Khamis, Jun 20, 2013

Memancing ikan bersama Bro B. Rajinikandh, bekas kapten Malaysia.


Bro Rajini, jeneral di padang.
1996: Piala Tiger (kini Suzuki AFF), yang mana 
Malaysia menjadi Naib Johan 
sewaktu edisi sulungnya.
1997: Kejohanan Piala Dunhill di Stadium Merdeka.
1999: Bro Rajini bersama skuad Malaysia 
selaku kapten sewaktu menentang Arsenal
2002: Bro Rajini bersama bintang Selangor FA, 
yang menjuarai Piala Sumbangsih 
dan Piala Malaysia 2002.
Bersama Bro Rajini Raj (B. Rajinikandh), bekas 
ketua pasukan skuad kebangsaan Malaysia. Beliau 
turut beraksi dalam perlawanan menentang 
skuad Arsenal FC di Bukit Jalil 
pada tahun 1999.  
Bro Rajini Raj sedang membelek 
koleksi album beliau yang cukup berharga. 
Penuh dengan nostalgia 
bola sepak Malaysia.
Alhamdulillah, terima kasih Bro Rajini Raj
sudi hadiahkan jaket Malaysia. Semoga 
terus sakti dan istiqamah, bro!

Sesi minum kopi putih dengan Bro Malek Rahman.


 
Bersama Bro Malek Rahman, ketika 
perlawanan amal Veteran Selangor 
menentang Veteran Kelantan.
Bro Malek Rahman, bekas pemain Selangor FA dan skuad kebangsaan. Antara anggota skuad Malaysia yang memenangi Kejohanan Jakarta Raya 1992 di Indonesia dan Pestabola Merdeka 1993 di Kuala Lumpur.
Malek Rahman mula bermain bola sepak ketika berusia 15 tahun. Asalnya, beliau merupakan seorang anak kecil yang sangat meminati alat muzik seperti abangnya, Abdul Razak Rahman (Juara Bakat TV RTM awal 70an). Anak bongsu daripada tujuh beradik ini gemar bermain trompet dan clarinet sejak kecil. 

Meminati Allahyarham Supermokh, Santokh Singh dan Fandi Ahmad, Malek mula berjinak-jinak dengan bola sepak pada tahun 1985, apabila beliau mewakili Pemuda Kampung Baru. Aksinya kemudiannya menarik minat skuad Piala Razak Selangor untuk menagih kudratnya, sebelum membantu Selangor menjuarai Piala Presiden dan memenangi Pingat Emas Sukan Malaysia (Sukma) pada 1988. 

Ketika baru berusia 19 tahun, Malek berjaya memikat hati jurulatih Selangor, Steven Bena, seterusnya memimpin barisan tengah bersama pemain berpengalaman seperti Kresimir Bozaic, K. Gunalan dan Zainal Nordin. Perlawanan pertamanya ialah ketika menentang Kuala Lumpur FA (KLFA) pada 1hb Julai 1989 di Stadium Merdeka. Pada perlawanan tersebut, Selangor tewas 0-3 kepada KLFA.

Mula beraksi untuk pasukan Liga Semi-Pro Selangor pada 1989, Malek berjaya membawa Selangor muncul Juara Liga 1990, Naib Juara Piala FA 1990, Juara Piala FA 1991 serta Juara Liga Divisyen Dua Semi-Pro 1993. 

Malek mula mewakili skuad kebangsaan menerusi skuad Projek Barcelona 1992. Meskipun gagal layak ke Sukan Olimpik Barcelona 1992, kebanyakan pemain skuad tersebut menganggotai skuad kebangsaan yang kemudiannya muncul Juara Piala Saigon 1992 di Vietnam, Juara Piala Jakartaraya 1992 serta Juara Pestabola Merdeka 1993.
.

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...