Isnin, November 12, 2012

Nostalgia Liga Malaysia: Mehmet Durakovic (Selangor).


Mehmet Durakovic.
 Aksi Mehmet ketika menentang Singapura 
(Piala MB Selangor 1996). 
Mehmet bersama skuad 
Juara Piala Malaysia 1996: Selangor. 
 Mehmet Durakovic 
sewaktu menyarung jersi Socceroos.
1996: Piala Malaysia menentang Sabah.
Mehmet dan jersi no. 4 beliau.
1992: Paul Wade meraikan jaringan sewaktu 
menentang Sweden. Turut kelihatan, Mehmet Durakovic.
Skuad bintang Selangor 1995. Belakang dari kiri: Annuar Abu Bakar,
K. Sanbagamaran, David Mitchell, Asmawi Bakiri, Ken Worden.
Depan dari kiri: Azlisham Ibrahim, Mubin Mokhtar,
Shahril Arsat, Azman Adnan, Ismail Ibrahim
dan Mehmet Durakovic.
Akhir Piala Malaysia 1995: Mehmet kelihatan santai bersama 
rakan skuad Merah-Kuning selepas menang ke atas 
Pahang, 1-0 di Shah Alam.
1995: Mehmet dan rakan beliau dari Australia, Josip Biskic, 
cuba menyekat pemain muda Manchester United ketika itu, Nicky Butt, 
sewaktu kunjungan Red Devils ke Malaysia. Dalam dua perlawanan, Red Giants 
tewas 2-0 dan 4-1 kepada Red Devils. Josip terpaksa bermain untuk Melaka pada 1996, kerana peraturan dua pemain import yang diperkenalkan FAM. 
Tempat beliau digantikan oleh Mubin Mokhtar. 
Sedikit tulisan berkenaan Josip Biskic di sini:
http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-josip-biskic.html.  
Mehmet bersama skuad Selangor yang menjuarai
Piala Malaysia 1995. Antara yang kelihatan: V. Murugan,
Asroff Hanafiah, Abu Talib Sulaiman, K. Gunalan, Azlisham Ibrahim,
Shahril Arsat, Asmawi Bakiri, David Mitchell dan Rusdi Suparman.
Kelayakan Piala Dunia 1993: Australia lawan Argentina. 
Pada 31hb Oktober 1993, Australia dan Argentina seri 1-1. Kemudian, 
di Buenos Aires pada 17hb November 1993, Argentina menang 1-0 
ke atas Australia. Antara yang menganggotai skuad Australia ketika itu 
ialah Mehmet Durakovic, yang sebelumnya menjaringkan gol 
dalam perlawanan menentang Kanada.
Mehmet dan skuad Socceroos 1993.
Turut kelihatan, David Mitchell, yang kemudiannya
bermain bersama beliau dalam skuad Selangor. 

Sedikit tulisan berkenaan David Mitchell di sini:
http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-david-mitchell.html. 
Ogos 1992: Rehman Regunathan cuba memastikan bola tidak terlepas kepada pemain Australia, Abbas Saad sewaktu Piala Jakartaraya di Stadium Senayan. Malaysia menang ke atas Socceroos, 1-0, hasil jaringan “Kinta Express” (P. Ravindran) pada minit ke-70. Zainal Abidin Hassan beraksi cemerlang dalam perlawanan yang turut disertai oleh Mehmet Durakovic, Alistair Edwards dan Darrent Stewart (pemain simpanan).
“Kinta Express” (P. Ravindran): Bekas pemain Perak dan kebangsaan.
Skuad kebangsaan Malaysia sewaktu dibawah kendalian Ken Worden dan Datuk  K. Rajagopal  (ketika itu penolong jurulatih). Kinta Express di depan (paling kanan).
2002: Ketua pasukan Australia, Mehmet Durakovic 
menjaringkan gol penyamaan sewaktu menentang Tahiti 
pada Separuh Akhir Kejohanan Piala Oceania di Auckland, New Zealand.
2011: Mehmet Durakovic menyerahkan jersi kepada Harry Kewell sewaktu sesi latihan kelab A-League, Melbourne Victory FC di AAMI Park, Melbourne, Australia. Selain Piala Dunia 2006, beliau pernah beraksi untuk Leeds United, Liverpool dan Galatasary.
Pada Julai 2012, Harry Kewell telah dinamakan sebagai Pemain Terbaik Australia Sepanjang Zaman oleh peminat, pemain dan media Australia. Beliau pernah beraksi dengan kelab Melbourne Victory FC di bawah kendalian Mehmet Durakovic.
Oktober 2011: Harimau Malaya yang dibarisi pemain muda, tunduk 5-0 kepada Socceroos hasil jaringan Luke Wilkshire, Josh Kennedy, dan Alex Brosque di Canberra. Jurang sudah jauh, antara Malaysia dan Australia, yang pernah kita tumpaskan 2 dekad yang lalu. Socceroos tidak menurunkan beberapa pemain ternama mereka.
Biodata ringkas.
Mehmet Durakovic dilahirkan di Titograd, Yugoslavia (kini PodgoricaMontenegro), dan pernah beraksi untuk pasukan Selangor dari 1995-1998. Berketinggian 176cm, Selangor dilaporkan membayar yuran perpindahan Mehmet dari South Melbourne Hellas sebanyak $130,000. Bersama Selangor, Mehmet menjulang beberapa piala seperti Piala Malaysia (1995, 1996, 1997), Piala Sumbangsih (1996, 1997), Piala FA (1997) dan banyak lagi. Beliau juga beraksi sewaktu Selangor menentang Manchester United di Stadium Shah Alam pada 1995. Beliau melakukan 64 penampilan dan menjaringkan enam gol untuk skuad kebangsaan Australia. Beliau menjadi Ketua Jurulatih kelab A-League di Australia, Melbourne Victory FC dari Mac 2011 sehingga Januari 2012. Pada musim 2014, Mehmet kembali ke Stadium Shah Alam selaku jurulatih skuad The Red Giants.


Nota kaki:
------------------------------------

Sumber:
  1. http://www.facebook.com/jabal.noor.9;
  2. http://www.facebook.com/norazmi.mahmood;
  3. http://www.facebook.com/HangPC2;
  4. http://rizalhashim.blogspot.com;
  5. http://www.utusan.com.my;
  6. http://thestar.com.my/;
  7. http://www.nst.com.my/;
  8. http://ifoto.penerangan.gov.my/;
  9. https://www.facebook.com/azman.adnan.;
  10. http://www.facebook.com/azizol.abuhaniffah.

6 ulasan:

  1. misi 33 masih blom berjaya lagi..kini selangor semakin bercelaru menjual pemain-pemain utama mereka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selangor ada ambil pemain-pemain muda berbakat seperti Kunanlan dan Afiq Azmi. Memandangkan Amri masih kekal, saya tidak ada masalah dengan penghijrahan. Lagipun, nama besar yang berhijrah (berdasarkan prestasi semasa) cuma Safiq Rahim sahaja.

      Soal Misi 33, saya lebih senang untuk FAS fokus kepada prestasi semasa dan perancangan jangka panjang. Kalau tidak, akan jadi seperti Liverpool, yang mempunyai sejarah hebat, tetapi gagal menyaingi pasukan kelompok teratas BPL. hehe.

      Padam
    2. Jawapan yang tepat Che Din. Kadang-kadang tidak faham mengapa peminat perlu melenting sedangkan jika diteliti secara mendalam, selain Safiq Rahim, hampir semua pengambilan pemain baru adalah upgrade kepada pemain yang berhijrah (saya guna istilah ambil/hijrah kerana hampir tiada istilah jual-beli pemain di Malaysia, hanya pemain tamat kontrak dan ditawar/tidak ditawar kontrak). Sebagai contoh, posisi pertahanan kanan Razman (keluar) >> Mahalli (masuk, kapten Harimau Muda A, pemenang emas Sukan SEA 2011, dan merupakan pemain regular Malaysia U-23 dan kebangsaan), posisi penjaga gol kedua - Jeeva >> Sharbinee (masuk, pemenang pingat emas Sukan SEA 2011, penjaga gol kebangsaan sehingga tahun ini), posisi penyerang - Balaban >> Forkey Doe (masuk, penjaring terbanyak Liga Super 2012, jauh lebih pantas dari Balaban), Kunalan memperkuatkan posisi sayap kiri dll. Malah barisan midfield seharusnya tidak pincang tanpa Safiq kerana bakal diisi oleh gandingan pemain kebangsaan Bunyamin - Gurusamy. Selain dari itu lain-lain pemain adalah yang jarang diguna/tidak mendapat tempat dalam team. Hanya peminat keyboard warrior yang jarang ke stadium sahaja yang akan menangisi pemergian Azidan (gagal mengulangi formnya di KL) dan Amirulhadi (sudah 2 tahun kehilangan form sehingga tidak lagi diberi kepercayaan dalam first eleven dan hilang tempat dalam skuad kebangsaan).

      Amir - SELANGORFC.COM

      Padam
    3. Terima kasih Saudara Amir, atas respon yang baik. Saya fikir, kita berlapang dada dalam hal penghijrahan pemain. Kerana dari segi pakar bola mati, Forkey Doe boleh ganti peranan Safiq.

      Saya seronok sebenarnya, bila berita bola kita menjadi rancak. Lagi banyak orang bercakap tentang liga kita, lebih baik. Nadi Arena sepatutnya dapat kredit, atas usaha mencetus minat rakyat terbanyak kepada liga kita.

      * Dan, harapan saya, Forkey Doe dapat kekalkan disiplin sewaktu bermain di Selangor. Viva Selangor!

      Padam
    4. Benar tuan, berlapang dada adalah perkataan paling sesuai dalam perkara ini. Terutama bagi yang dah lama mengikuti bolasepak Malaysia dan Selangor khususnya, kena ada sikap 'take with a pinch of salt' bak kata orang putih. Kerana Selangor PERNAH memenangi kejuaraan dengan skuad jauh lebih mentah dari ini (juara Piala Malaysia 1995 misalnya) dan GAGAL dalam skuad yang jauh lebih berpengalaman (pasukan 2008 yang tewas dua final ada Frank Seator, Safee Sali, Indra Putra Mahayuddin, Shukor Adan, Elie Aiboy sehingga menyebabkan Amri Yahyah terpaksa bermain bek kanan dan Akmal Rizal sekadar duduk di bangku simpanan). Terima kasih kepada tuan kerana rajin memblog secara mendalam dan ilmiah, di Malaysia ini walaupun ramai ada blog tapi tak ramai yang rajin mengupas isu apatah lagi membuat research.

      * Pembetulan komen saya sebelum ini - Sharbinee merupakan pemenang emas 2009 bukan 2011 :)

      Amir - SELANGORFC.COM

      Padam
    5. Oh, tulisan saya sederhana saja. Semoga ada manfaatnya, in sya ALLAH. Mohon Encik Cool dan Saudara Amir tegur, andai ada terlebih-terkurang.

      * Bercakap soal skuad yang berpengalaman, terkenang skuad 1998. Kita ada Azman Adnan, Zainal Abidin & Co. Tapi, prestasi suram. Mungkin saya silap, tapi, tahun itu lebih menyedihkan bagi saya. :)

      Padam