Jumaat, Disember 29, 2017

PIMPINAN ABIM BERI PENGHORMATAN TERAKHIR BUAT CIKGU SHAHNON AHMAD, TOKOH SASTERAWAN NEGARA.

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
PIMPINAN ABIM BERI PENGHORMATAN TERAKHIR
BUAT CIKGU SHAHNON AHMAD, 
TOKOH SASTERAWAN NEGARA.
[7 Rabiul Akhir 1439 / 26 Disember 2017 (Selasa)]
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan waris Sasterawan Negara (SN), Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad yang meninggal dunia di Hospital KPJ Kajang, pagi tadi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun. Jenazah disolatkan di Surau Madani, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi selepas solat Zohor.
Dalam konteks keterlibatan bersama ABIM, Pak Shahnon bersama empat lagi Sasterawan Negara: Datuk A. Samad Said; Muhammad Salleh; Datuk Noordin Hassan dan Datuk Abdullah Hussain turut terlibat menyatakan bantahan terhadap perlaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Beliau pernah membuat kejutan dalam dunia politik tanah air apabila menewaskan Menteri diJabatan PM ketika itu, Datuk Dr Abdul Hamid Othman dikerusi Parlimen Sik pada pilihan raya umum 1999 dengan kelebihan 478 undi. Beliau menjadi Anggota Parlimen Sik bagi tempoh 1999 hingga 2004.
Pak Shahnon yang disebut sebagai identiti dunia kesusasteraan Melayu moden dan bahasa Melayu menjadi penerima kedua penobatan Anugerah Sastera Negara (ASN), iaitu pengiktirafan sastera tertinggi dalam negara yang membawa gelaran SN pada tahun 1982.
Ketokohannya menyebabkan mantan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein menyamakan Shahnon dengan penulis barat paling berpengaruh abad ke-19, Victor Hugo, pada penganugerahan ASN itu.
Penulis antologi ‘Debu Merah’ tersebut mula menghasilkan novel pertamanya berjudul ‘Rentong’ pada tahun1965.
Antara novel-novelnya: Rentong (1965), Terdedah (1965), Ranjau Sepanjang Jalan (1966), Menteri (1967), Protes (1967), Perdana (1969), Srengenge (1973), Sampah (1974), Kemelut (1977), Seluang Menodak Baung (1978), Al-Syiqaq I (1985), Tunggul-tunggul Gerigis (1989), Patriarch (1991), Ummi & Abang Syeikhul (1992), TIVI (1995), Ibu Adalah Pentafsir dan Sungai (1995), dan Sutan Baginda (1997).
Salam takziah buat ahli keluarga Allahyarham. Moga roh beliau dirahmati, disayangi dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman di sisi Allah S.W.T.
Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa' fu 'anhu.
Al-Fatihah sekudusnya.

Bersama menegakkan kebenaran dan keadilan. Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Semoga Islam terus berkembang mekar; harum mewangi menyebarkan keamanan dan kesejahteraan ke sekalian alam.
Sebarkan!
----------------------------------
Jom, daftar segera sebagai ahli ABIM di sini: 
Dan, kenali ABIM di sini: 
----------------------------------
[DAPATKAN RESIT PENGECUALIAN CUKAI!]
Dengan: INFAQ@ABIM !
Sila deposit seikhlas hati kalian, ke Akaun ABIM:
BANK ISLAM: 14023010032527
MAYBANK: 564221610116
1) Dengan rujukan: infaq@abim
2) Emelkan ke kewangan.abim@gmail.com nama penuh, alamat, nombor telefon serta bukti sumbangan untuk urusan resit.
3) Juga boleh hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui: +603 - 4108 4500.
----------------------------------
Bersama menegakkan kebenaran dan keadilan. Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan