail (kiri) menyerahkan sekeping cek untuk ‘Tabung Bosnia’ kepada Presiden ABIM, Dr Muhammad Nur Manuty. 

22hb November 1992: DYMM Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menyantuni anak-anak Bosnia sewaktu majlis makan tengah hari bersama 79 orang pelarian Bosnia yang dianjurkan di Kelab Rekreasi TUDM, Subang.

13hb Disember 1992: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib menyambut ketibaan kumpulan kedua 28 orang rakyat Bosnia-Herzegovina di LTAB Subang. Kejayaan membawa masuk kumpulan 28 orang ini adalah diatas inisiatif pihak ABIM manakala YBK turut membantu dalam menganjurkan acara sambutan ini. Turut menyerikan majlis ialah Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ Napsiah Omar, Datin Paduka Zaleha Ismail Timbalan Menteri Pengangkutan, Presiden ABIM Dr. Muhammad Nur Manuty dan Rektor UIAM, Dato Dr Abdul Hamid Sulaiman. 
25hb September 1993: Dr Mahathir memperbetulkan beret biru PBB salah-seorang anggota Batalion Malaysia (MALBATT) yang bakal berlepas ke Bosnia untuk misi keamanan.

Januari 1994: ABIM turut menganjurkan siri Konsert Amal ‘Bersama Bosnia’ yang turut menampilkan acara deklamasi puisi oleh SN Pak Samad Said dan Dinsman. Kelihatan dalam gambar; kumpulan kebudayaan Ghazi Husrez-Beg yang diterbangkan khas dari Sarajevo, Bosnia, menyanyikan lagu-lagu berunsur patriotik. 

23hb Januari 1994: Lawatan rasmi Presiden Bosnia-Herzegovina, Alija Izethegovic ke pangsapuri PKNS untuk bertemu masyarakat Bosnia yang berhijrah ke Malaysia akibat daripada peperangan.

Februari 1994: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Kebangsaan, Datuk Napsiah Omar dan Pengerusi Majlis Promosi Minyak Sawit Malaysia, Tan Sri Mohd Yusof Hashim, memeriksa tin berisi marjerin minyak sawit yang akan dihantar kepada pelarian Bosnia. Turut kelihatan, Saudara Anuar Tahir dari ABIM.
 21hb April 1994: Beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk MBM, ABIM dan PKPIM bergabung untuk membentuk Barisan Bertindak Bosnia (PBB). Barisan ini diketuai oleh Pengerusi PENA, Datuk Ahmad Sebi Bakar.
28hb April 1994: Timbalan Perdana Menteri, DSAI memegang memorandum berkenaan isu Bosnia-Herzegovina yang diserahkan kepadanya oleh Barisan Bertindak Bosnia. 

13hb Mei 1994: Datuk Seri Dr Mahathir yang baru pulang dari lawatan ke luar negara, menyuarakan komitmen Malaysia untuk kekal membantu Bosnia, meskipun seorang anggota tenteranya, Mejar Ariffin Zakaria terkorban. Beliau turut mengkritik kegagalan PBB dan negara Barat dalam menangani konflik yang melanda negara tersebut.

25hb Disember 1994: Pak Lah, Dr Mahathir, Ibrahim Koulder (Menteri Pengangkutan dan Komunikasi Bosnia) dan Haris Silajdic (Perdana Menteri Bosnia) sewaktu upacara menandatangani Perjanjian Pelaburan Malaysia-Bosnia.
20hb Februari 1995: Timbalan Pengarah Pelajaran, Saudara Rafie Mahat (tiga dari kanan) bersama Saudara Nur Anwar (di sebelah kiri beliau) dan wakil Kedutaan Bosnia, Ibrahim Bukvic melancarkan pertandingan mewarna peringkat kebangsaan. Di sebelah kiri gambar ialah anak-anak pelarian Bosnia yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi.
7hb Ogos 1995: Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak bersama kanak-kanak yang menyertai Peraduan Mewarna Mengisi Tabung Bosnia-ABIM anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Persatuan Kartunis Selangor dan Wilayah Persekutuan pada majlis pelancarannya di Hotel Istana, Kuala Lumpur.

Anggota-anggota MALBATT 
yang berjasa. Pejuang.
II
Selama 3 tahun, bekalan makanan disekat dan purata kehilangan berat badan untuk setiap penduduk ialah lebih 15kg. Puak nasionalis Serbia dan Tentera Rakyat Yugoslavia (JNA) telah melakukan pembersihan etnik secara dahsyat bagi memastikan hanya wilayah Serbia ‘yang tulen’ akan wujud. Antara tahun-tahun 1993 hingga 1995, penduduk Islam Bosnia telah dizalimi oleh puak pengganas Serbia yang tidak berpuas hati dengan pengisytiharan kemerdekaan Bosnia daripada Persekutuan Yugoslavia yang turut merangkumi Croatia dan Serbia-Montenegro.
Kempen pembersihan etnik itu memakan korban awam melebihi angka 150,000 orang, manakala lebih 100,000 lagi dilaporkan cedera atau hilang. Pembunuhan dilaporkan paling besar berlaku di Srebrenica dan Markale, sehingga membawa kepada campur tangan NATO yang asalnya hanya berdiam diri.
Sementelah, UN Office for the Coordination of Humanitarian Affairs melaporkan bahawa lebih 50,000 wanita menjadi mangsa pemerkosaan beramai-ramai atau ‘mass rape’ secara sistematik di kem tahanan khas Kljuc dan Modrica, utara Bosnia. Rogol dianggap sebagai taktik ketenteraan bagi mengkucar-kacirkan hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan. Perang Balkan ini dianggap sebagai konflik paling berdarah di Eropah, semenjak Perang Dunia Kedua.
Ketika itu, Presiden Amerika Syarikat, George H. W. Bush Sr. serta pentadbirannya menganggap bahawa isu di Bosnia adalah isu Eropah dan seharusnya diselesaikan oleh Kesatuan Eropah (EU).





Syaitan-syaitan yang 
bertopengkan manusia.







1992: Kem Tahanan Manjaca – berhampiran 
dengan Prijedor -- menjadi saksi kekejaman 
pengganas Serbia.








Bosnia, bumi nan 
indah.

Jalur Gemilang.

Panji Bosnia-Herzegovina.

Mei 2014: Dua Naib Presiden ABIM, Saudara Raimi dan Saudara Anwar Ismail, mengadakan kunjungan hormat ke atas Encik Tarik Bukvic, Duta Bosnia ke Malaysia, bagi menyampaikan rasa simpati dan takziah terhadap mangsa tragedi banjir besar di negara tersebut.
III
Di Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ialah antara pertubuhan terawal yang membangkitkan keprihatinan masyarakat dan kerajaan persekutuan terhadap nasib yang menimpa masyarakat Bosnia. ‘Tabung Bosnia’ dilancarkan dengan kerjasama Berita Harian dan Utusan Malaysia. Sumbangan kewangan dan perubatan berkenaan ialah petanda sokongan moral rakyat Malaysia terhadap penderitaan masyarakat Bosnia ketika itu.
Untuk rekod, Malaysia turut menghantar pasukan pengaman yang digelar ‘Malaysian Battalion’ (MALBATT). Penyertaan MALBATT dalam tugas pengaman di Bosnia adalah merupakan kali pertama angkatan tentera kita melaksanakan tugas di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di benua Eropah.
Ia juga merupakan kali pertama bagi MALBATT melaksanakan tugas dalam iklim sejuk yang ekstrim dan bersalji. Semasa perkhidmatan MALBATT I, iaitu pada 19hb April 1994, Mejar Ramli Shaari telah terkorban ketika membuat rondaan untuk menentukan lokasi periuk api darat. Pada 12hb Mei tahun yang sama pula, Mejar Ariffin Zakaria pula terkorban ketika membuat rondaan di Camenica, di timur laut Sarajevo.
Sejelasnya, Malaysia merupakan antara pihak yang lantang menyuarakan nasib rakyat Bosnia sehingga berjaya menarik perhatian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengambil tindakan terhadap kekejaman tentera Slobodan Milosevic yang membawa kepada termeterainya ‘Perjanjian Dayton’ di Ohio. Milosevic kemudian didakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan Tribunal Perang.
Kini, Bosnia kembali menikmati status kemerdekaan yang asal setelah mengalami sejarah peralihan kuasa yang panjang. Alhamdulillah atas nikmat keamanan. Al-Fatihah sekudusnya, buat semua pejuang.

-------------------------------------
Sumber dan rujukan:
  1. http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2012/05/blog-post.html;
  2. http://myukshoppe2u.blogspot.com/2012/05/oil-paintings-from-bosnia-herzegovina.html;
  3. http://ifoto.penerangan.gov.my/html/fjpen6/main.php?g2_itemId=1822244&g2_imageViewsIndex=1;
  4. http://static2.businessinsider.com/image/5273acbdeab8eaa4085941ab-1200/sarajevo-1984-olympics-venues-20.jpg;
  5. http://www.fansshare.com/gallery/photos/12178469/bosnia-war/?displaying;
  6. http://www.internal-displacement.org/blog/2013/will-the-victims-of-bosnias-war-finally-get-justice;
  7. http://www.the5thestate.asia/2012/04/from-cold-war-to-natos-humanitarian.html.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan