Rabu, Ogos 05, 2015

KENANGAN TIKET LIGA-M ERA 90AN.

KENANGAN TIKET LIGA-M ERA 90AN.
1996: Pengarah Allied Sport System, Alan Johnson, menunjukkan contoh tiket Liga-M kepada Menteri Belia dan Sukan ketika itu, TS Muhyddin Yassin ketika lawatan ke Wisma FAM.

Turut kelihatan ialah TS Elyas Omar dan Datuk Bakar Daud.

Tiket Liga-M ketika itu mempunyai rekaan serta ciri yang menarik, tatkala setiap tiket dicetak bersama maklumat berkenaan tarikh dan perlawanan yang dianjurkan.

Liga tempatan ketika itu cukup sinonim dengan penajaan syarikat Dunhill.

Turut diperkenalkan ketika itu ialah maskot untuk pasukan yang bertanding dalam Liga-M; antaranya Gergasi Merah, Sang Rusa; Sang Kijang; Tok Gajah; Bujang Senang; Sang Badak; Singa Utara; Seladang dan lain-lain.

Kenangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan