Rabu, Julai 01, 2015

KISAH AIR TEBU DAN KEHIDUPAN.

KISAH AIR TEBU DAN KEHIDUPAN.
Tak perlu pening-pening nak buat sifir kiraan GST, jumlah kilometer serta bayaran tol untuk mengira kepayahan rakyat marhaen, khususnya yang tinggal di kawasan bandar sekitar Lembah Kelang.
Melihat seorang pakcik yang tidak jadi membeli sebungkus air tebu berharga RM5, kerana asalnya beranggapan harganya masih dalam lingkungan RM3 seperti dulu, sudah cukup membuatkan hati tersentuh.
Allah, mahalnya air tebu sekarang… Maaf ye nak, pakcik tak jadi beli...
Tak boleh nak salahkan peniaga, sebab mungkin mereka terpaksa tanggung kos bahan mentah dan sewa gerai yang tinggi. Cuma, memang sedih memikirkan situasi Malaysia kita. Seolah-olahnya, pemimpin tak cakna situasi rakyat yang terbeban dengan kos hidup; selain bakal hadapi Syawal.

Nilai duit semakin menyusut, tatkala kos hidup semakin tinggi. Bukan sekali berlaku. Pengumuman dasar yang tak kena masa. Tak pasti siapa ‘think tank’ atau penasihat yang terlibat.
Yang pasti, sekadar menambah kemarahan serta keresahan rakyat. Paling utama, tak semua dapat BR1M, dan sekali guna pun boleh habis -- beli barang dapur.
Ramadhan dan Syawal kali ini -- dan mendatang; pastinya tidak mudah dan sangat menduga.
Namun, semoga ALLAH SWT permudahkan urusan dan rezeki kita semua.
Hasbunallah wanikmal wakil.
Salam Ramadhan, Malaysiaku.
.

2 ulasan:

  1. Aku selalu tertanya apa jenis pentadbiran yg pemerintah Malaysia tgh jalankan sekarang. Adakah mereka buta mata dan buta hari dari melihat kesusahan sebenar rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku pun dah habis ayat nak gambarkan pemimpin hari ni. Benda keperluan asasi ni terlalu asas; lagi-lagi nak Raya ni.

      Pengumuman dan keputusan kenaikan harga dan GST yang tak kena pada keperluan dan suasana semasa.

      Padam

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...