Selasa, Mei 06, 2014

Pertemuan bersama Mursyidul Am dan Pimpinan Ikhwan Muslimin Syria.


Naib Presiden ABIM merangkap 
Pengerusi MLL4S: Saudara 
Jufitri Joha.
Ketua Biro Tugas-Tugas Khas ABIM 
merangkap CEO MLL4S, 
Saudara Syahrir Azfar Saleh.


Logo Malaysia Life Line
For Syria (MLL4S).
Bersama Mursyidul Am dan Pimpinan Ikhwan Muslimin Syria.
6hb Mei 2014: Alhamdulillah, petang tadi, Malaysia Life Line for Syria (MLL4S) telah menerima kunjungan para tetamu istimewa dari Syria. Tetamu yang dimaksudkan ialah delegasi kepimpinan tertinggi Ikhwan Muslimin Syria yang turut menyampaikan sedikit perkongsian di pejabat MLL4S di Wangsa Maju.
‘Malaysia Life Linefor Syria’ (MLL4S) merupakan sebuah badan gabungan yang menaungi 8 buah NGO dengan matlamat menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria yang memerlukan. Dilancarkan pada November 2012, misi MLL4S kali pertama telah dijalankan pada 27hb November hingga 3hb Disember 2012.
Misi yang diketuai oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ini disertai oleh beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain seperti Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Gabungan Selamatkan Syria (GSS), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Pertubuhan Sinar Damsyik (PERSIDAM), Syrian Youth Assembly in Malaysia (SYAM) dan Malaysia Social Media Foundation (MSMF).
Sungguh terharu apabila pimpinan Ikhwan mengiktiraf dan mengagumi usaha yang dijalankan oleh rakyat Malaysia selama ini. Kata mereka lagi, peranan yang kita mainkan – menerusi misi kemanusiaan dan sebaran media -- sama besar dengan perjuangan mereka untuk membela nasib ummat Islam yang ditindas di Syria seperti sabda Rasulullah SAW:
Sesiapa yang membantu menyiapkan persiapan kepada orang yang berperang pada jalan ALLAH maka samalah halnya dengan beliau turut berperang dan sesiapa yang menjaga atau memerhatikan keluarga yang ditinggalkannya dengan baik maka bererti beliau juga telah ikut berperang.” (Sahih Muslim).
Seperti yang kita sedia maklum, satu serangan kejam yang sengaja disasarkan ke Sekolah Ain Jalut telah dilakukan pada 30hb April 2014, pukul 9.00 pagi. Serangan tersebut telah mengakibatkan seramai 40 orang syahid: di antaranya adalah 35 orang kanak-kanak dan juga 5 orang guru. 
Hal yang demikian, pihak MLL4S menyeru kepada semua kepimpinan, rakyat Malaysia serta dunia kemanusiaan untuk bangkit menyatakan bantahan terhadap tragedi kemanusiaan yang paling teruk selepas tragedi Rwanda ini. 200,000 lebih kematian dicatatkan tanpa pembelaan. Apakah kita mahu terus hidup dengan hutang menuntut bela atas kematian mereka yg tidak berdosa?
Sumbangan boleh dihulurkan melalui:
MAYBANK: 5622-1820-7666 (GABUNGAN SALAM SYRIA).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan