Isnin, Februari 24, 2014

Cerita Air Mata Awang Kampung Bakau.

1995: Emile Mbouh Mbouh: Legenda 
Piala Dunia Cameroon yang beraksi 
dalam Liga Perdana Malaysia.
Kiatisuk Senamuang, legenda
Thailand yang pernah beraksi
untuk Perlis FA.
Yusri Che Lah, yang pernah mengetuai
Selangor FA untuk menjuarai
Piala Malaysia 2002.
Saidin Osman, legenda Perlis.
Skuad Perlis 1995. Gambar ini dirakam
sewaktu Kejohanan Piala Scissors
di Kerala, India. 
Stadium Dato Sheikh Ahmad
dalam kenangan.
Stadium Utama Kangar, gelanggang 
keramat Singa Utara.
Gambar yang ikonik.
Abang Nuat (tengah), wakil Kelab Jersi Kita (KJK)
Sayap Utara, bersama Apiq dan
Awang di Stadium Darul Aman.
Bro Karan OhKaran, pengumpul jersi Liga M
nan tegar yang terkenal dengan tagline "raressst"
turut hadir di Stadium Darul Aman.
Apiq dan Awang Kampung Bakau,
penyokong setia Perlis.
Cerita Air Mata Awang Kampung Bakau.
Pasti ramai dalam kalangan peminat bola sepak tempatan ada terlihat gambar seorang penyokong tegar Perlis FA yang tidak dapat menahan air matanya selepas pasukan kesayangannya tewas. Gambar yang dimuatnaik oleh Kelab Penyokong Perlis Singa Utara itu menunjukkan kekecewaan individu tersebut yang terkenal dengan gelaran ‘Awang Kampung Bakau’.
Sebaik sahaja pengadil meniup wisel penamat perlawanan, Awang menitiskan air matanya dan apabila menyedari gambarnya dirakam oleh lensa kamera, beliau terus menutup mukanya dengan bendera Perlis untuk mengelakkan wajahnya yang kesedihan dirakam.
Semoga Persatuan Bola Sepak Perlis dapat mengambil lebih banyak inisatif untuk mengembalikan kegemilangan Sang Singa Utara yang pernah mencipta gemilang dalam saingan bola sepak tempatan. Seperti yang kita sedia maklum, Perlis pernah merangkul beberapa kejuaraan besar domestik seperti Juara Liga Divisyen Dua (1989); Piala Malaysia (2004 dan 2006); dan Piala Sumbangsih (2007 dan 2008).
Diasaskan pada 1963, Perlis FA pernah berjaya memancing deretan bintang import, antara lain seperti Emile Mbouh Mbouh, Kiatisuk Senamuang, Rustam Abdulloev, Henry Acquah, Alexander Freeman, Stephen Keshi, Zachariah Simukonda, Philimon Chepita, dan Victor Ogunsanya.
Skuad Singa Utara juga pernah mempunyai deretan bintang tempatan seperti Bakri Ibni, Manja Man, Saidin Osman, Manzoor Azwira, Badrul Hisham Abdullah, Amran Omar, Feriza Ismail, Anuar Jusoh, Azizi Matt Rose, Adrien Jurad Chamrong, Che Zambil Ahmad, Farizal Marlias, G. Shanmugam, Nizaruddin Yusof, Rosle Md Derus, Tengku Hazman Raja Hassan, Yusri Che Lah, dan Domi Che Non.
Menurut beberapa sumber, gambar ikonik Awang yang sedang menahan kesedihan tersebut diambil ketika beliau di Alor Star, selepas menaiki bas dari Kangar bersama sahabatnya. Kepayahan dan kekecewaan sememangnya sudah menjadi asam garam buat sekalian penyokong setia sukan bola sepak. Semoga lebih ramai lagi dalam kalangan rakyat Malaysia yang dapat mengambil semangat daripada inspirasi kesetiaan Awang ini, tatkala sebilangan daripada kita hanya memenuhi stadium ketika pasukan yang disokong mencatat musim gemilnag. Demikianlah sedikit coretan tentang cerita air mata Awang Kampung Bakau. Kisah air mata nan ikhlas untuk negeri kesayangan.
Sebagai menghargai kesetiaan Saudara Awang, Saudara Anuar Che Ahmad aka Abang Nuat telah menghadiahkan jersi kepada Awang dan sahabatnya, Apiq yang juga penyokong setia Singa Utara.   
Tabik hormat buat Awang Kampung Bakau serta semua yang setia mengangkat panji sokongan terhadap saingan liga tempatan dan pasukan kebangsaan. Bersama kita martabatkan jersi serta liga tempatan kita. Padu.

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan