Jumaat, Mei 02, 2014

ABIM, PKPIM dan SiSPRO anjur Forum Perpaduan Nasional: Belia dan Bangsa Malaysia.

Logo 
Presiden ABIM:
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan.
Logo
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
.


Presiden PKPIM:
Saudara Aliemran Norasid.
Logo SiSPRO.
ABIM, PKPIM dan SiSPRO anjur 
Forum Perpaduan Nasional: Belia dan Bangsa Malaysia.
Alhamdulillah, pada 30hb April 2014 (bersamaan 29hb Jamadil Akhir 1435H, Rabu), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Mahasiswa Progresif (SiSPRO) telah menganjurkan ‘Forum Perpaduan Nasional: Belia dan Bangsa Malaysia’. Program ini telah dijalankan pada jam 8.30 malam, bertempat di Kolej Dar Al-Hikmah (KDH), Sungai Ramal, Kajang.
Untuk rekod, SiSPRO merupakan sebuah gerakan mahasiswa yang ditubuhkan dengan tujuan menyuburkan program-program ilmiah dalam pelbagai bentuk seperti wacana, bedah buku dan sebagainya. SiSPRO juga bertujuan membudaya dan mewariskan ilmu dengan cara mengikis pandangan klise mahasiswa tentang intipati ilmu. Perbahasan ilmu merangkumi pelbagai aspek kemahasiswaan, ekonomi, politik dan sosial. 
Selain itu, SiSRO juga percaya peri pentingnya perbahasan ilmu Islam diberi nafas baru sesuai dengan era kontemporari. SiSPRO menghormati perbedaan pendapat dan ideologi pada masa yang sama percaya ianya merupakan asas dalam membentuk kepercayaan di dalam grup ini. Misi pencerahan yang mengarah kepada tradisi keilmuan dan keintelektualan yang tinggi di samping membina masyarakat yang berfikiran kritis. Tambahan, SiSPRO percaya perbezaan pendapat bukan pemisah, sebaliknya perbezaan ini merupakan sesuatu yang patut diraikan bersama, sebagai bukti diri kaya ilmu.
Forum Perpaduan Nasional: Belia dan Bangsa Malaysia kali ini menampilkan YB Dr Mujahid Rawa (Ahli ParlimenPAS-Parit Buntar) dan Dr Sarjit Singh, Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam Forum Perpaduan Nasional Belia dan Bangsa Malaysia selaku ahli panel, manakala moderatornya ialah Naib Presiden ABIM, Saudara Jufitri Joha
Antara isu menarik yang diketengahkan adalah percanggahan matlamat untuk perpaduan dan pergerakan yang dibawa oleh ahli politik. Ramai juga yang menyalahkan acuan pendidikan yang dilaksanakan. Para panelis telah menyentuh berkenaan kekecewaan kepada amalan politik yang membawa keruncingan kepartian. Rata rata anak muda yang hadir mahukan politik baru yang keluar daripada asas perkauman sempit dan ketaksuban buta kepada politik objektiviti, selain mempromosikan dasar merentasi kaum. Dr Mujahid menyatakan bahawa beliau amat menyokong semangat ini untuk dibentuk dengan formula yang tidak menggugat asas kewujudan negara ini.
In sya ALLAH, akan diadakan siri-siri seterusnya untuk mengumpul pandangan belia mengenai perpaduan dalam usaha untuk mewacanakan bangsa Malaysia. Semoga banyak manfaatnya, untuk kemaslahatan bersama. Kobar jiwa semangat. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan