Ahad, Februari 09, 2014

Perasmian Restoran The Red Warriors-Gaza Corner di Kampung Kuantan, Klang.


Alhamdulillah, saya berkesempatan berucap
mewakili Anak Selangor Fans  Club (ASFC).
Naskah besar yang dihadiahkan kepada
saya oleh Ustaz Noorazman. Syukur.
Ucapan wakil Kelab TRW KLIA.
Ketua Chef, Saudara Azz Han,
menyampaikan sepatah dua kata. 
Beliau 
juga merupakan bekas pemain Kelantan FA, 
dan kini menjadi Koordinator Persatuan Bekas Pemain 
Kelantan Era 80an.
Pemilik bersama restoran, Ustaz Noorazman Mohd Samsuddin
(Pengerusi ‘Life Line For Gaza’ dan
penulis naskah ‘69 Jam di Neraka Zionis’) turut berucap. 
Ustaz Noorazman bergambar kenangan bersama
lagenda bola sepak kebangsaan, Azman Adnan
di Kelantan pada 2013.
31hb Mei 2012: Kunjung hormat Grup Peguam ABIM (GPA) ke pejabat Insani Yardim Vakfi (IHH), iaitu badan hak asasi dan kemanusiaan berpusat di Istanbul Turki. Merekalah yang bertanggungjawab menganjurkan misi Freedom Flotila yang menghantar bantuan kemanusiaan ke Palestin melalui Ekspedisi Kapal Mavi Marmara yang akhirnya diserang oleh tentera Rejim Zionis Israel yang telah mengorbankan 9 nyawa pada 31hb Mei 2010.
Temubual oleh Scoreboard, TV3.
Antara juadah lazat yang dihidangkan.
ASFC dan TRW-KLIA, bergambar kenangan
bersama kumpulan Angelika.
ASFC bersama Chef Azz Han.
Sebahagian jersi yang dipamerkan.
Perasmian Restoran The Red Warriors-Gaza Corner di Kampung Kuantan, Klang.
7hb Februari 2014: Alhamdulillah, pada hari Jumaat lepas, Kelab Jersi Kita (KJK), Kelab Penyokong The Red Warriors (TRW) dan Anak Selangor Fans Club (ASFC) berkesempatan membuat pameran ringkas jersi Liga-Malaysia ketika majlis pembukaan Restoran TRW-Gaza Corner (RTGC) yang terletak di Jalan Bukit Kuda (berhadapan dengan Bangunan IQKids), Kampung Kuantan, Klang.
Selain pameran jersi, turut dianjurkan pameran berkenaan suasana penduduk di Gaza,Palestin yang ditindas berserta maklumat berkaitan keadaan semasa bumi Palestin berdaulat yang ditawan secara haram oleh Rejim Zionis.
Restoran ini dibuka dengan tujuan membantu golongan fakir miskin, muallaf serta ibu tunggal. Selain itu, ia juga dijadikan tempat berkumpul para peminat bola sepak tempatan, khususnya apabila ada perlawanan siaran langsung yang disiarkan di layar besar di restoran tersebut.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh kugiran Angelika (yang popular dengan lagu ‘Hadirku Keranamu (The Red Giants)’); Ketua Chef RTGC, Saudara Azz Han dan pemilik bersama restoran tersebut, Ustaz Noorazman Mohd Samsuddin (Pengerusi ‘Life Line For Gaza’ dan penulis naskah ‘69 Jam di Neraka Zionis’).
Untuk rekod, Ustaz Noorazman merupakan salah-seorang daripada 12 orang sukarelawan negara yang terlibat dalam misi ‘berdarah’ ketika kempen keamanan ‘Gaza Freedom Flotilla’. ‘Flotilla’ bermaksud ‘Konvoi pelayaran kapal secara berkumpulan.’ Bantuan kemanusiaan ke Gaza (Palestin) dari Istanbul (Turki) melalui kapal ‘Mavi Maimara’ yang dilancarkan pada 22hb Mei 2010 ini telah diserang secara kejam oleh ratusan komando Rejim Zionis Israel sehingga mengakibatkan 9 orang Syahid, 103 orang cedera ditembak, dan puluhan yang lain menjadi trauma. ‘Mavi Maimara’ bermaksud ‘Laut Turki yang berwarna biru’.  
Ketika majlis pembukaan restoran tersebut, kru program sukan popular TV3, ‘Scoreboard turut hadir ke lokasi untuk membuat liputan. Semoga ada manfaatnya untuk kita semua, in sya ALLAH.
Bersama kita martabatkan jersi serta liga tempatan kita. Viva Selangor; Gomo Kelate Gomo. Padu.
.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan