Rabu, Januari 09, 2013

Usrah Pertama ABIM-WADAH Kuala Langat 2013.


Cikgu Radin, Yang
DiPertua ABIM Daerah Kuala Langat.
Pengisian yang bermanfaat
dan mengesankan.
Berbual santai, sebelum menikmati
hidangan yang disediakan oleh tuan rumah.
Sebahagian ahli ABIM dan
WADAH Kuala Langat yang hadir.
Bergambar kenangan bersama
Cikgu Radin.
Cikgu Radin berada berhampiran
Gunung Bromo, Indonesia.
Haji Masrukhin Marzoki dan
Cikgu Radin di Indonesia.
Cikgu Radin, Haji Masrukhin dan
Cikgu Khairudin Abas di Indonesia.
Saudara Anas Jaafar,
Cikgu Khairudin dan Cikgu Radin.
Penggerak KRNB bergambar kenangan.
Cikgu Radin bersama peserta KRNB.
KRNB telah dijalankan sejak 2011. 
Program ini dianjurkan untuk mempromosikan 
budaya hidup sihat di kalangan remaja di samping 
penerapan serta pembinaan sahsiah 
peribadi yang positif
Selain berbasikal ke beberapa daerah di 
Negeri Selangor, para peserta juga berpeluang mengikuti 
modul-modul kerohanian seperti solat berjemaah serta membaca 
Al-Quran secara beramai-ramai, modul pemantapan 
sahsiah menerusi aktiviti khidmat masyarakat 
serta latihan ‘team building’. 
Disember 2012: KRNB berkonvoi ke Pantai
Bagan Lalang, Sepang, dengan tema
“Save Gaza, Pray For Gaza.”
 
Program Berbasikal Kembara Remaja Nafas Baru (KRNB) yang 
diasaskan oleh ABIM Kuala Langat telah mengedarkan sebanyak 800 keping risalah boikot barangan Israel kepada orang ramai di Pantai Bagan Lalang pada bulan Disember yang lalu. Antara penggerak utama program ini ialah Saudara Abdul Hafiz Albar.
Disember 2012: Riadah petang untuk
meningkatkan stamina dari segi fizikal dan mental
KRNB juga sempat meluangkan masa untuk melawat 
Pengerusi Perhubungan PEPIAS Kuala Langat, Saudara Muslim 
Hashim yang mengalami kemalangan jalan raya, ketika beliau 
masih dirawat di Hospital Banting. Blog PEPIAS Kuala Langat di sini: http://pepiaskualalangat.blogspot.com/2012/12/rehlah-pepias-kuala-langat-2012.html.
Logo ABIM.
7hb Januari 2013.
Pada 7hb Januari 2013, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kuala Langat telah menganjurkan usrah yang pertama untuk tahun Masihi 2013. Usrah yang dianjurkan di kediaman Yang DiPertua ABIM Kuala Langat, Cikgu Radin Mohd Imaduddin kali ini, turut disertai oleh sebahagian ahli Wadah Pencerdasan Umat (WADAH).

Untuk usrah kali ini, Cikgu Radin memilih untuk berkongsi berkenaan Hadith ke-40 (Hadith 40 Imam Nawawi). Cikgu Radin baru sahaja pulang dari Indonesia (Jogja dan beberapa tempat lain) bersama pasukan ABIM Selangor, untuk mengambil pelajaran daripada pesantren di Indonesia sebagai model pembinaan Kompleks ABIM Selangor di Sijangkang, Kuala Langat. Selain beliau, antara yang menyertai pasukan ABIM Selangor ialah Haji Masrukhin dan Cikgu Khairuddin Abas (Yang DiPertua ABIM Negeri Selangor).

Antara pengajaran daripada hadith ke-40 tersebut ialah; kehidupan di dunia adalah kehidupan sementara, akhirat jua yang kekal abadi. Kerana itu, manusia diminta agar mengambil berat soal akhirat dan mengambil dunia seumpama seorang musafir lalu atau seorang dagang, yang hanya membawa barang keperluan di perjalanan, bukan membawa semua barang-barang.

Selain itu, seorang mukmin tidak harus memanjangkan angan-angannya, kerana dia terdedah kepada panggilan maut pada bila-bila masa. Dia semesti sentiasa berwaspada menghadapi maut. Apabila pagi tiba, seolah-olah dia tidak akan hidup hingga ke petang dan apabila tiba waktu petang, dia merasa seolah-olah dia tidak sempat menghirup udara pagi esoknya. Seterusnya, larangan memanjangkan angan-angan dan gesaan agar hidup secara sederhana tidak bermakna lslam menghalang kemajuan dan kekayaan. lslam membenarkan penganutnya menjadi hartawan dan negara lslam menjadi sebuah negara maju tetapi dengan syarat menjadi seorang mukmin dan negara lslam yang bertaqwa. Kemajuan dan kekayaan adalah untuk ALLAH.

Selepas membincangkan hadith tersebut, Cikgu Radin dan Haji Masrukhin berkongsi berkenaan pengalaman mereka sewaktu di Indonesia. Menurut mereka berdua, terdapat banyak yang boleh dipelajari daripada pusat pengajian Islam di Indonesia, tatkala terdapat beberapa perkara yang perlu disesuaikan dengan keperluan dan budaya masyarakat di Malaysia. Antara pusat pengajian yang diziarahi oleh pasukan ABIM Selangor dari 17hb Disember hingga 22hb Disember 2012 ialah Madrasah Amanatul Ummah (Mojokerto, Surabaya), Pondok Pesantren Tabuireng (Jombang) dan Pondok Moden Gontor.

Kemudian, ahli usrah menikmati hidangan yang disediakan oleh pihak tuan rumah, sambil berbual santai berkenaan kisah terbaru berkenaan kehidupan masing-masing dan isu semasa. Sesungguhnya, pertemuan kali ini berjaya mengeratkan lagi silaturrahim sesama anggota Wadah Pencerdasan Umat dan ABIM Daerah Kuala Langat. Semoga kita semua menyumbang sesuatu untuk masyarakat, agama dan negara, mengikut kemampuan masing-masing. Hidup biar berjasa. 

-----------------------------------------------------


Entri-entri berkaitan:
1.     Untuk sejarah ringkas ABIM, boleh rujuk pautan ini: http://chedinsphere.blogspot.com/2010/12/sejarah-angkatan-belia-islam-malaysia.html.
2.     Wacana ke-15 Sinar Harian: Peranan Ulama Menasihati Pemimpin: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/10/wacana-ke-15-sinar-harian-peranan-ulama.html?spref=fb.
3.     Teks ucapan kemerdekaan oleh Ustaz Siddiq Fadzil: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/08/mensyukuri-nikmat-menginsafi-amanat.html.
4.     Peluncuran buku Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/07/buku-islam-dan-melayu-martabat-umat-dan.html.
5.     Peluncuran buku Yusuf Qaradhawi dan Kebangkitan Rakyat: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/08/sekitar-majlis-diskusi-dan-peluncuran.html.
7.     Pelancaran Tabung Bosnia ABIM pada 1992: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/10/9hb-jun-1992-pelancaran-tabung-bosnia.html.
8.     Sedikit tulisan berkenaan Grup Peguam ABIM (GPA): http://chedinsphere.blogspot.com/2012/08/abim-dilantik-sebagai-pengerusi-ujn.html.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan