Isnin, Oktober 10, 2016

AMIR NAUFAL: AQIQAH DAN QURBAN 1437H.



AMIR NAUFAL: AQIQAH DAN QURBAN 1437H.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ILLAHI, dengan izin dan Rahmat-NYA, dapat saya, isteri tercinta (Nur ‘Aliaa) dan keluarga mengadakan Majlis Aqiqah buat anak sulung, Muhammad Amir Naufal bin Zairudin. Turut diadakan, Majlis Aqiqah buat anak buah kami, Allahyarhamhu Ahmad Zabir Ahmad Zulfadhli. Majlis dianjurkan di Taiping, Perak pada 13hb September 2016. Berkebetulan dengan ulang tahun kedua, perkahwinan saya dan isteri.
Pada 15hb September 2016 pula, saya bersama sahabat Sekretariat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pusat berkesempatan mengadakan korban untuk bahagian masing-masing di Taman Cemerlang, Gombak. Turut serta, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden ABIM.
Terima kasih, ALLAH.
Semoga Amir Naufal membesar sebagai anak soleh yang sihat wal afiat serta cemerlang, duniawi-ukhrawi. Juga, semoga roh Allahyarhamhu Ahmad Zabir dicucuri Rahmat-NYA. Moga Abang Zul dan Kak Zatil terus tabah dan sabar. Sungguh, perancangan ALLAH itu agung dan berhikmah.
Al-Fatihah sekudusnya.
.

PIMPINAN ABIM ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PENGARAH BAHAGIAN KESEJAHTERAAN RAKYAT, PUTRAJAYA.

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
PIMPINAN ABIM ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PENGARAH BAHAGIAN KESEJAHTERAAN RAKYAT, PUTRAJAYA.
26hb Ogos 2016 (Jumaat): Alhamdulillah, hari ini Presiden ABIM, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim serta pimpinan ABIM; telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah, Bahagian Kesejahteraan Rakyat, Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya.
Kunjungan ini dijalankan sebagai salah-satu inisiatif untuk memastikan agenda sosial dan kemasyarakatan yang digerakkan di seluruh negara oleh ABIM, dapat dijana dengan berkesan.
Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan ini merupakan salah-satu agensi pusat di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang antara lain berfungsi sebagai penyelaras dan pemantau usaha, antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, sewaktu melaksanakan program-program pembangunan.
Semoga kunjungan ini dapat melipat-gandakan lagi kerjasama strategik bagi menangangi gejala sosial serta isu kemiskinan rakyat, khususnya dalam kalangan golongan belia – baik di dalam mahupun luar bandar.Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Sebarkan!
------------------------------------------
Jom, daftar segera sebagai ahli ABIM di sini: http://www.abim.org.my/sekretariat/daftar-keahlian-online.html
---------------------------------- 

.

5 SEBAB ANDA PERLU SERTAI ABIM. :)

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
5 SEBAB ANDA PERLU SERTAI ABIM. :)
Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Sebarkan!
------------------------------------------
Jom, daftar segera sebagai ahli ABIM di sini: http://www.abim.org.my/sekretariat/daftar-keahlian-online.html
---------------------------------- 
.


Terbang. :)

“Flight attendants, prepare for take-off please.” 
“Cabin crew, please take your seats for take-off.”
:)
.

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...