Khamis, April 18, 2013

Selangor, JDT dan jersi nan langka.


Tiket dan selempang.
Kibaran panji Merah-Kuning. Kobar jiwa semangat.

Bersama dua orang pemilik jersi yang bersifat langka (rare). Saudara Azreen (kanan) merupakan seorang pengumpul kit-barangan bola sepak Selangor FA yang tegar.
Di sebelah kiri, jersi 19 Azman Adnan (Selangor FA 1996) dan kanan, jersi Selangor FA 1999. 
Jersi no.10 Selangor FA 1997 ini dahulunya dipakai oleh Tony Cottee dan Christopher Kiwomya.
Skuad Selangor FA, sebelum memulakan perlawanan. Penuh harapan dan semangat.
Sekitar aksi JDT-Selangor FA.
Nunez, penggempur baru JDT.
Sayu setiap kali melihat Safee Sali menyarung jersi JDT. Sedikit tentang beliau di sini:  http://chedinsphere.blogspot.com/2012/10/2005-2006-aksi-super-safee-sewaktu.html
I
Sebagaimana skuad kebangsaan kita, pasukan Selangor seringkali ‘mempermainkan’ perasaan peminatnya. Beraksi dengan penuh bersemangat dalam satu perlawanan sukar, tetapi gagal mempamerkan aksi konsisten dalam perlawanan getir berikutnya.


1990: Jijon, lagenda bola sepak Malaysia. Sedikit tentang beliau di sini:
http://chedinsphere.blogspot.com/2011/10/azizol-abu-haniffah-lagenda-yang-tak.html

1990: Aung Naing dari Myanmar, menjaringkan gol
untuk Perak FA, menewaskan Karel Stromsik, penjaga gol
Selangor dari Republik Czech, yang pernah
beraksi dalam Piala Dunia 1982.
Syamsul Amri Abu Bakar dan Tony Cottee meraikan gol tunggal kemenangan Selangor sewaktu Piala FA 1997 menentang Pulau Pinang di Stadium Ipoh, Perak.
1997: Dato Aini Taib bersama skuad gemilang Selangor, juara Piala FA.

D. Surendran, wira Piala FA 2001 Selangor, menjulang tinggi trofi tersebut.
2001: Surendran meraikan jaringan tunggal kemenangannya pada minit ke-109 untuk menewaskan Sarawak FA, 1-0. Turut kelihatan, pemain muda Selangor, Amri Yahyah yang kemudiannya menjadi wira Piala Malaysia 2002 Selangor.
2001: Sultan Sharafuddin, Yusri Che Lah, Azmin Azram, Rusdi Suparman dan Shamsul Amri meraikan kejayaan The Red Giants. 2001 menandakan kebangkitan semula Selangor FA selepas merudum pada tahun 1998.  
Skuad Selangor FA 2009, yang berjaya menewaskan Kelantan FA, 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti. 
Safee dan Hardi membawa trofi Piala FA 2009 mengelilingi Bukit Jalil. Trofi baru ini agak besar dan kurang praktikal untuk dijulang.
II
Selain 2013, antara kes-kes ‘patah hati’ sebagai penyokong Selangor FA dalam kempen Piala FA ialah pada tahun-tahun 1990; 1993 dan 2012. Pada Final Piala FA 1990, Selangor FA mendahului Perak FA 2-0 sewaktu Separuh Masa Pertama, sebelum tewas 2-4 selepas tamat masa permainan. 

Piala FA 1993 menyaksikan skuad Merah-Kuning mendahului Kuala Lumpur FA 2-0 sewaktu Perlawanan Akhir Pertama, tetapi tewas 2-4 kepada lawan yang sama pada Perlawanan Akhir Kedua. Selepas seri dengan agregat 4-4, perlawanan ‘replay’ menyaksikan Selangor FA tewas 0-1 kepada Kuala Lumpur FA. Sementara itu, pada 2012, The Red Giants seri dengan Johor FC selepas 90 minit permainan, meskipun mendahului 2-0 pada awal babak perlawanan. 

Meskipun begitu, Selangor FA masih lagi mendahului sebagai pemenang Piala FA yangg paling banyak, iaitu pada tahun-tahun 1991; 1997; 2001; 2005 dan 2009. Sedikit tentang Piala FA di sini:

Sebahagian penyokong JDT yang hadir. Ramai.
Al-Hafiz beraksi cemerlang untuk menggagalkan setiap asakan Amri Yahyah.
III
Penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT), Muhammad Al-Hafiz Hamzah muncul wira apabila menyelamatkan sepakan Mahalli Jasuli dan K. Gurusamy untuk kemenangan 4-2 ke atas Selangor. Kedudukan agregat terikat 3-3 selepas JDT berjaya mencatat kemenangan 2-1 pada aksi 120 minit permainan, berikutan keputusan aksi suku akhir pertama di Larkin, 6 April lalu yang menyaksikan Selangor menang 2-1.

Semua empat sepakan penalti JDT berjaya disempurnakan Lionel Nunez, Safee Sali, Andre Francisco Da Silva dan Farid Ramli manakala bagi Selangor, hanya sepakan Asraruddin Putra Omar dan Amri Yahyah menerjah jaring. Antara yang didakwa sebagai faktor kekalahan skuad Selangor kepada JDT ialah perlawanan yang padat (yang akhirnya membawa kepada keletihan dan kelekaan). Selain itu, bermain dengan hanya seorang pemain import (Francis Forkey Doe) pada Separuh Masa Pertama dan tanpa pemain import sewaktu Separuh Masa Kedua.


Tidak selalu penyokong Selangor FA bersatu melaungkan sorakan seperti sewaktu menentang JDT, memandangkan Selangor FA mempunyai beberapa kumpulan penyokong.
IV
Stadium Shah Alam menyaksikan banyak kelompok peminat-penyokong setiap kelab/negeri yang hadir dengan semangat dan perangai masing-masing. Penyokong Kedah pernah menjadi seteru utama penyokong Selangor, sewaktu skuad Kenari beraksi dalam saingan Liga Super. Kemudian, hadir arus baru The Red Warriors: bersama kesatuan yang tersendiri. Malangnya, jumlah penyokong kedua-dua pasukan yang hadir dalam jumlah yang ramai ke Stadium Shah Alam tidak begitu menyedarkan penyokong Selangor FA untuk bersatu.

Namun, dalam situasi yang jarang-jarang berlaku, ‘aura’ penyokong JDT seolah-olah berjaya menyedarkan penyokong Selangor yang sekian lama tidak bersatu. Beberapa orang wakil ‘UltraSel’ yang berdiri di hadapan beberapa segmen-kelompok penonton, berusaha keras memastikan pasa penyokong Selangor melaungkan sorakan dan ‘chant’ seiring dengan kumpulan induk UltraSel.

Kolaborasi-gabungan tidak rasmi antara Selangor Soccer Fan Club (SSFC) yang telah sekian lama ditubuhkan bersama UltraSel, berjaya membentuk satu fenomena yang menarik. Hal ini adalah suatu yang positif, memandangkan para penyokong yang ramai menyanyi dengan laungan ‘chant’ mengikut UltraSel, selain menyanyi lagu ‘Inilah Barisan Kita’ mengikut tempo SSFC.


Di luar stadium.
Usai perlawanan. Stadium mulai lengang.
Topeng 'Guy Fawkes' yang mempunyai sejarah yang panjang, tetapi mula popular menerusi komik 'V for Vandetta', sebelum diangkat ke layar perak pada 2006.
Terdapat banyak gerai menjual makanan dan barangan bola sepak yang dibuka sekitar Stadium Shah Alam setiap kali perlawanan berlangsung.
Antara selempang-mafla Selangor FA yang dijual.
Norazlan Razali, yang berhempas-pulas sepanjang perlawanan. Antara penjaga gol terbaik kebangsaan ketika ini.
V
Piala FA 2013 sudah berlalu, namun maju mesti terus. Untuk kesekian kalinya, penyokong-peminat Selangor FA perlu menunggu bagi mengucup satu piala untuk kesekian kalinya. Apa pun, sokong waktu gagah dan rebah. Viva Selangor.

-------------------------------------------------------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan