Selasa, November 05, 2013

Al-Fatihah, Almarhum Ammar dalam kenangan.

Logo Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Damai... Subhanallah.
Ahmad Ammar Ahmad Azzam, pejuang berjiwa besar.
Gambar ucapan Aidiladha yang dikirimkan oleh Allahyarham buat sahabat dan keluarganya di Facebook.
Segak, pendiam tetapi mesra.
Gambar Ammar (kanan-berbaju biru), ketika kecil.
Ketika zaman sekolahnya.
Ammar merupakan pelajar terbaik SPM 2010, Maktab Tentera Diraja (MTD-RMC).
Keluarga bahagia.
Dua pejuang, satu cita-cita.
Ammar gemar menyertai misi dan program yang dianjurkan oleh PKPIM-ABIM-WADAH setiap kali ada kelapangan.
Disenangi sahabat dan taulan.
Gemar membantu ibunya.
Puan Azlina kelihatan sangat tabah, di sisi keranda yang menyimpan jenazah Ahmad Ammar.
Ramai rakyat Turki yang menghadiri majlis solat jenazah dan pengebumian Ammar. Subhanallah.
Kenderaan yang membawa jenazah Ammar.
Ammar dikebumikan bersebelahan perkuburan para syuhada dan sahabat Nabi SAW.
Sekitar majlis pengebumian Ammar.
Fakulti Sejarah Marmara Universiti menjemput Tuan Hj Azam dan Puan Azlina untuk menghadiri Majlis Memperingati Ahmad Ammar. Rupanya Ammar telah menyentuh hati semua melihatkan betapa sedihnya mereka. Mereka memutuskan untuk menanam sebuah pokok bagi memperingati Ammar. 
Ammar dalam kenangan. Al-Fatihah.
Antara kata-kata memperingati Ammar yang tertulis di kampus Allahyarham.
Salam.
Warga besar PKPIM-ABIM-WADAH dan rangkaiannya mengucapkan takziah atas kembalinya ke rahmatullah, sahabat kita Saudara Ahmad Ammar bin Ahmad Azam Ab Rahman, yang merupakan anak kepada Tuan Hj Ahmad Azam Ab Rahman, mantan Presiden ABIM dan Timbalan Presiden WADAH. Ammar merupakan seorang ahli dan aktivis ABIM di Turki yang aktif. Beliau meninggal di Istanbul, yang kini berada di sana kerana mengikuti pengajian peringkat ijazah.
Anak lelaki tunggal Tuan Hj Ahmad Azam ini telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya di Istanbul. Semoga ALLAH mencucuri rahmat kepada roh Allahyarham dan dikurniakan ketabahan dan keredhaan kepada Tuan Ahmad Azam sekeluarga. Seluruh warga PKPIM-ABIM-WADAH amat merasai kehilangan beliau yang merupakan permata bagi perjuangan Islamiah ini. Allahyarham adalah bintang yang berpotensi untuk bersinar pada masa akan datang. 
Ammar merupakan pelajar terbaik SPM 2010, Maktab Tentera Diraja (MTD-RMC) dan sedang melanjutkan pengajiannya di Turki dalam bidang Sejarah. Anak yang dipersiapkan oleh kedua ibu bapanya untuk menjadi mujahid dakwah telah dipanggil oleh Penciptanya pada 2hb November 2013. Hanya kepada ALLAH kita berserah segalanya dan mudah-mudahan ALLAH merahmati dan memberi ganjaran yang setimpal kepada kedua ibu bapanya yang ‘menyerahkan’ kembali anakanda mereka dengan penuh redha. Amin. 
Ahmad Ammar adalah seorang anak muda yang baik. Jarang dapat ditemui anak muda sepertinya. Tekun dan berdisiplin, taat dan bercita-cita tinggi. Tidak banyak bersuara di depan ramai. Pandai menempatkan diri di tengah khalayak. Dan paling menyentuh perasaan ialah bila mengingatkan perilakunya yang penuh sopan dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Semoga Allahyarham menjadi penuntun ibu bapanya ke syurga.
Allahyarham Ahmad Ammar, bersemadilah engkau di sana. ALLAH menyayangimu. Sungguh, hidupmu bersama perjuangan, matimu pula ketika dalam perjuangan, ditakdirkan ALLAH, jasadmu juga bersama para pejuang-pejuang agama ALLAH yang mati mereka juga di dalam perjuangan.
Hidup dikelilingi orang-orang soleh, mati pula bersemadi jasadnya dikelilingi jasad orang-orang soleh. Takdir ALLAH buat hamba-NYA yang terpilih. Hanya ALLAH yang lebih mengetahui akan hikmah sesuatu peristiwa. 
Di Istanbul, Eyub merupakan tempat letaknya Maqam Abu Ayyub al-Ansori, sahabat Nabi yang mulia. Merupakan sebahagian daripada pahlawan Islam daripada angkatan pertama tentera kaum muslimin di dalam cubaan menakluk Kota Konstantinopel.
Buat anak-anak muda di luar sana, sempena tahun baru hijrah ini, jika tidak dapat berazam jadi orang soleh, sekurang-kurangnya. berazamlah untuk dekat dengan orang-orang soleh. In sya ALLAH, akhir hayat kita akan diiringi oleh orang-orang soleh, didoakan ruh kita oleh orang-orang soleh. In sya ALLAH, semoga kita juga akan ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh.
Di bumi yang asing, pemergiannya dihadiri ramai. Beliau telah dikebumikan di sekitar maqam sahabat Rasulullah SAW, Abu Ayub Al-Ansari. Selamat bertemu Maha Pencipta saudaraku Allahyarham Ahmad Ammar.
Jenazah Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam disolat dan dikebumikan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul Di sana juga terdapat maqam sahabat Rasulullah S.A.W yakni Abu Ayub Al-Ansari R.A. 
Awal Muharram di Turki, Ammar disemadikan di Eyub Sultan disaksikan ramai pelajar Risalah an Nur di ketuai Hoca Said Nuri, pemimpin utama Hayrat Vakfi. Hoça Said Nuri, pemimpin spiritual gerakan Heyrat Vakfi turun untuk bersama Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman dan isteri, Puan Hajjah Nur Azlina berserta anak-anak muridnya dalam majlis pengebumian Allahyarham Ahmad Ammar.
Perkuburan Eyub Sultan tempat Ammar disemadikan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan yang menempatkan lebih 60 orang para sahabat Nabi SAW, awliya, panglima Uthmaniyyah dan orang ternama. Takdir ALLAH, Dato Bandar Eyub beri pengecualian rakyat Malaysia pertama ini. Subhanallah. Peristiwa bersejarah ini pasti mempunyai signifikan sejarah buat hubungan dua hala bangsa Melayu-Turki dan Islam untuk menjadi lebih sakti. Tidak lupa juga jasa hubungan dua hala ABIM dan Hayrat İnsani Yardım . 
Perancangan ALLAH SWT. 
Bersama menegakkan kebenaran dan memperjuang keadilan.
Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa ‘Afihi Wa’fu ‘anhu.
Al-Fatihah untuk Allahyarham.
Salam.

HAJI AMIDI ABD MANAN, 
Presiden ABIM.
----------------------------------------
Sumber dan rujukan:
  1. https://www.facebook.com/suhail82;
  2. http://saifulislam.com/2013/11/ammar-antara-tadbir-insani-dan-takdir-ilahi/;
  3. https://www.facebook.com/muhd.a.asyraf.12;
  4. https://www.facebook.com/abuakhyar.alqudsi?ref=ts&fref=ts;
  5. https://www.facebook.com/rosma.tazilah;
  6. https://www.facebook.com/muhammad.i.arifin.7;
  7. https://www.facebook.com/FrdNrKrhn.

12 ulasan:

  1. Mari kita do'akan arwah;
    (rujuk 4 ayat akhir surah al-Fajr)

    يَـٰٓأَيَّتُہَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَٮِٕنَّةُ (٢٧
    ٱرۡجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً۬ مَّرۡضِيَّةً۬ (٢٨
    فَٱدۡخُلِى فِى عِبَـٰدِى (٢٩
    وَٱدۡخُلِى جَنَّتِى (٣٠
    Ameen3 ya Rabb

    BalasPadam
  2. Innalillah wa inna illahi rojiun. Surely we belong to Allah, and to Him we shall return. Bertabahlah keluarga Arwah. Sesungguhnya tiada yang kekal di dunia ini.

    BalasPadam
  3. Sungguh menyentuh , memberi satu isyarat kepada kita untuk TERUSKAN PERJUANGAN !!

    BalasPadam
  4. Pada pendapat saya, tidak elok letak gambar arwah (dlm kain kapan) di laman web ini. Ia akan menyentuh perasaan ahli keluarga arwah kalau terjumpa website ini. Saya fikir adalah tanggungjawab kite semua untuk menghormati maruah org lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya setuju.. seharusnya kita menghormati keluarga almarhum..

      Padam
    2. Bukan begitu. Paparan gambar arwah (dlm kain kapan) pada pandangan saya bukannya bermaksud tidak menghormati org lain/keluarga beliau, sebaliknya memberi semangat utk kita agar meneruskan perjuangan beliau..

      Padam
    3. Salam.

      Kebanyakan gambar dalam entri ini saya salin dan tampal daripada akaun Facebook ibu dan bapa As-Syahid Ammar.

      Bukan saja gambar, malahan juga, ada video berkenaan beliau yang dikongsi di laman Youtube.

      Semuanya adalah berlandaskan izin keluarga Almarhum.

      Harap maklum.

      Terima kasih buat semua yang sudi membaca entri ini.

      Semoga iltizam Ammar akan terus hidup dalam jiwa dan sanubari kita semua, in sya ALLAH.

      Padam
    4. saya setuju che din. gambar tersebut bukan gambar yang mengaibkan dan membawa malu. tetapi bertindak sebagai pembakar semangat supaya semua kita berusaha menjadi salah seorang insan terpilih seperti beliau. insyaallah..

      Padam
  5. keluarga almarhum telah memberikan izin. trima kasih :)

    BalasPadam
  6. Subhanallah rahsiaNya . Semoga kita teruskan perjuangan Almarhum Demi Islam Agamaku.

    BalasPadam
  7. Subhanallah..sungguh istimewa anak ini...Moga syurga lah tempatnya

    BalasPadam