Isnin, Oktober 21, 2013

Hasil selaman minggu ini.

Hasil selaman minggu ini. Alhamdulillah.
1) “Keluarga Gerilya” (Pak Pramoedya Ananta Toer), 1976;
2) “Detik Terakhir Sudirman” (Ghafar Nin dan Amira Muhamad)), 1992;
3) Kajian Lengkap “Seorang Tua di Kaki Gunung” (Drs. Nasrudin Abdullah), 1984;

4) “Atap Genting Atap Rembia” (Kala Dewata), 1968.

Insiden rusuhan penonton Nepal di Hong Kong, 1999.


Insiden rusuhan penonton Nepal 
di Hong Kong, 1999.
“...Laghi Khaled laghi...depa kejor tu...”
Khalid Jamlus, lari menyelamatkan diri apabila dikejar dek para penyokong Nepal dalam aksi pra-Olimpik 2000, di Hong Kong, sekitar Jun 1999. 
Dalam perlawanan tersebut, Malaysia sedang mendahului 1-0 pada minit ke-75 hasil jaringan Rafdi Rashid, kemenangan dilihat berpihak kepada Malaysia. Namun pada minit ke-88, Nepal menyamakan kedudukan hasil tandukan Anil Subba berpunca daripada satu sepakan sudut.
Ini menyebabkan 3,000 penyokong Nepal di stadium girang, berlari masuk ke padang, dan melarikan bola, semata-mata hendak melambatkan masa. Akibatnya para pemain Malaysia berang dan bertindakbalas dengan cuba mengambil semula bola.
Keadaan tidak dapat dikawal. Penyokong Nepal mula bertindak ganas. Ada yang membawa besi, tali pinggang, malah ada yang dalam keadaan mabuk. Berlaku aksi sepak-terajang di tengah padang. Pasukan keselamatan Hong Kong macam itik pulang petang sahaja menangani insiden tersebut.
Penyokong Nepal turut menyerang bangku simpanan Malaysia, malah turut cuba menyerang Tengku Abdullah yang ketika itu duduk di kerusi VIP.
3 pemain Malaysia cedera teruk, iaitu Rafdi Rashid, Megat Amir Faisal, dan Sani Fahmi. Seorang daripada barisan jurulatih Malaysia juga turut cedera. Rafdi Rashid mengalami retak tulang rusuk dan hampir kesemua pemain Malaysia mengalami kecederaan, lebam-lebam, luka dan calar-balar di tubuh mereka.

-------------------------------------------------------------

Ahad, Oktober 13, 2013

Tentang taktikal dan Tiki-Taka.

1988: Scott Ollerenshaw beraksi sewaktu Socceroos (pasukan kebangsaan Australia) menentang New Zealand.
Ketika bersama Negeri Sembilan FA.
Separuh Akhir Piala Malaysia 1995: Sabah tewas kepada Pahang. Alan Davidson, lagenda Socceroos cuba menenangkan Scott, rakan senegaranya. 
Final Piala Malaysia 1996.
By: Mr. Scott Ollerenshaw, Former Sabah FA And Negeri Sembilan FA Foreign Import Players.
For All Sabahan Junior Football Coaches, There Is A Fantastic Article In Todays Borneo Post On The Thailand FA U13 Team That Recently Competed In The Borneo Cup.
What a pleasure it was for me to see young kids refusing to play long hopeful balls. They played out from the back, short passes into midfield, they patiently went from side to side and back if nothing on, they rolled it into strikers and got bodies close to him, the midfield trio were always close to each other but wide men gave them width.
They were not scolded if they lost the ball, they were encouraged to continue with the teams principles. Winning the tournament was not the agenda but TEACHING the kids correct methedology was the key.
But by keeping the ball they simply exhausted the opposition who were chasing shadows and they comfortably won the tournament in the end.
Maybe it’s time to enforce some general rules for youth development in developing countries such as:
  1. No one can play a first time pass. Everyone must take a touch before making a pass;
  2. Defensive players cannot play a longer pass than 25 metres;
  3. No passes above head height;
  4. Teams are given a reward for stringing 10 passes or more together.
These are all just suggestions off the top of my head but we need to find a way to stop junior coaches coaching to win & force them to coach to develop.
Your success is judged on how many players you develop, not on how many trophies you win.
------------------------------------------------------------------------
Oleh: Saudara Scott Ollerenshaw, bekas penyerang import Sabah FA dan Negeri Sembilan FA.
Bagi kebanyakan jurulatih bola sepak junior Sabah, terdapat artikel hebat dalam Borneo Post hari ini berkenaan Pasukan Bawah-13 Tahun Thailand FA yang baru-baru ini bertanding dalam Kejohanan Piala Borneo.
Saya berasa gembira kerana dapat melihat anak-anak muda yang enggan melakukan hantaran bola jauh/panjang. Mereka bermula dari bahagian pertahanan, menghantar pendek ke tengah, mereka sabar membawa dan menghantar bola dari sisi ke sisi dan belakang jika tiada apa-apa, mereka melakukan hantaran kepada penyerang dan berada berhampiran dengan penyerang tersebut. Ketiga-tiga pemain tengah sentiasa rapat antara satu sama lain tetapi turut memastikan terdapat jarak antara satu sama lain.
Mereka tidak dimarahi jika mereka kehilangan bola, mereka digalakkan untuk terus bermain dengan prinsip-prinsip pasukan. Memenangi kejohanan itu bukan agenda tetapi PENGAJARAN adalah metodologi yang betul adalah kunci buat anak-anak ini.
Tetapi, dengan menyimpan bola dalam kawalan mereka, ini mengakibatkan pemain lawan kepenatan kerana seolah-olah ‘mengejar bayang-bayang’ dan mereka berjaya memenangi kejohanan ini pada akhirnya.
Mungkin sudah tiba masanya untuk kita menguatkuasakan beberapa panduan umum untuk pembangunan remaja dan belia di negara-negara yang sedang membangun seperti:
  1. Tiada siapa yang boleh bermain dengan hanya hantaran pertama. Setiap pemain mesti menyentuh bola sebelum membuat hantaran;
  2. Pemain pertahanan tidak boleh membuat hantaran melebihi 25 meter;
  3. Tiada hantaran melebihi ketinggian kepala pemain;
  4. Pasukan diberikan ganjaran sekiranya dapat melakukan sepuluh hantaran atau lebih setiap kali kawalan bola.
Ini adalah sekadar cadangan daripada saya, tetapi kita mesti mencari jalan untuk menghentikan jurulatih pasukan junior untuk sekadar menang dan memaksa mereka untuk melatih untuk membangunkan pemain dan pasukan.

Kejayaan seharusnya dinilai melalui berapa ramai pemain yang kita dapat bangunkan, bukan sebanyak mana trofi yang jurulatih itu menangi.

Jumaat, Oktober 11, 2013

Rakaman Scoreboard, TV3.


Alhamdulillah, terima kasih kepada Bro Tabah Sazwan dan kru Scoreboard yang sudi membuat sedikit kupasan dan rangkuman berkenaan jersi liga kita. 

Bersama kita martabatkan jersi pasukan kebangsaan dan pasukan liga tempatan kita. 

Hidup Malaysia kita. Padu.

Rabu, Oktober 09, 2013

2001: Remaja Malaysia seri 0-0 dengan Remaja England.

2001: Skuad Remaja Malaysia seri 
0-0 dengan skuad remaja England 
di Stadium Larkin, Johor.

.

Majlis Pelancaran Gabungan Malaysians 4 Egypt - M4E, 5hb Oktober, 2013.

Poster Promosi M4E.
Logo ABIM.
Saudara Mohd Khairul Anwar Ismail, Exco Undang-Undang ABIM merangkap Pengerusi Grup Peguam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Tuan Syed Ibrahim (Naib Presiden IKRAM / Pengerusi Jawatankuasa Penaja M4E).
Saudara Anwar (kanan) bergambar kenangan bersama penganjur serta pemidato yang hadir.
Saudara Anwar bersama sebahagian hadirin yang memenuhi dewan tersebut.
Memetik kata-kata Saudara Anwar, “Ini ialah ‘orang tua sakti’. Pak Samad gelaran diberi. Walau beribu kali dicemuh dihina dan dicaci. Sedikitpun tidak mengurangkan kesaktiannya malah menjadi semakin sakti. Hidupnya hanya bergelumang puisi. Mesejnya tetap sampai ke hati sanubari. Semoga Allah memberkati kehidupanmu Pak Samad.”
Bergambar kenangan bersama Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said.
Pak Samad, Sasterawan Rakyat.
Saudara Anwar Ismail bergambar kenangan bersama Saudara Amir Syafiq Alias, Timbalan Pengerusi IKRAM Siswa cawangan USIM.
Tidak pernah terasakan pilu sekudus ini:
Alam di Mesir mekar sesuci di dalam diri.
Segala luka, segala lara, mula sebati,
memanglah jarang diri terasa sesyahdu ini.

Buana tidaklah sekadar di sini nafasnya,
setiap degup tetap dirasa di mana-mana.
Lalu, di sini bermula tapak--temu yang marak.
Kami bangun demi menimbusi setiap jarak!

Api di Mesir ganas, tajamnya amat meretak,
kami tidak serasi oleh cakaran sekejam ini.
Maka di sini mulanya tapak--temu yang marak.
Kami azam berbakti, malah bakal sebati.

Kini serentak semua batas mula berbenih,
yang kami suburkan hanyalah kasih, kasih, kasih.


Murbawan Mesir” (SN Dato’ A. Samad Said),
(Dinukil & dideklamasikan dalam Majlis Pelancaran Gabungan Malaysians 4 Egypt - M4E, 5hb Oktober, 2013).
Majlis Pelancaran Gabungan Malaysians 4 Egypt - M4E, 5hb Oktober, 2013.
Bermula pada Sabtu lepas, 5hb Oktober 2013, Saudara Mohd Khairul Anwar Ismail, Exco Undang-Undang merangkap Pengerusi Grup Peguam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mewakili Abim Pusat menyampaikan pidato bertajuk “Kepentingan Strategik Mesir” sewaktu Majlis Pelancaran Malaysians For Egypt (M4E) di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam. ABIM merupakan salah-satu Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam gabungan M4E.
Gabungan M4E telah dilancarkan dengan objektif untuk menyatakan sokongan rakyat Malaysiakepada rakyat Mesir yang memperjuangkan hak, keadilan dan kebebasan mereka. Pergolakan di Mesir diberi perhatian kerana kesannya yang besar bukan sahaja kepada dunia Arab tetapi kepada rantau benua yang lain.
Secara umumnya, rakyat Malaysia, parti-parti politik dan NGO telah menunjukkan keprihatinan tinggi terhadap perkembangan di Mesir. Pelbagai usaha telah dilakukan dalam menyatakan bantahan terhadap rampasan tentera dan sokongan kepada demokrasi. Ini termasuklah protes-protes NGO di hadapan kedutaan Mesir, himpunan solidariti umat, kempen bantahan seperti ‘Silence Is Not An Option’, wacana, seminar, pertemuan dan majlis penerangan di seluruh negara. Walau bagaimanapun, memandangkan krisis di Mesir akan berlarutan, usaha berterusan perlulah dilakukan.
Tuan Syed Ibrahim (Naib Presiden IKRAM / Pengerusi Jawatankuasa Penaja M4E) dalam kenyataan akhbarnya menyatakan bahawa:
Isu yang berlaku di Mesir sekarang ini, sekali imbas menggambarkan apa yang pernah berlaku di zaman 90-an di mana kerajaan Mesir ketika itu memerintah secara diktator dan mengenepikan hak-hak rakyat Mesir. Persengketaan tersebut berlarutan selama bertahun-tahun sehingga mengorbankan ribuan rakyat tetapi dunia seolah-olah mendiamkan diri. Adakah Mesir sekarang bakal menuju ke arah itu semula?”
Justeru itu, di Malaysia, sekumpulan NGO telah bersepakat untuk menyatakan sokongan dan solidariti terhadap rakyat Mesir yang menuntut hak mereka di samping memberikan tekanan terhadap kerajaan Malaysia dan masyarakat antarabangsa agar mengambil pendirian berprinsip berasaskan kebenaran, kebebasan dan keadilan.”
Sebuah gabungan ditubuhkan bagi menggembleng usaha-usaha di kalangan NGO Malaysia bagi memperjuangkan isu ini. Gabungan ini diberi nama Gabungan Malaysians 4 Egypt – Gabungan M4E).”
Semoga usaha kerdil Gabungan M4E ini mampu menyokong usaha-usaha pembaharuan dan perubahan di Mesir dengan mengembalikan hak keadilan dan kebebasan mereka. Lantas terus membenihkan kesejahteraan buat rakyat di Malaysia, dunia Arab,dunia Islam dan dunia amnya.
KEMBALIKAN HAK RAKYAT MESIR!

--------------------------------------------------------



Sumber dan rujukan:
  1. http://www.malaysians4egypt.com/;
  2. http://www.malaysians4egypt.com/2013/10/kenyataan-media-5-oktober-gabungan.html;
  3. http://www.ikram.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=898%3Akenyataan-media-majlis-pelancaran-gabungan-malaysians-for-egypt-m4e&catid=1%3Aberita-pusat&Itemid=9;
  4. http://www.ikram.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=898:kenyataan-media-majlis-pelancaran-gabungan-malaysians-for-egypt-m4e&catid=1:berita-pusat&Itemid=9.

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...