 |
Saudara Raimi Ab Rahim, Setiausaha
Agung ABIM. Juga mantan Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar
Islam Malaysia (PKPIM). |
.jpg) |
3hb November 2011: Keratan akhbar Utusan
Malaysia dan Harian Metro berkenaan laporan polis yang
dibuat oleh Grup Peguam ABIM dan beberapa NGO Islam
terhadap penganjuran “Seksualiti
Merdeka 2011”. |
 |
September 2012: Kupasan berkenaan isu LGBT oleh
Pengerusi Grup Peguam ABIM, Saudara
Khairul Anwar Ismail yang disiarkan
dalam Harian Metro.

 |
12hb September 2012: Setiausaha Agung ABIM, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim serta Pengerusi Grup Peguam ABIM (GPA), Khairul Anwar Ismail telah mewakili Malaysia dalam 2nd Regional Consultation of ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights with Civil Society Organization on ASEAN Human Rights Declaration di Manila, Filipina.

.jpg)
.jpg)
.jpg) |
Oktober 2013: Saudara Jufitri dan Saudara Anwar,
bergambar kenangan sewaktu
transit di Dubai.
.jpg) |
Suasana Pejabat PBB
di Geneva.
.jpg) |
Oktober 2013: Saudara Anwar dan Saudara Jufitri
di Geneva, Switzerland.
.jpg) |
Oktober 2013: Pertemuan wakil ABIM dengan Saudara Vicente Paolo, daripada South Centre Geneva, yang juga merangkap Timbalan Pengarah South Centre Geneva, membincangkan beberapa isu penting di peringkat Antarabangsa yang melibatkan malaysia dan yang mempunyai implikasi serta kesan ke atas Malaysia seperti isu TPPA dan sebagainya.
|
 |
Oktober 2013: Di Pejabat İslamic Relief Center Geneva. Bersama Saudara Jamal Krafess, Pengarah İslamic Relief Geneva. İRG ialah badan Hak Asasi dan Kemanusiaan, berpusat di Birmingham London, mereka juga punya pejabat di Malaysia. Kunjung hormat membincangkan kerjasama strategik bagi menangani isu-isu serta krisis umat di serata dunia secara bersama inshaAllah. Demi ummat tiada sempadan negara bisa memisahkan kita.
 |
22hb Oktober 2013:
Bergambar kenangan bersama
Datuk Saifuddin
Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM), ketika
Program Diskusi UPR
di Dewan MPBJ,
Petaling Jaya. |
|
Mac 2014: Saudara Anwar dan Saudara
Haji Amidi, Presiden ABIM, dalam satu sesi
Sidang Media ABIM, sebelum bertolak ke
KLIA untuk ke Geneva.
Saudara Anwar dan Saudara Syazwan
(Naib Presiden PKPIM), ketika rakaman 'Global
Review' di WAP TV sebelum bertolak ke
KLIA untuk ke Geneva.
Saudara Anwar dan Saudara Raimi bergambar
kenangan, sebelum berlepas ke Geneva.



Mac 2014: Saudara Anwar dan Saudara Raimi
berkesempatan bertemu cendekiawan Islam,
Prof Dr Tariq Ramadan di Geneva.
27hb Mac 2014: Rakaman 'Global Review' di WAP
TV berkenaan status tuntutan Malaysia di
Persidangan UPR di Geneva.
|
|
|
|
|
ISU COMANGO: ABIM HANTAR DELEGASI KE
SIDANG UPR DI GENEVA.
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) telah
menghantar dua orang delegasi selaku perwakilan NGO negara ini ke sidang “Final
Adoption Of Malaysia’s UPR (Universal Periodic Review) Report” oleh Majlis
Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) yang akan diadakan
20hb Mac 2014 ini di Geneva. Sidang ini merupakan susulan daripada pembentangan
UPR yang telah diadakan pada penghujung 2013 yang lalu.
Delegasi tersebut disertai oleh Saudara
Mohamad Raimi Ab Rahim, Naib Presiden ABIM dan Ketua Biro Undang-Undang ABIM,
Saudara Khairul Anwar Ismail. Kedua-dua mereka telah mewakili pihak NGO
Malaysia di ‘2nd Regional Consultation of ASEAN Intergovernmental
Commission on Human Rights with Civil Society Organization on ASEAN Human
Rights Declaration di Manila’ pada September 2012.
Walaupun terdapat tekanan yang kuat dari
kumpulan pelobi dan gabungan hak asasi manusia di peringkat ASEAN untuk
mengiktiraf hak dan amalan LGBT, tampak jelas bahawa keyakinan majoriti
masyarakat beragama di rantau Asia Tenggara ini masih tidak dapat menerima,
bahkan dengan tegas menolak usul agar hak dan amalan LGBT dari diiktiraf.
Untuk sidang pada 20hb Mac 2014 ini,
wakil Malaysia dari ABIM mengutarakan respon terhadap pandangan serta tuntutan
wakil-wakil negara asing ketika permulaan sidang UPR pada tahun 2013 yang lalu.
Kedua-dua orang wakil ABIM mendapat hak serta peluang untuk bersuara oleh
sekretariat persidangan UNHRC di Geneva.
Penyertaan ABIM ini dibuat berdasarkan
kepada pembabitan ABIM dalam beberapa perbincangan serta wacana berkaitan
keseluruhan proses semakan UPR ini dengan pelbagai pihak seperti Suruhanjaya
Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), NGO-NGO Pro Hak Asasi Manusia (PROHAM)
serta NGO-NGO Islam serta Civil Society Organisation (CSO) dalam dan luar
negara yang lain.
Daripada 232 cadangan; Malaysia menerima
150 cadangan dan menolak 82 cadangan daripada negara-negara anggota PBB. Kebanyakan
wakil-wakil Negara lain memuji usaha Malaysia di dalam usaha meningkatkan
prestasi hak asasi di dalam negara.
Saudara Raimi dan Saudara Anwar turut
berkesempatan untuk bertemu dengan Prof. Dr. Tariq Ramadhan, ilmuan Islam dari Universiti
Oxford yang juga merupakan cucu kepada pengasas Ikhwanul Muslim As-Syahid Imam
Hassan al-Banna yang syahid di tangan pemerintah Mesir. Walaupun telah
beberapa kali bertemu, tetapi pertemuan kali ini lebih sentimental, di kampung
kelahirannya, Geneva, selepas bapanya, Said Ramadhan dibuang negeri dari negara
asalnya Mesir oleh Presiden Jamal Abdul Nasir.
Dalam persidangan tersebut, Malaysia dengan
tegas menolak LGBT sebagai satu hak kerana ia bertentangan dengan
undang-undang, agama dan moral manusiawi. Syukur kerana Malaysia masih lagi
merupakan negara yang beragama dan rakyat Malaysia masih lagi rakyat yang
beragama. Semoga Malaysia akan terus terpelihara daripada sebarang percubaan untuk
memesongkan rakyat dan pemimpinnya daripada nila-nilai keagamaan.
Berikut disertakan Kenyataan Rasmi ABIM
bersempena Final Adoption Of Malaysia Universal Periodic Review (UPR), Geneva
Switzerland, 20 Mac 2014:
“Walaupun usaha Kerajaan Malaysia
untuk memberi ruang kepada pengamalan hak sivil dan berpolitik di Malaysia
dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Buang Negeri 1959
dan Akta Kediaman Terhad 1933 patut dipuji, namun tindakan Malaysia dilihat terkebelakang
menjelang sesi UPR kali ini apabila memperkenalkan beberapa undang-undang
pencegahaan baru seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012
(SOSMA), Akta Perhimpunan Aman 2012 serta pindaan kepada Akta Pencegahan
Jenayah 1956 (PCA).
SOSMA sendiri antara lain membenarkan
penahanan dibuat selama 48 jam termasuk penahanan tanpa dikemukakan sebarang
dakwaan kesalahan yang melangkaui proses semakan kehakiman yang dibenarkan
untuk dibuat selama 28 hari sementara PCA membenarkan penahahan dibuat tanpa
bicara selama dua tahun.
Kami menyatakan kekesalan kami terhadap
perkembangan yang berlaku lebih-lebih lagi apabila undang-undang ini diluluskan
dalam masa yang begitu singkat, tanpa melalui proses konsultasi yang menyeluruh
dengan pihak-pihak yang berkepentingan serta hampir tiada langsung sidang
perbahasan mengenai undang-undang ini di Parlimen. Kami dengan ini mendesak
Kerajaan untuk menyemak semula dan membuat pindaan yang bersesuaian kepada akta
ini agar selari dengan standard antarabangsa.
Mengambil kira kedudukan sejagat
‘Doctrine of the Marigin of Appreciation’ dan ‘Cultural Relativist’ dalam
pengamalan hak asasi manusia, kami menggesa Kerajaan Malaysia untuk mengambil
pertimbangan yang sewajarnya dengan mengambil kira kepentingan moral dan
sensitiviti agama dalam memberi maklum balas mengenai cadangan berkaitan
Sexual-Orientation and Gender Issues (SOGI) dan Lesbian Gay Bisexual
Transgender (LGBT).
Hakikatnya, hak berkaitan LGBT tidak
diiktiraf dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN pada November 2012 dan ini
menunjukkan secara jelas bahawa sentimen nilai moral masih teguh dalam kalangan
warga ASEAN. Namun, kami mengecam penggunaan undang-undang berkaitan
homoseksual dalam Kanun Keseksaan bagi tujuan politik untuk mensabitkan seseorang
pesaing politik yang dipilih secara demokratik.
Kami melihat bahawa Kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk
memastikan tahap perlindungan tertentu serta pengurusan penjagaan bagi membantu
pelarian, pemohon suaka dan mereka yang tidak mempunyai negara-terutamanya
orang Rohingya dari Burma walaupun Malaysia tidak menandatangani Konvensyen
Pelarian 1951 dan Konvenyen Mengenai Orang Tidak Bernegara 1954.
Namun, kami menegaskan bahawa Malaysia
perlu memperbaiki aspek jaminan hak mereka untuk mendapat akses kepada perkara
yang melibatkan perundangan terutamanya hak berkaitan akses mendapatkan bantuan
guaman, hak diwakili peguam, hak mendapatkan perbicaraan yang adil dan
perlindungan daripada dihantar pulang ke negara asal. Dengan pelaksaanan
langkah berikut, kami percaya Malaysia di jalan yang betul dalam menandatangani
kedua-dua Konvensyen untuk sesi UPR yang akan datang.
Dalam suasana pertembungan politik di
Malaysia sekarang, kami mendesak Kerajaan untuk terus bersama secara demokratik
dengan kelompok minoriti dan mengelak dari melakukan sebarang bentuk
diskriminasi atau sebarang langkah-langkah tidak demokratik untuk menafikan hak
mereka yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kami juga merayu supaya Kerajaan Malaysia
memperbaiki mekanisme bagi sesi dialog dan perbincangan sebagai langkah
penyelesaian yang baik dan terkehadapan dalam merungkaikan isu-isu panas
berkaitan konflik antara agama dan ekstremisme, baik dalam agama atau antara
agama di Malaysia.”
---------------------------------------------------------
Sumber:
- https://www.facebook.com/ABIMPUSAT?fref=ts;
- https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia?fref=ts;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2013/10/wakil-abim-di-sesi-semakan-berkala.html;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2014/03/isu-comango-abim-hantar-delegasi-ke.html.