Selasa, Oktober 30, 2012

2005-2006: Aksi Safee Sali sewaktu berambut panjang.


Kenangan Safee bersama 
Selangor FA.
Epik: Sewaktu menjadi 
kapten Pelita Jaya.
Sesi pengenalan Safee di 
Pelita Jaya Kerawang FC.
Kenangan bersama Safee Sali sewaktu 
Program Futsal HotFM-100 Plus.
Bergambar kenangan bersama trofi Piala Malaysia, 
yang masih belum berjaya diraih oleh Safee.
Bersama bekas pengurus Safee di Pelita Jaya FC, 
Saudara Zack Rahim, ketika Himpunan Solidariti 
Kemanusiaan di Stadium Malawati, Shah Alam 
pada 6hb September 2013.
Safee sewaktu di bangku 
sekolah (Tahun 2000).
Safee Sali.
Mohd Safee Mohd Sali, dilahirkan pada 29hb Januari 1984 di Kajang, Selangor. Safee memulakan kerjaya beliau di Kuala Lumpur, di mana bakat beliau dikesan oleh jurulatih Kuala Lumpur ketika itu, Igor Novak, selepas Safee menyertai skuad MSSM Kuala Lumpur dan mewakili skuad remaja Malaysia ke Lion City Cup dan Piala Nike Asia Pasifik. Safee menjadi penjaring kedua terbanyak di belakang penyerang lagenda, Azman Adnan untuk musim 2003. 

Safee turut dipinjamkan ke pasukan TMFC pada tahun 2003 selepas skuad Helang tersebut gagal layak ke Piala Malaysia 2003. Setelah bersama Kuala Lumpur selama tiga musim (2003-2005), Safee berjaya membawa skuad tersebut ke Separuh Akhir Piala FA 2005. Sewaktu Kelayakan Sukan Olimpik 2004, Safee telah dipilih untuk mewakili skuad Bawah-23 tahun kebangsaan.

Kemudian, Safee berkelana ke beberapa pasukan seperti Sarawak, TMFC dan Selangor. Di Sarawak, Safee menjadi penjaring terbanyak dengan 10 gol. Di sinilah nama beliau mula melonjak naik, apabil sentuhan penyudahnya dibandingkan dengan Allahyarham Supermokh. Dengan imej rambut panjang seperti artis Rock, Safee menjaringkan 19 gol untuk Sarawak, menjadikannya penjaring terbanyak Sarawak untuk musim 2005/2006. 

Safee mula mewakili skuad senior Malaysia sewaktu menentang New Zealand pada tahun 2006, dan antara kejayaan awalnya ialah menjulang Piala Pestabola Merdeka 2007 selepas menundukkan Myanmar. Safee kemudiannya menyertai pasukan negeri kelahirannya, Selangor. Bersama Selangor, antara piala yang dimenangi bersama skuad The Red Giants ialah Piala Sumbangsih 2010. 

Selepas beberapa musim bersama Selangor, Safee akhirnya membuat keputusan untuk berhijrah ke kelab Pelita Jaya FC di Indonesia, dan kemudian ke Kelab Johor Darul Takzim (JDT FC). Super Safee juga sering dibandingkan dengan penyerang lagenda, Supermokh (Mokhtar Dahari). Safee juga pernah menjalani latihan bersama skuad Cardiff City.

--------------------------------------------- 

Sumber dan rujukan:
  1. http://sarawakfootballshirts.blogspot.com/2008/12/200506-premier-league-away-replica.html; 
  2. https://www.facebook.com/ahmadjohari.yeopaziz?fref=ts;
  3. http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150402377446992&set=a.10150376580941992.356995.558656991&type=3&src=http%3A%2F%2Fsphotos-a.ak.fbcdn.net%2Fhphotos-ak-snc7%2F389484_10150402377446992_1524127714_n.jpg&size=453%2C604;
  4. http://en.wikipedia.org/wiki/Mohd_Safee_Mohd_Sali;
  5. http://www.safeesali.com/.

Evolusi bola Piala Dunia.


Warna bola pada sekitar 1950an pada asalnya berwarna jingga/oren bagi membolehkan ia mudah untuk dilihat sewaktu musim salji.
Almarhum Tunku, peminat tegar bola sepak. Al-Fatihah.

Satelit komunikasi Telstar.
Bola Telstar yang digunakan sewaktu Piala Dunia 1970.
Ini merupakan bola pertama berwarna putih yang direka dengan corak
pentagon berwarna hitam. Bola ini mempunyai 32 panel yang dijahit dengan 
tangan. Diilhamkan daripada satelit Telstar.  
Diagram menunjukkan evolusi bola sepanjang sejarah Piala Dunia.
Evolusi bola Piala Dunia.
1.0. Pendahuluan.
Penubuhan Liga Bola Sepak Inggeris pada 1888 menjadi titik-tolak kepada pengeluaran secara besar-besaran bola yang digunakan dalam sukan bola sepak (selepas ini dirujuk sebagai “bola”). Syarikat-syarikat Mitre dan Thomlinson dari Glasgow menjadi dua buah syarikat terawal yang menghasilkan bola secara besar-besaran. Memandangkan mereka perlu mengekalkan bentuk sesuatu bola, maka lapisan bola tersebut perlu dihasilkan daripada kulit bahagian belakang lembu. Warna bola pada sekitar 1950an pada asalnya berwarna jingga/oren bagi membolehkan ia mudah untuk dilihat sewaktu musim salji. Pada 1951, bola pertama berwarna putih telah digunakan di dalam padang yang dilengkapi dengan lampu limpah. Abad ke-20 membawa perubahan kepada rekaan sesuatu bola, di mana panel-panel yang saling bercantum telah menggantikan bahagian-bahagian besar kulit bola yang dijahit di bahagian utara dan selatan bola tersebut. 32 buah panel berwarna hitam dan putih tersebut diilhamkan oleh Richard Buckminster Fuller, dengan 20 panel berbentuk heksagon dan 12 panel berbentuk pentagon. Bola abad ke-20 dihasilkan dengan menggunakan bahan sintetik.

Lucien Laurent, penjaring gol pertama dalam sejarah Piala Dunia. Pada 13hb Julai 1930, beliau menggegar pintu gol Mexico dengan jaringan bersejarahnya sewaktu musim sejuk dj Stadium Pocitos, Montevideo, Uruguay. Gol kedua Piala Dunia disumbangkan oleh Bart McGee dari Amerika Syarikat sewaktu menentang Belgium.
Grafik Piala Dunia 1930 di Uruguay.
Sekitar perlawanan akhir Piala Dunia yang pertama
di Uruguay, di mana tuan rumah menjadi juara sulung. 
2.0. Bola pertama yang digunakan dalam Piala Dunia 1930.
Terdapat dua jenis bola yang digunakan sewaktu perlawanan akhir Piala Dunia 1930 di antara Argentina dan Uruguay. Alkisahnya, Argentina dan Uruguay berbeda pendapat berkenaan bola yang sepatutnya digunakan dalam perlawanan akhir tersebut. Hal yang demikian, bola dari Argentina digunakan pada separuh masa pertama dan sebiji bola yang dibawa oleh pasukan Uruguay digunakan pada separuh masa kedua. Argentina berjaya mendahului 2-1 dengan menggunakan bola keluaran mereka. Bagaimanapun, Uruguay bangkit dan menguasai separuh masa kedua apabila menggunakan bola mereka; dengan keputusan 4-2. Edisi sulung Piala Dunia 1930 menjadi milik Uruguay menerusi gol-gol yang dijaringkan oleh Pedro Cea, Victoriano Santos Iriarte dan Hector Castro.

Logo Piala Dunia 1978 di Argentina.
Grafik Piala Dunia 1978 di Argentina.
Mario Alberto Kempes – El Matador.
Lagenda Argentina yang sering dilupakan.

Tango Durlast.
Argentina, juara Piala Dunia 1978, menewaskan pasukan Belanda.
Pasukan Oranje yang beraksi tanpa jaguh mereka,
 Johan Cruyff, kerana didakwa menerima ugutan
dan ancaman daripada junta tentera Argentina.
2.1. Piala Dunia 1978: Tango Durlast.
Rekaan bola mengalami revolusi baru pada 1978 dengan penghasilan Adidas Tango Durlast. Adidas telah menghasilkan sejenis bola yang kemudiannya menjadi rekaan bola sepak yang sangat klasik. Sepanjang lima buah Kejohanan Piala Dunia FIFA (1978-1994), bola-bola rasmi Piala Dunia direka berasaskan rekaan Tango Durlast.  Tango Durlast mempunyai ciri-ciri tahan perubahan cuaca yang diperbaiki, dan mengambil inspirasi daripada minat yang mendalam, emosi dan keunggulan Argentina.  Tango Durlast telah menjadi model yang sangat berjaya, malah digunakan dalam Sukan Olimpik dan Piala Eropah. Edisi 1978 ini diselubungi kontroversi hitam apabila terdapat dakwaan bahawa para pemain skuad Belanda telah menerima ugutan daripada pihak junta tentera Argentina. Argentina akhirnya menjulang Piala Dunia 1978 dengan lagendanya yang sering dilupakan, Mario Kempes. Kempes yang digelar El Toro dan El Matador, merupakan satu-satunya pemain skuad La Albiceleste yang beraksi untuk kelab luar, iaitu kelab Valencia (Sepanyol). Kempes juga merupakan pemain yang dinamakan oleh Pele sebagai antara 125 orang pemain terbaik dunia yang masih hidup pada 2004.

Tango Espana.
Grafik Piala Dunia 1982 di Sepanyol.
Logo Piala Dunia 1982 di Sepanyol.
Bintang England, Bryan Robson pula berjaya menjaringkan gol meskipun perlawanan baru berlangsung selama 27 saat sewaktu menentang Peraancis.
Zico dan Dino Zoff meraikan kejayaan
menjulang Piala Dunia 1982 bersama skuad Itali,
 selepas menewaskan Brazil dalam sebuah pertarungan klasik.
2.2. Piala Dunia 1982: Tango Espana.
Adidas telah memperkenalkan sejenis bola dengan lapisan getah yang melindungi bahagian bola daripada diresapi air. Bola pertama dengan kualiti kalis air ini bagaimanapun perlu ditukar dalam tempoh yang kerap dalam sesuatu perlawanan kerana lapisannya mudah rosak. Tango Espana merupakan bola rasmi Piala Dunia terakhir yang dihasilkan dengan menggunakan kulit haiwan. Edisi 1982 menyaksikan pemain paling muda yang beraksi dalam perlawanan Piala Dunia, Norman Whiteside bermain sewaktu menentang Yugoslavia, ketika berusia 17 tahun dan 41 hari. Bintang England, Bryan Robson pula berjaya menjaringkan gol meskipun perlawanan baru berlangsung selama 27 saat. Ketika Robson menjaringkan gol tersebut, pengulas sukan, John Motson hanya sempat melafazkan sebanyak 59 patah perkataan. Edisi 1982 dimenangi oleh Itali yang menewaskan Brazil, 3-2, dalam apa yang dianggap sebagai perlawanan terbaik Piala Dunia. Bintang Itali, Paolo Rossi telah menjadi penjaring terbanyak untuk Edisi 1982 di Sepanyol dengan enam gol. Namun, Hungary telah mencuri tumpuan apabila menewaskan El Savador, 10-1.


Logo Piala Dunia 1986 di Mexico.
Grafik Piala Dunia 1986 di Mexico.
‘Azteca’.
 Jaringan ‘Tangan Tuhan’ pada minit ke-51. 
‘Gol Terbaik Abad Ini’ pada minit ke-54. 
Diego Armando Maradona, antara pemain
bola sepak terbaik sepanjang zaman.
2.3. Piala Dunia 1986: Azteca.
Piala Dunia 1986 di Mexico menyaksikan ‘Azteca’ menjadi bola rasmi pertama yang dilapisi oleh bahan ‘polyurethane’ yang kalis hujan. Bola unik ini merupakan rekaan sintetik yang pertama, dengan kualiti yang baik dalam keadaan sukar dan padang becak. Argentina yang dipimpin oleh Diego Maradona telah menjuarai Edisi 1986, dengan jaringan ‘Tangan Tuhan’ pada minit ke-51 sewaktu Suku Akhir menentang England. Kemudian, pada minit ke-54, Maradona menjaringkan ‘Gol Terbaik Abad Ini’ apabila menggelecek pemain England dari tengah padang sebelum memperdayakan penjaga gol England. Argentina menewaskan Jerman Barat 3-2 di Stadium Azteca, yang menjadi saksi kelahiran fenomena ‘Mexican wave’ yang popular ke seluruh dunia sehingga hari ini.

Grafik Piala Dunia 1990 di Itali.

‘Etrvsco Unico.’ 
Logo Piala Dunia 1990 di Itali.
Insiden di mana Rijkaard meludah Rudi Voller. 
Sebelum itu, Voller telah mengasari penjaga gol Belanda, Van Breukelen. 
Kedua-duanya akhirnya diperintah keluar padang. 
Jerman, juara Piala Dunia 1990.
Tangisan Gazza.
‘Blunder’ Rene Higuita dan
kemahiran menggelecek Roger Milla.
2.4. Piala Dunia 1990: Etrvsco Unico.
‘Etrvsco Unico’ merupakan bola rasmi Piala Dunia 1990 di Itali.  Ini merupakan bola pertama yang direka dengan lapisan dalaman ‘polyurethane foam’ yang berwarna hitam. Imej tangisan Paul ‘Gazza’ Gascoigne, bintang England yang bermasalah dan kontroversial, menjadi antara imej yang paling dikenang, selepas beliau menerima kad kuning dalam perlawanan Separuh Akhir menentang Jerman Barat pada minit ke-99. Sementelahan, Franz ‘Kaiser’ Beckenauer mencipta sejarah apabila memenangi Piala Dunia sebagai ketua pasukan (1974) dan sebagai jurulatih (1990). Sementara itu, Roger Milla telah mencipta rekod untuk pasukan dari benua Afrika apabila mengetuai Cameroon ke Suku Akhir Piala Dunia 1990. Rene ‘El Loco’ Higuita, yang terkenal dengan sepakan ala kala jengking dan sikap gila-gilanya, telah mencipta kesilapan mengaibkan pada Edisi 1990. Seperti biasa, beliau cuba menunjukkan kemahirannya mengawal bola sehingga ke kawasan kotak penalti lawan – kali ini sewaktu menentang Cameroon. Namun, lagenda Cameroon, Roger Milla dengan mudah berjaya menggelecek Higuita, sehingga menuju ke arah pintu gol Colombia. Roger Milla dengan tenang melurukan bola ke arah gawang Colombia, sebagaimana Colombia ditunjukkan arah pintu keluar dari kejohanan tersebut.    

Grafik Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat.
Romario menjadi wira Brazil sewaktu Piala Dunia 1994.
Ronaldo yang hanya memanaskan bangku simpanan,
 kemudiannya menjadi pemain terbaik dunia
untuk tahun-tahun berikutnya.
‘Questra’.

Lagenda Itali, Roberto Baggio gagal menyempurnakan sepakan penalti.
Sepakannya jauh melangkaui sebelah kanan gawang Brazil.
2.5. Piala Dunia 1994: Questra.
‘Soccer’ tidaklah sepopular sukan ‘American Football’ di Amerika Syarikat. Namun, ini tidak menghalang negara Uncle Sam itu untuk menganjurkan Piala Dunia 1994 yang penuh dengan warna-warni. Ini dibuktikan apabila seramai 3.5 juta peminat memenuhi kesemua 52 buah perlawanan sepanjang Edisi 1994. Bola ‘Questra’ rekaan Adidas merupakan bola rasmi Piala Dunia 1994 yang direka dengan lapisan ‘polyurethane’ yang kalis air. Bola yang lebih lembut ini juga mempunyai kelajuan yang baik apabila disepak, selain memperbaiki kawalan bola dan kepantasan sewaktu perlawanan berlangsung.  Roger Milla, bintang sewaktu Piala Dunia 1990 di Amerika, menjadi pemain tertua dalam sejarah Piala Dunia apabila beraksi menentang Rusia sewaktu berusia 42 tahun dan 39 hari.  Mario Zagallo mencatat sejarah apabila memenangi Piala Dunia sebanyak empat kali: dua kali sebagai pemain (1958 di Sweden dan 1962 di Chile); sekali sebagai jurulatih (1970 di Mexico) dan sekali sebagai penolong jurulatih (1994 di Amerika Syarikat).  

Grafik Piala Dunia 1998 di Perancis.
Maskot Piala Dunia 1998.
Logo Piala Dunia 1998 di Perancis.

Ronaldo, yang dianggap pemain yang terkenal
dengan kepantasan dan kekuatan fizikalnya,
tenggelam sewaktu perlawanan akhir.
Perancis berjaya menjulang Piala Dunia 1998
menerusi sentuhan pemusnah Zinedine Zidane.
Tricolore.
2.6. Piala Dunia 1998: Tricolore.
Menjelang 1998, Piala Dunia 1998 di Perancis menyaksikan bola rekaan baru oleh Adidas, dengan dihiasi corak tiga warna bendera Perancis: merah-putih-biru. Ini sangat berbeda daripada rekaan tradisional bola Piala Dunia; dengan warna tradisi hitam-putih.  Merupakan bola Piala Dunia yang berwarna-warni, Tricolore menggunakan teknologi cetakan ‘underglass’ dengan lapisan sintetik yang lebih nipis. Edisi 1998 juga menyaksikan Scotland melengkapkan rekod sebagai pasukan paling kerap disingkirkan sewaktu pusingan pertama. Mereka gagal dalam 8 kali percubaan: 1954, 1958, 1974, 1978, 1982, 1986, 1990 dan 1998. Perancis yang dipimpin oleh Didier Deschamps dan Zinedine ‘Zizou’ Zidane berjaya memenangi Edisi 1998 selepas menewaskan calon pilihan, Brazil, 3-0 dalam perlawanan akhir. Perancis memenangi Piala Dunia buat kali pertama, dan menjadi negara tuan rumah keenam memenangi kejohanan tersebut selepas Uruguay, Itali, England, Jerman Barat dan Argentina.

Grafik Piala Dunia 2002 di Korea Selatan dan Jepun.
 Maskot Piala Dunia Korea-Jepun.
 Oliver Kahn, pemenang Anugerah Lev Yashin
dan Bola Emas Piala Dunia 2002.
 Ronaldo berjaya meruntuhkan tembok kebal Jerman.
Logo Piala Dunia 2002 di Korea-Jepun.
 Ronaldo yang tenggelam sewaktu final 1998,
Membuktikan beliau masih yang terbaik di dunia pada 2002.
 Deretan bintang yang dimiliki Brazil
berjaya membantu skuad tersebut memenangi Piala Dunia 2002.
David Seaman gagal menyelamatkan
sepakan percuma, hasil kepintaran Ronaldinho.

 Ahn Jung-Hwan, wira
Korea Selatan sewaktu Piala Dunia 2002.

David Beckham, pakar bola mati, sedang bersiap 
sedia untuk melakukan sepakan.
Fevernova.
2.7. Piala Dunia 2002: Fevernova.
Sewaktu edisi Piala Dunia 2002 yang dianjurkan pertama kali secara bersama oleh dua buah negara Asia – Korea dan Jepun – Adidas telah menghasilkan bola baru – Fevernova -- dengan lapisan dalam yang lebih tebal untuk menambah ketepatan bola sewaktu sepakan atau tandukan dibuat. Revolusi warna dan rekaan corak baru pada bola Fevernova adalah berasaskan kebudayaan Asia. Lagenda Jerman, Oliver Kahn telah menjadi penjaga gol pertama yang memenangi gelaran ‘Pemain Paling Berharga’ sewaktu Piala Dunia 2002. Lagenda Turki, Hakan Sukur pula berjaya menyumbat gol terpantas Piala Dunia sewaktu menentang Korea Selatan, selepas hanya 11 saat perlawanan berlangsung. Pada 2001, sewaktu Kelayakan Piala Dunia 2002 dilangsungkan, Australia berjaya membenam pasukan kerdil, American Samoa, 31-0.
Grafik Piala Dunia 2006 di Jerman.
 
Kecemerlangan prestasi Zizou dari Kempen Kelayakan
sehinggalah Pusingan Akhir Piala Dunia 2006,
dicalarkan oleh insiden menanduk Materazzi. 
Skuad Azzurri berjaya menjuarai Piala Dunia 2006
menerusi aksi cemerlang Fabio Cannavaro dan rakan-rakan.
‘+Teamgeist’. 
2.8. Piala Dunia 2006: +Teamgeist. 
‘+Teamgeist’; bahasa Jerman yang bermaksud ‘Semangat Berpasukan’ merupakan bola rasmi Piala Dunia 2006 di Jerman. Tanda tambah (+) pada nama ‘+Teamgeist’ adalah digunakan atas tujuan hakcipta dan tanda dagang, memandangkan perkataan ‘teamgeist’ tidak dibenarkan untuk dijadikan tanda dagang. ‘+Teamgeist’ mempunyai 14 panel yang melengkung, berbeda dengan 32 panel yang menjadi panel sejak Piala Dunia 1970. Ronaldo ‘El Phenomenon’, telah menjaringkan 15 gol untuk Brazil dalam tiga edisi Piala Dunia: (1998 di Perancis, 2002 di Korea Selatan-Jepun dan 2006 di Jerman. Pengadil Rusia, Valentin Ivanov mencipta rekod apabila melayangkan 16 keping kad kuning sewaktu perlawanan pusingan kedua antara Portugal dan Belanda. Tatkala Perlawanan Akhir Edisi 2006 dilihat sebagai pentas terakhir yang bermakna buat Zinedine ‘Zizou’ Zidane untuk mengucup Piala Dunia sebagai pemain, 10 minit terakhir masa tambahan menyaksikan sejarah hitam buat beliau dan Perancis selepas dilayangkan kad merah kerana menanduk dada pertahanan Itali, Marco Materazzi. Perancis tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada Itali, 5-3.

Grafik Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.
Maskot Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.
Pejuang anti-Apartheid, Nelson Mandela yang
gemar memakai batik Indonesia, memegang Piala Dunia.
Vuvuzela yang dihasilkan di China, mula menjadi fenomena
sejak Piala Dunia 2010. Setelah menerima bantahan ramai, beberapa 
negara mula mengharamkan alat ini daripada dibawa ke stadium. 

Perancis layak ke Piala Dunia 2010 selepas menewaskan Ireland Utara. Gambar menunjukkan bola secara jelas ditampan dengan tangan oleh Henry sebelum beliau menghantar bola tersebut kepada rakan sepasukannya.

Skuad La Furia Roja,yang diketuai oleh
Casillas dan rakan-rakan, menjulang Piala Dunia 2010.

‘Jabulani’.
2.9. Piala Dunia 2010: Jabulani.
‘Jabulani’ yang bermaksud ‘Meraikan’ dalam bahasa Zulu, telah dipilih sebagai bola rasmi Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Bola ini mempunyai enam panel yang dibentuk dengan tujuan memperbaiki kadar aerodinamik bola tersebut. Bagaimanapun, bola ini menerima kritikan hebat daripada pemain, penjaga gol, jurulatih, malah pakar dari NASA. Hal ini demikian kerana, kajian menunjukkan bahawa bola yang ringan ini (440 gram) sukar untuk diramal apabila disepak melebihi 44 batu sejam. Kejohanan kali ini dimenangi oleh skuad ‘La Furia Roja’, Sepanyol. Ireland telah merayu kepada FIFA untuk membenarkan mereka layak ke Piala Dunia 2010 memandangkan Perancis menewaskan Ireland menerusi gol yang terkena tangan Thierry Henry. Rayuan Ireland ditolak oleh FIFA. Secara kebetulan, pasukan Perancis gagal melepasi peringkat kumpulan, dengan persembahan hambar dan membosankan.   

Replika-replika bola Piala Dunia.
3.0. Penutup.
Sejarah sukan bola speak menyaksikan evolusi dan revolusi rekaan bola yang digunakan secara rasmi dalam Piala Dunia sejak 1930. Dari bola kulit berwarna jingga sehinggalah penggunaan bahan seperti sintetik, ‘polyurethane’ dan teknologi cetakan ‘underglass’, setiap rekaan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Selain bertujuan memastikan bola bergerak lebih dinamik dan pantas, rekaan sesuatu bola rasmi Piala Dunia juga mengambil kira unsur-unsur tradisi dan keunikan negara penganjur. Sebagai info penutup, kurang lebih 80% bola yang digunakan dalam permainan bola sepak di dunia ini dihasilkan di Pakistan. Apakah nama bola yang akan digunakan dalam Piala Dunia 2014 di Brazil nanti? Sama-sama kita nantikan. Sekian.

************************

Sumber dan rujukan:
  1. http://www.soccerballworld.com/1930%20Soccer%20Ball.htm;
  2. http://ezinearticles.com/?The-Rolling-History-of-the-Soccer-Ball&id=4053744;
  3. http://blackeiffel.blogspot.com/2010_06_01_archive.html;
  4. http://artatm.com/2010/03/evolution-of-graphic-design-in-fifa-world-cup/;
  5. http://www.ehow.com/facts_5144103_interesting-fifa-world-cup.html.

Entri-entri berkaitan:
***************************************************