Jumaat, Oktober 17, 2014

ABIM dan GMM Seru Tolak Ekstremisme.


I
Rakaman ‘Global Review’ bersama 
Ustaz Fauwaz Fadzil Noor.
Alhamdulillah, pada 10hb Oktober 2014, Sahabat Unit Media Abim Pusat dan WAP TV (TV WADAH-ABIM-PEPIAS), sempat menjalankan rakaman temubual untuk slot ‘Bual Bicara Global Review’ di pejabat Telaga Biru, Sri Damansara. Topik yang dibincangkan ialah “Ancaman Ekstremisme: Mengapa Rakyat Malaysia Harus Prihatin?”. 
Untuk episod kali ini, WAP TV telah menjemput personaliti dakwah tanah air, Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil Noor, Anggota Kesatuan Ulamak Sedunia. Beliau merupakan anakanda kepada tokoh politik dan ikon dakwah negara, Almarhum Dato’ Dr. Hj. Fadzil Noor (mantan Presiden PAS dan mantan Timbalan Presiden ABIM).
Beliau juga merupakan penterjemah buku ‘Fiqh Jihad’ oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawiy. Sesungguhnya, saat umat Islam berada pada tahap kelemahan dan kealpaan, maka jihad adalah pencetus kebangkitan umat yang mampu mengembalikan mereka kepada pentasnya yang asal. Tanpa jihad, umat Islam akan dipandang hina dan rendah.
Justeru, buku ini adalah salah satu pencetus kepada perubahan yang dinanti-nantikan oleh dunia. Buku ini juga sebagai wadah dalam menerangkan hakikat sebenar jihad yang luas, tidak terbatas kepada peperangan tetapi kepada semua aspek kehidupan manusia, ekonomi, sosial, kesihatan, ilmu dan dakwah. 
Peperangan bukanlah matlamat asal Islam tetapi itulah jalan terakhir untuk mempertahankan agama dan negara. Kedamaian adalah nikmat yang diperjuangkan oleh al-Quran dan sunah seperti yang diterangkan dalam ringkasan Fiqh Jihad ini. Semoga buku ini mampu menerangi jalan ilmu umat Islam yang sentiasa dahagakan cahaya ilmu yang luas, in sya ALLAH.
Ustaz Fauwaz menganjurkan agar kita memahami dengan lebih mendalam konsep wasatiyah (sikap bersederhana), sambil menolak sikap pelampau yang merosakkan nama baik agama dan kesejahteraan umum. Lebih penting, beliau juga menyeru agar rakyat Malaysia lebih prihatin dengan ancaman ekstremisme yang memudaratkan.

Ketika menyaksikan dan mendengar lenggok-bahasa dan suara moderator rancangan ini, Saudara Azizan Bin Ajiji, terkenang sahabat yang banyak berjasa, Allahyarhamhu Abu Qassim Nor Azmi (bekas Exco Majlis Belia Malaysia). ALLAH SWT jugalah sebaik-baik Perancang. Al-Fatihah sekudusnya.

Logo ABIM.
Presiden ABIM:
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan
Juga mantan Presiden PKPIM.
Saudara Jufitri Bin JohaPengerusi Malaysia Life Line For Syria (MLL4S)
dan Naib Presiden 
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Beliau merupakan penerima Anugerah Tokoh Belia ASEAN 2014 
dan Anugerah Belia Perdana Malaysia 2014.

II
ABIM dan GMM Seru Tolak Ekstremisme.
Terdahulu, Ustaz Fauwaz turut hadir ketika sidang media bersama dianjurkan oleh ABIM dan Gerakan Kesederhanaan Global (Global Movement of Moderates - GMM) berkenaan ekstremisme dan Islamophobia, pada 10hb September 2014. Sidang meja bulat berkenaan ‘Jihad di Syria’ ini menyaksikan beberapa panel seperti pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ahmad Uthman El Muhammady (yang mewakili ABIM), Ahli Kesatuan Ulama Sedunia, Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Malaysian Life Line for Syria (MLL4S), Saudara Syahrir Azfar, wartawan, Chris Lau dan pensyarah UIAM, Prof. Dr. Maszle Malik.
Global Movement of Moderates (GMM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengambil berat tentang perkembangan konflik yang sedang berlaku di Syria dan Iraq, terutama dengan kewujudan Negara Islam (IS) atau dahulunya dikenali dengan Negara Islam Iraq dan Syam (ISIS). 
Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dalam kenyataan media bersamanya, menegaskan bahawa mereka akan bekerjasama menubuhkan pasukan petugas membantu Putrajaya mendekati anak muda bagi mengelakkan mereka terjebak dengan fahaman ekstremis Negara Islam (IS) di Iraq.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GMM, Dato’ Saifuddin Abdullah berkata, gerakan ekstremis IS itu mengembalikan sentimen Islamophobia dalam kalangan orang Islam. “IS ialah gerakan ekstremis. Aktivitinya yang ganas jelas bertentangan dengan Islam. Manakala pengisytiharan khilafah daripada mereka memberi imej buruk kepada Islam,” katanya.
Bercakap kepada media di pejabat GMM di Kuala Lumpur, bekas Timbalan Menteri pengajian tinggi itu berkata, tujuan penubuhan pasukan itu ialah mencari jalan penyelesaian jangka pendek bagi membantu kerajaan menangani perkara itu. Beliau berkata, kumpulan ekstremis dilihat aktif menggunakan laman media sosial mendekati golongan belia untuk menyebarkan fahaman mereka. “Penyebaran ekstremis disebarkan secara sistematik melalui media sosial,” katanya.
Saifuddin berkata, GMM dan ABIM prihatin terhadap belia dan rakyat Malaysia yang menyatakan keinginan berjuang di Syria bersama IS, bagaimanapun, mereka tidak bersetuju dengan perkara itu. “Belia dan rakyat Malaysia yang prihatin boleh membantu meringankan beban rakyat melalui bantuan kemanusiaan,” katanya.
Katanya, GMM dan ABIM juga mengutuk IS sebagai gerakan ekstremis yang bukan berasal daripada gerakan Islam. “Kami menyeru agar belia Malaysia tidak menyertai IS dan pertubuhan ekstrem, dan membantu menerangkan ajaran Islam sebenar dan mengekang pendapat ekstremis agama, khususnya IS,” katanya.
Bagi belia dan rakyat Malaysia yang prihatin, mereka boleh membantu meringankan beban rakyat, Internally Displaced People (IDP) dan pelarian Syria dengan bantuan kemanusiaan. Justeru, GMM dan ABIM mengambil ketetapan berikut: 
  • Mengutuk IS sebagai gerakan ekstremis yang bukan dari ajaran Islam; 
  • Menyeru belia dan rakyat Malaysia supaya tidak menyertai IS dan mana-mana badan ekstremis; 
  • Menyarankan agar belia dan rakyat Malaysia yang prihatin menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria, Iraq dan sebagainya, melalui saluran-saluran yang sesuai; 
  • Menyeru semua pihak di negara ini untuk bersama-sama menerangkan ajaran Islam yang sebenar, luas, bersepadu serta kontemporari dan mengekang penyebaran pendapat ekstremis agama, khususnya IS; 
  • Menyeru kerajaan Malaysia meningkatkan peranannya di pentas antarabangsa dalam menyelesaikan konflik di Syria, Iraq dan sebagainya. 

III
ABIM Sertai Forum 
“Extremism and Terrorism: 
How Should Moderate Respond”.
Sebelumnya, GMM juga telah menganjurkan program soal-jawab bertajuk “Extremism and Terrorism: How Should Moderate Respond”, yang berlangsung di ibu negara pada 2hb Oktober 2014. Sidang tersebut membuktikan bahawa Malaysia akan terus komited dalam menentang unsur ekstrimis dan pemahaman radikal yang semakin menular di negara ini.
Panel yang terlibat dalam sesi tersebut adalah Dato’ Saifuddin Abdullah sendiri, Julia Sveshnikova (wakil daripada Barisan Kebangkitan Islam - IRF), dan Saudara Ahmad El Muhammady (wakil Angkatan Belia Islam Malaysia - ABIM). Pemahaman mengenai faktor-faktor yang membawa kepada kewujudan tarikan untuk menyertai kumpulan radikal diperjelaskan dalam perbincangan tersebut selain isu kewujudan negara Islam IS di Syria dan Iraq yang paling hangat didebatkan.

IV
Dalam Kenangan: 
Almarhum Ustaz Dr. Muhammad Uthman 
El-Muhammady.
Saudara Ahmad El-Muhammady merupakan anakanda kepada Almarhum Ustaz Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, bekas Felo Utama Akademik Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) di UIAM. Dr. Muhammad Uthman yang dilahirkan pada 9hb Februari 1943 di Kelantan adalah tokoh yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan ratusan penulisan berkenaan Islam dari segi akidah, akhlak, budaya dan falsafah.
Pada tahun 1995, Almarhum telah dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D.Litt.) oleh Universiti Sains Malaysia (USM). Minat kajian beliau adalah di dalam bidang ilmu Islam dan falsafah Barat. Tidak hairanlah pelajar yang mengkaji sejarah tamadun Barat akan merujuk kepada Uthman apabila timbul isu mengenai peradaban dan krisis pemikiran Barat-Islam. 
Antara karya Tokoh Maal Hijrah 2005 ini yang menjadi rujukan adalah “Al-Quranul-Karim, terjemahan dan Huraian Maksud”: Terjemahan dan huraian tambahan atas tafsir Inggeris oleh Abdullah Yusuf Ali (Dewan Bahasa dan Pustaka), “Fathul Mu’in, terjemahan dan Huraian Maksud” (Majlis Ugama Islam Negeri Kelantan), “Peradaban dalam Islam” (Pustaka Aman Press, Kota Bharu) dan “Memahami Islam” (Pustaka Aman Press, Kota Bharu). Beliau telah membentang lebih 300 kertas kerja di dalam dan luar negara.


Sahabat aktivis dan pimpinan Angkatan 
Belia Islam Malaysia (Abim Pusat) bergambar 
kenangan, sebagai tanda solidariti masyarakat 
Malaysia buat rakyat Syria 
yang dizalimi.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO),
Malaysia Life Line for Syria (MLL4S), Saudara
Syahrir Azfar Al-Halabi bersama kemeja-T (t-shirt)
#SaveTheChildrenOfSyria, yang berharga RM20 sahaja
(tambah RM6 untuk kos pengeposan).
Saudara Azman Adnan, antara 10
penyerang terbaik Malaysia sepanjang
zaman, bergambar kenangan bersama t-shirt
#SyriaNeedsYou. Man Turn, Man Score.
Bekas penjaga gol Malaysia, Saudara Jamsari Sabian, 
bersama buku tulisan Sohibus Samahah Dr. Zulkifli Mohamad 
Al-Bakri (kini Mufti Wilayah Persekutuan) bertajuk ‘Krisis Syria dan 
Mauqif Ulama’ sekarang untuk mengetahui pendirian para Ulama’ 
mengenai krisis yang berlaku di Syria ketika ini. 
Berwarna dan bergambar. RM25 sahaja. 



V
Sekretariat Malaysia Life Line for Syria (MLL4S) telah melancarkan Kempen #SaveTheChildrenOfSyria bertujuan untuk membela nasib kanak-kanak Syria sekaligus untuk menyedarkan orang ramai terhadap kezaliman berlaku di Syria. 
Revolusi berdarah di Syria ini telah masuk tahun ketiga dan telah mengorbankan hampir 160,000 nyawa. Jumlah ini termasuk 11,000 daripadanya adalah kanak-kanak.
Sumbangan boleh disampaikan melalui:
Maybank: SALAM SURIAH RESOURCES
No. Akaun : 5645-5733-8496
Emel: donation.mllfs@gmail.com
No. Telefon : 03-4141 6732 / 013-222 6057 / 013-348 6732
* Untuk mendapatkan resit pengecualian cukai, sila emelkan kepada MLL4S: nama penuh, alamat, nombor telefon dan bukti sumbangan. 
-------------------------------------------------------------------------------

* Kepada yang berminat untuk membeli ‘merchandise’ sambil menderma untuk Syria, boleh PM di Page Charity Sales For Syria - MLLFS.
https://www.facebook.com/CharitySalesMLLFS




Naib Presiden ABIM merangkap 
Pengerusi MLL4S: Saudara 
Jufitri Joha. Juga Penerima Anugerah 
Perdana Belia Negara (Kategori 
Lelaki) 2014.
“Jangan tengok, wahai anak patungku! 
Semua yang menakutkan ini akan 
berakhir dengan segera…” 
Anak kecil ini berasal dari Idlib. Di sebelah anak kecil ini bukan sahaja kasut beliau, tetapi juga kakinya. Anak ini dalam keadaan terkejut sehingga tidak mampu merasa sakit, berlumuran darah di bumi Syria.
2000 selimut tebal dan tilam: 
Misi konvoi sulung MLLFS. 
Wakil delegasi bergambar di hadapan lori yang membawa bekalan 8 tan gandum untuk masuk ke Syria. Ketika ini semua lori-lori dari Turki sedang beratur di sempadan Turki-Syria untuk memasuki Syria dari Bab al-Hawa. Delegasi kali ini membawa sumbangan sebanyak RM400, 000 atau Euro100,000. 
Liputan dalam Metro, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Berita Harian, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Metro, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Berita Harian, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Utusan Malaysia,
8hb November 2012. 
5hb Disember 2012: Angelina Jolie buat kali keduanya telah membuat lawatan istimewa ke kem pelarian Syria di Jordan (Kem al- Zaatari). Beliau sendiri telah memasuki kem dan bertanya khabar dengan pelarian di sana, terutama kanak-kanak. Beliau tidak pernah terlampau sibuk sehingga tidak mampu memainkan peranan sebagai seorang manusia. 
  
 
Oktober 2014: MLL4S dengan kerjasama jaringan NGO anak 
muda, Shabab Saed di Syria, telah melancarkan 'Projek Water Bank' yang 
merupakan projek pengagihan air bersih kepada para penduduk 
sekitar Aleppo, Syria.
Julai 2014: Misi 
Bantuan Kemanusiaan
Ramadhan.
Oktober 2014: Misi 
Bantuan Kemanusiaan 
Eiduladha 2.0.
VI
Sekadar makluman, Malaysia Life Line For Syria (MLL4S) merupakan sebuah badan gabungan yang menaungi 8 buah NGO dengan matlamat menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria yang memerlukan. Dilancarkan pada November 2012, misi MLL4S kali pertama telah berjaya dijalankan pada 27hb November hingga 3hb Disember 2012.
Misi yang diketuai oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan disertai oleh beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain seperti Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Gabungan Selamatkan Syria (GSS), Pertubuhan Sinar Damsyik (PERSIDAM), Syrian Youth Assembly in Malaysia (SYAM) dan Malaysia Social Media Foundation (MSMF) telah menghantar bantuan bernilai RM400,000 kepada rakyat Syria di kawasan Atmeh, Idlib.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan