Rabu, Mei 07, 2014

Meraikan keberhasilan; mensyukuri nikmat TUHAN.


 
Meraikan keberhasilan; mensyukuri nikmat TUHAN.
Sekiranya ada dalam kalangan kenalan kita yang beroleh kejayaan, doa dan raikanlah keberhasilannya. Kita sendiri perlu berikhtiar dan bertawakal, sekiranya mahu lebih cemerlang. Hidup ini terlalu singkat untuk kita penuhi dengan sifat iri hati dan cercaan. 
Jangan hasut, usah dengki. Berusahalah demi memperoleh kejayaan sendiri. Semoga kita semua dapat jadi lebih baik dari semalam: untuk hari ini dan esok. Sebarkanlah salam. Sebarkan salam.
Dewasa ini, ramai yang kaya harta dan benda, tapi miskin adab dan tatasusila. Jadi, semaikanlah rasa hormat dan rendah diri dalam jiwa. Kita semua hamba ALLAH SWT yang Esa. ALLAH SWT jugalah yang selamanya Maha Besar dan Maha Agung. Takbir.
---------------------------------------------------
Sumber:
  1. http://www.mptaiping.gov.my/web/guest/gambar;
  2. http://menariktertarikz.blogspot.com/2012/10/Taiping.html.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan