Isnin, Mei 05, 2014

Menziarahi Pusara Allahyarhamhu Adzrie Khaliff.


Allahyarhamhu Adzrie Khaliff Gjj.
Al-Fatihah sekudusnya.
Ketika hari persandingan.
Seorang yang disenangi
ramai.
Kenangan berfutsal bersama
Allahyarhamhu dan Sahabat
KDRS-PJ FC, 2008.
 
Kawasan Tanah Perkuburan
Islam Raudhatul Sakinah
KL-Karak.
Pusara 
No. P7C1 158A.
Bergambar kenangan, di Pusara
Allahyarhamhu Adzrie Khaliff Gjj.

Pasar Raya Giants 
Batu Caves. 
Menziarahi Pusara Allahyarhamhu Adzrie Khaliff.
Alhamdulillah, semalam saya dan beberapa sahabat seangkatan berkesempatan menziarahi pusara sahabat yang budiman, Allahyarhamhu Adzrie Khaliff Gjj. Kepada para sahabat yang ingin ke sana, pusara beliau terletak di Pusara No. P7C1 158A, Kawasan Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak, berhampiran dengan Pasar Raya Giants Batu Caves dan Lebuhraya Karak.
Untuk rekod, Raudhatul Sakinah merupakan satu projek inovasi pembangunan baru bagi mengindahkan lagi tanah perkuburan yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sebagai permulaan, Tanah Perkuburan Islam KL-Karak dan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara telah dijadikan projek rintis kerana dua tanah perkuburan ini, telahpun mempunyai sistem lot kubur dan nombor rujukan tersendiri secara teratur dan sistematik.
Sungguh, Raudhatul Sakinah benar-benar merupakan taman kenyamanan sebagai tempat peristirahatan terakhir bagi penduduk Kuala lumpur dan sekitarnya.  Projek Inovasi Raudhatul Sakinah (kubur dalam taman) KL- Karak dan juga sistem e-pusara ini diharapkan menjadi rintis kepada tanah perkuburan yang lain sekitar Wilayah Persekutuan khususnya dan negeri lainnya amnya; untuk dicontohi serta mengangkat imej tanah perkuburan Islam dan Syiar islam jua.
Semoga Allahyarhamhu ditempatkan dalam kalangan hamba-NYA yang beriman dan beramal soleh. Amin dan in sya ALLAH. Kematian itu pasti. Kita pula akan menyusul selepas ini. Al-Fatihah sekudusnya.
----------------------------------------
Sumber:
  1. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1015&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm;
  2. http://suhailisufyan.blogspot.com/2012/05/raudhatus-sakinah-cara-malaysia.html;
  3. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1015&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm.

2 ulasan:

  1. aku lupa no lot arwah.sbb tukar fon.igt lokasi gitu2 je puas membelek.pejabat ttp plk.tiba2 terpikir nak google kot2 sakinah ada buat listing lot kat website.rupanya ada kat blog tuan.alhamdulillah klu x mesti rasa kesal sikit sbb lupa.nampak nau lama x dtg.terima kasih tuan untuk maklumat ini.nnt aku dah mati tulis la no lot aku kat tenet kat mana mana.nnt senang sedara mara aku kot kot sesak mcm aku td tu.chaon.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Chaon. Kita sedekah Fatihah dan doa yang baik-baik buat Arwah Landak.

      Kita tak tau lagi apa pengakhiran kita semua. Moga yang baik-baik juga. Amin dan in sya ALLAH.

      Padam