![]() |
Bro Reza bersama ayahanda tersayang
- lagenda Malaysia - SuperMokh selepas
Skuad Piala Presiden Selangor, 2003.
Di tengah-tengah gambar ialah Bro
Reza Mokhtar, anak kepada
SuperMokh.
Bro Reza (kanan sekali), bersama
skuad Piala Emas Raja-Raja
Selangor.
Kenangan ngeteh dengan Bro Reza Mokhtar,
bersama Bro Nimi dan Bro Shane;
sebelum pementasan
Bergambar kenangan bersama gambar SuperMokh yang berbincang dengan YTM Raja Muda, Tengku Idris Shah (kini DYMM Sultan Selangor) dan Santokh Singh, selepas perlawanan Piala Sumbangsih 1985. Jersi yang dipakai SuperMokh dan skuad Selangor pada perlawanan tersebut – jenama ‘Topper’ – adalah jersi yang jarang dipakai oleh skuad Selangor. Al-Fatihah, buat lagenda kita semua.
11
Julai 1991 - 11 Julai 2015.
SuperMokh
dalam kenangan.
Sekiranya
SuperMokh masih ada; apakah kita akan menghargai Allahyarhamhu seperti hari
ini?...
Al-Fatihah
sekudusnya, buat tokoh bola sepak serta sukan kebangsaan.
Innalillahi
wainna ilaihi rajiun.
|
Memaparkan catatan dengan label Mokhtar Dahari (Supermokh). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mokhtar Dahari (Supermokh). Papar semua catatan
Isnin, Julai 13, 2015
SuperMokh dalam kenangan.
Selasa, April 29, 2014
Template Jersi Final Piala Malaysia 1979.
Final Piala Malaysia 1979: Selangor, 2-0,
Singapura.
Semenjak 1967-1979, piala baru telah diperkenal
dengan nama ‘Piala Malaysia’ bagi menggantikan Piala HMS Malaya dan Perak
sekali lagi menjadi pasukan pertama memenangi piala baru tersebut. Selangor
terus memperkukuhkan status sebagai pasukan yang paling digeruni sepanjang
tempoh ini dengan memenangi 9 trofi Piala Malaysia dari 13 perlawanan akhir.
Nasib berbeza terhadap Singapura kerana hanya menjuarai sekali pada tahun 1977
setelah lima kali mencuba.
Kekebalan Selangor didorong oleh beberapa
pemain berkaliber negara ketika itu. Antaranya Allahyarham Mokhtar Dahari,
Santokh Singh, mendiang R. Arumugam, Soh Chin Aun, Chow Kwai Lam , Hanafiah Ali
dan beberapa pemain lain. Kekuatan pemain-pemain ini disetiap posisi padang
telah menaikkan nama Selangor diarena bolasepak tanah air. Hanya pasukan Terengganu
sahaja merupakan pasukan baru yang muncul pada perlawanan akhir pada 1973.
Empat buah pasukan negeri telah layak ke
Separuh Akhir Piala Malaysia 1979, selepas menduduki empat tangga teratas liga.
Separuh Akhir Pertama berlangsung pada 3hb Jun 1979, menemukan Pahang yang
tewas, 0-1, kepada Singapura manakala Selangor menewaskan Sabah, 3-1.
Pada pusingan kedua yang berlangsung pada
9hb Jun 1979, Singapura menewaskan Pahang, 2-1, manakala Selangor mengalahkan
Sabah, 4-0. Seperti yang kita sedia maklum, zaman kegemilangan skuad Sabah
bermula pada penghujung tahun 1970-an. Stadium Likas pernah menjadi tempat yang
menggerunkan. Malahan ada yang menyifatkan stadium itu sebagai ‘kuburan’ bagi setiap
pasukan pelawat yang bermain menentang pasukan Sabah yang gagah perkasa satu
ketika dahulu. Pada masa ini jugalah beberapa pemain berkualiti dilahirkan.
Tahun 1979 merupakan tahun kegemilangan
buat bola sepak Sabah apabila berjaya memasuki peringkat separuh akhir Piala
Malaysia ketika pertama kali menyertai kejohanan itu. Kejayaan Sabah pada masa
itu tidak terlepas daripada peranan yang dimainkan oleh Stanley Chew, jurulatih
bolasepak Sabah ketika itu. Melalui kepakaran beliau sebagai jurulatih Sabah,
lahirlah pemain-pemain yang hebat dan berkualiti seperti Hassan ‘Cucuk’ Sani, ‘King’
James Wong, Peter Rajah, Awang Sabtu dan ramai lagi nama-nama lain yang turut
mencorak warna dalam sejarah bolasepak Sabah.
Barisan legenda inilah yang membantu
Sabah menjadi naib juara liga dan layak ke separuh akhir Piala Malaysia pada
tahun 1979 dan paling menarik, Sabah menjadi pasukan yang paling banyak
menjaringkan gol.
Tidak cukup dengan itu, status Sabah
semakin melonjak apabila gergasi Inggeris, Manchester United berkunjung ke
bumi Sabah pada tahun 80-an untuk mengadakan satu perlawanan persahabatan.
Perlawanan tersebut menyaksikan United menewaskan pilihan Sabah dengan
jaringan 0-2. Sementara itu, pada perlawanan akhir, Selangor menjulang Piala
Malaysia pada tahun 1979 setelah berjaya menewaskan Singapura, 2-0.
SuperMokh menulis dalam kolumnya yang
disiarkan oleh akhbar New Straits Times pada 9hb September 1982, bahawa beliau
ditawarkan sebanyak $20,000 untuk tidak menjaringkan gol dalam perlawanan akhir
menentang Singapura. Terdahulu, SuperMokh menyatakan bahawa beliau pernah
ditawarkan sebanyak $5,000 dan $2,000: juga untuk tidak menjaringkan gol, dalam
Final Piala Malaysia 1978 (menentang Singapura) serta Final Pestabola Merdeka
1978 (menentang Korea Selatan). Hal ini menunjukkan bahawa isu rasuah telah pun
membarah dalam kancah bola sepak Malaysia semenjak sekian lama.
Semoga era kegemilangan SuperMokh akan
menjelma kembali, tatkala kita berdoa agar isu mengatur perlawanan tidak lagi
menjadi racun yang membunuh bola sepak negara. Julang semangat zaman. Padu.
-----------------------------------------
Sumber:
- Akhbar Berita Harian;
- Akhbar Utusan Malaysia;
- Akhbar NST;
- Majalah Football;
- Majalah Arena Bola Sepak;
- https://www.facebook.com/ahmadjohari.yeopaziz?fref=ts;
- https://www.facebook.com/pages/Kelab-Jersi-Kita/102781643230951?fref=ts;
- http://www.rsssf.com/tablesm/malay79.html#cup;
- https://www.facebook.com/king.kheiriel?ref=ts&fref=ts;
- https://www.facebook.com/hangpcdua.malaya?fref=ts.
Langgan:
Catatan (Atom)
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...
-
Solat berjemaah yang diimamkan oleh Datuk Seri Ustaz Abdul Hadi Awang. Saat indah bersama Tun Dr M dan Tun Khalil Yaakob d...
-
Naskah “Jibam” (Ujang, 1992). Hasil karya Kartunis Ujang. “Jibam” versi 2008. “ Dunia yang bulat, adalah bersegi baginya. B...
-
TS Hamzah Abu Samah, mantan Presiden FAM, Presiden AFC dan Naib Presiden FIFA. Al-Fatihah yang sekudusnya, buat mantan Menteri Unda...



.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)


.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)



.jpg)
.png)
.jpg)
.jpg)


.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)