Ahad, Mei 12, 2013

Sesi ngopi bersama King Kheirel dan Kawan-kawan.


Saya, Bro Azreen, King Kheiril 
dan Enchik Hakiem Sigaraga.
Bersama jejaka idaman Malaya, Bro King Kheiriel
Antara 'collector' jersi tempatan yang tegar. 
Sentiasa sempoi.
Menjeling.
Bro King dan Bro Yuri.
Barisan pelakon filem terbaru arahan Prof Razak 
Mohaideen, "Gangstermu Gangsterku jua". 
Bersama para 'collector'-pengumpul 
jersi liga tempatan. Sahabat.
I
Alhamdulillah, saya sempat mengeteh bersama beberapa pengumpul tegar koleksi jersi tempatan dan luar negara seperti Bro Pika Ernesto; Bro King Kheiril; Bro Azreen Kamaruddin dan Bro Hakiem Sigaraga. Antara lain, pertemuan ini adalah bagi meraikan Bro Yuri Yusoff, juga seorang ‘collector’, yang datang jauh dari Terengganu. Pertemuan yang sudah tentulah tidak rasmi dan ala kadar dari segi modus operandinya, berlangsung di Kompleks Pertama, markas para ‘collector’ jersi.  

 
Sebahagian koleksi majalah bola sepak saya.
Bro Nor Azmi aka Lanteng, pengumpul tegar koleksi majalah dan artikel bola sepak tempatan. Rujukan utama peminat bola tempatan selain Bro Hangpc, Bro Aizusan dan Blogger terkenal, Saudara Rizal Hashim.
II
Zaman 90an anak-anak Malaysia diwarnai dengan 1001 kebahagiaan dan kelainan yang tersendiri. Zaman istilah ‘Bohjan-Bohsia’ lebih kerap disebut berbanding ‘Mat Rempit-Minah Rempit’. ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ dan ‘Cili Padi’ menjadi santapan yang membahagiakan. Zaman AC Mizal-4U2C dan Nico masih berbangga dengan cakera padat kosong yang dikalungkan pada leher masing-masing. Zaman manusia masih bergantung kepada alat komunikasi asas seperti telefon rumah dan telefon awam. Zaman ‘Zhulian’ menjadi satu fenomena para usahawan Bumiputera. Zaman politik belum menggila dan menghampiri era edan. Dekad 90an cukup diingati oleh mereka yang dibesarkan pada tempoh-waktu tersebut, antara lain kerana para pemain dan pasukan liga bola sepak Malaysia cukup diminati dan digilai oleh rakyat kita: setaraf selebriti, ahli politik dan kartunis ‘Ujang’ serta ‘Gila-Gila.’

Para peminat bola, tanpa mengira peringkat umur, sentiasa tertunggu-tunggu keluaran majalah bola sepak terbaru setiap bulan, seperti ‘Arena Bola Sepak’; ‘Liga Profesional’; ‘Football’; ‘Shoot’ dan lain-lain. Akhbar juga menyediakan ruang yang agak banyak untuk sukan – khususnya bola sepak tempatan – pada era tersebut. Maka, lahirlah tabiat anak-anak muda menggunting artikel-gambar para pemain pasukan kegemaran masing-masing. Ada yang dijadikan kolaj dan dibingkaikan. Ada yang terus ditampal pada dinding. Dan kebanyakannya, menampal gambar-artikel tersebut dalam buku latihan sekolah.

Saya sendiri akan memotong keratan artikel-gambar pemain atau pasukan bola sepak yang saya minati untuk ditampal di dalam buku latihan yang ketika itu berharga sekitar 50 sen. Jika tiada gunting, kebiasaannya saya akan menggunakan pisau lipat. Maka, bila (Arwah) Emak saya menjual akhbar terpakai kepada kedai runcit, semua dah berlubang. hihi. Kenangan. Al-Fatihah sekudusnya buat Arwah Emak yang saya sayang dan rindui.

Bro Pika Ernesto dan Bro Jabal Noor.
Bro Anuar Che Ahmad ditemubual oleh majalah Thailand.
Bro Anuar Che Ahmad, pendokong setia bola sepak Perlis.
Bro Nimi, penyokong setia KL, bersaksikan stadium yang 'penuh' dan padang yang berkualiti 'tinggi'.
Bro Nimi dan seorang pemilik jersi Melaka 1996, Rozdi Amral Bakri. Sedikit tentang skuad Melaka FA 96 di sini: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-josip-biskic.html
 
Bro Vanette Acab, penyokong tegar bola sepak Sabah. 

Bersama para sahabat-penyokong sejati Liga Malaysia sewaktu perlawanan futsal selebriti Hot Fm. Sedikit tentang perlawanan tersebut di sini: http://chedinsphere.blogspot.com/2013/04/liga-juara-hot-fm-100-plus-dan-penamaan.html
Bersama para pengumpul jersi dan pendokong tegar bola tempatan. Mereka juga merupakan sahabat Fb saya. Dari kiri: King Kheiriel, Syahrul Niezam, Syafique Azhar dan Pika Ernesto. Mereka tidak lokek ilmu. Sempoi. 
http://chedinsphere.blogspot.com/2013/02/aksi-bekas-pemain-kelantan-selangor.html
Bro Ghanimifard dan Bro Syahrul Niezam. Jersi langka.
Bro Hakiem, Bro Megat aka Laksamana Paduka Zahrain, Bro Faiz aka Aizusan dan saya.
Bro Laksamana Paduka Zahrain, pejuang dan pengumpul jersi Perak FA.
Bro Garry Danny Lawrence dan penyokong tegar Sarawak FA.

Penyokong setia Melaka FA. 
Penyokong Skuad Sang Badak-Sabahawks.

Barisan penyokong Pulau Mutiara, setia bersama 
pasukan mereka. Tempat duduk Stadium  Bandaraya 
terkenal dengan gelaran 'tangga ayam'.
 
 
Koleksi jersi tempatan era 80an 
dan 90an yang nadir.
III 
Meskipun mutu dan sokongan terhadap liga kita mula menurun ketika penghujung 2000, di samping kebanjiran maklumat dan minat terhadap liga Inggeris, masih ramai individu yang tegar ke stadium untuk memberikan sokongan; menyimpan koleksi keratin majalah-akhbar; dan mengumpulkan ‘kit’ atau kelengkapan pakaian sukan yang berkaitan dengan skuad bola tempatan. Bro Hangpc sebagai contoh, tidak pernah serik dalam kegigihan menggali sejarah bola sepak tanah air dan berkongsi maklumat tersebut dengan masyarakat terbanyak.
Sekadar menyebut beberapa nama: Nor Azmi Mahmood; Jabal Noor; King Kheiriel; Pika Ernesto; Syed Shahrom Wafa; Shizuru Satonaka; Ajib Anuar; Razlan Raduan; Blow Wind; Karan OhKaran; Syahrul Niezam; GhanimiFard Ibrahim; Laksamana Paduka Zaharin Adnan; Hakim Amir; Anuar Che AhmadFaiz Azrai; Faiz Hassan; Garry Danny Lawrence; Azizi Kamarudin; Adam Iqbal Legak; Amirul Hakim; Encik Hakiem Sigaraga; Yuri Yusoff; Azreen Kamarudin; Pimw Shirts; Fizz De Alcantara; Darwisy Hafiy; Ahmad Amirulamin Ali dan banyak lagi nama yang kalau saya tuliskan dalam entri ini, boleh dibuat buku setebal ‘Yellow Pages’. Sementelah, siapa boleh menafikan sumbangan pemilik blog seperti:
dan ramai lagi penulis blog yang memberi ruang kepada kita semua untuk lebih kenal dan menghargai erti mencintai sejarah bola sepak kita. Ada dalam kalangan mereka merupakan pengasas dan pendokong Ultras Malaya, ada juga yang menyokong atas kapasiti penyokong bebas – tanpa ikatan gerakan.

Jabal Noor: Satu Enigma. Fuh, macam kulit album pun ada.

2006: Bro Hakim Amir menyaksikan perlawanan 
Brazil-New Zealand di Stade de Geneve. Bangga 
menyarung jersi Malaysia. Tabik hormat.
Liverpool lawan Malaysia di Bukit Jalil, Bro Jabal adalah 
antara segelintir yang menyarung jersi Malaysia.
Sedikit tentang Bro Jabal di sini: 
Abe Jabal bersama para penyokong setia 
Harimau Malaya sewaktu Piala Asia AFC 2007. 
Para otai ini tetap setia bersama skuad kebangsaan, 
dari dulu hingga sekarang.
 

Abe Jabal yang sempoi. Beliau memakai jersi hoki kebangsaan 1998:
Bro Anuar Che Ahmad dan Bro 
Jabal Noor: Orang Utara (Perlis) bertemu 
Selatan (Johor). 
Bro Nuaq dan Bro Azmie.
Bro Azmi pakai jersi Pos Malaysia FC. 
Bro Pika Ernesto. Gaya ada jiwa.
Gerai Kempen Memartabatkan Jersi di i-City pada 2012. 
Turut kelihatan, lagenda seperti K. Gunalan 
dan Anuar Abu Bakar.
 

Kelab Jersi Kita, diasaskan dengan matlamat untuk menyuburkan 
minat rakyat Malaysia terhadap koleksi jersi bolasepak 
pasukan/kelab tempatan.
IV
Sejelasnya, ramai lagi pengumpul koleksi kit-jersi bola sepak Malaysia. Mereka tidak pernah mendabik dada, tetapi bagi saya sendiri, mereka inilah sebahagian daripada pejuang dan pendokong bola sepak Malaysia. Menyokong dengan sepenuh jiwa, berbakti tanpa mengharapkan apa-apa. Kebanyakan daripada mereka ini, setia menyokong pasukan kebangsaan, turun ke stadium meski ketika era merudumnya prestasi skuad kebangsaan. Memetik kata-kata Bro Jabal Noor: “Kepada sesiapa yang setia mengikuti perjalanan bola sepak pasukan kebangsaan Malaysia – sedari waktu kita belum menang AFF Suzuki/Piala Tiger dan sudah lama tidak menang emas Sukan SEA -- individu itu tidak akan mudah melatah setiap kali skuad kita tewas. Kalau kalah, jawapan kita: ah dah biasa dah… Kalau menang, alhamdulillah.”

Koleksi logo-patches berharga.
Dua versi logo FAM: kuning keemasan (kiri) 
dan jingga (kanan). Menarik.
V
Untuk beberapa ketika, saya, Bro King dan kawan-kawan masih lagi di Kompleks Pertama, meraikan pertemuan antara minda. Seperti biasa, perbualan yang padat tentang cerita seputar dunia pengumpul koleksi jersi dan bola sepak Malaysia, diselangi dengan santapan rokok-asap nan berkepul dan kopi ais. Saya yang tidak merokok, hanya mampu menikmati kopi o beng yang dibelanja oleh Bro King, sambil curi-curi menangkap gambar mereka untuk kenangan. Akhir kalam, semoga kita semua ada usaha-daya dan ‘saham’ masing-masing dalam menyumbang kepada kemaslahatan bersama. Hidup bola kita. Selamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan