Kedah
Julang Piala Malaysia 1990.
Kedah
3-1 Singapura. Akhirnya, Kedah berjaya menjuarai Piala Malaysia untuk kali
pertama dalam sejarah, selepas tewas 3 final berturut-turut dengan Kuala Lumpur.
V. Sundramoorthy, import Kedah asal Singapura adalah antara hero Kedah pada
malam itu.
Zaman
kebangkitan Kedah dengan deretan pemain muda seperti Farouk dan Feridza Ismail,
Khamal Idris Ali, Thanasegar dan Thean Ewe.
Ketika
itu, ramai anak Kedah yang suka menggunakan jalan lama berbanding lebuh raya
untuk melalui jalan utama dari Sungai Petani ke Gurun; kerana pemandangan yang
indah serta adanya lukisan trofi Piala Malaysia yang tertera ayat Juara 1990 di
Restoran Nasi Kandar Naina Mohd di Bedong.
Skuad
Kenari turut mencipta sejarah mara ke perlawanan final Piala Malaysia sebanyak
6 kali dalam masa 7 tahun (1987-1993).
Pulun
Kedah Pulun.
Boss gmbaq yg penyokong bakar flare tu real atau edit boss ?menarik gmbaq tu and rare utk zaman tu .maaf boss sekadar bertanya😅
BalasPadamSalam, Tuan. Gambaq betui tu.
PadamSebelum sepak mula Final Piala Malaysia 1990, di Stadium Merdeka.
:)