Rabu, Ogos 05, 2015

TERENGGANU HAMPIR CIPTA GEMILANG 1982.

TERENGGANU HAMPIR CIPTA GEMILANG 1982.
23hb Mei 1982: Dipimpin oleh salah-seorang pertahanan terbaik negara sepanjang zaman, Yahya Jusoh (Allahyarham), skuad Terengganu hadir selaku underdog dalam pertembungan Final Piala Malaysia 1982.
Skuad Ganu ketika itu membawa harapan besar rakyat Pantai Timur untuk menggondol trofi berprestij itu.
Berdepan calon pilihan, Selangor, Terengganu terpaksa berdepan cabaran Pulau Pinang dalam saingan Separuh Akhir.
Merah Kuning pula dibarisi oleh para bintangnya: SuperMokh, Santokh Singh, Aru The Spiderman, Abdul Moin, Redhuan Abdullah, Wong Hung Nung, Khan Hung Meng, Zainal Abidin Hassan dan lain-lain.
Pertembungan berlangsung selama 120 minit di gelanggang keramat, Stadium Merdeka.
Dalam perlawanan akhir tersebut, Selangor menang 1-0, bagi mengakhiri musim gemilang 1982.
Terdahulu, para pemain Selangor terpaksa mengharungi banyak perlawanan persahabatan dengan pasukan luar, termasuklah menentang skuad Boca Juniors yang dipimpin oleh Diego Maradona.
Tahun tersebut juga menyaksikan kebangkitan Melaka yang diketuai oleh Towkay Soh Chin Aun, Pulau Pinang serta Wilayah Persekutuan.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan