Selasa, Ogos 18, 2015

Wakil ABIM Di Sidang Meja Bulat ‘Membendung Ekstremisme’.



Logo ABIM.
Presiden ABIM:
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan
Juga mantan Presiden PKPIM.

Saudara Jufitri Bin JohaPengerusi Malaysia Life Line For Syria (MLL4S)
dan Naib Presiden 
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Juga penerima Anugerah Belia Perdana Malaysia 2014 
dan Tokoh Belia ASEAN 2014.

merangkap CEO MLL4S, 


Wakil ABIM Di Persidangan Meja Bulat ‘Membendung Ekstremisme’.
17hb Ogos 2015 (Isnin): Alhamdulillah, ABIM telah menghantar pimpinannya untuk menghadiri persidangan meja bulat anjuran Global Moderate Movement (GMM) bertajuk ‘Countering Violent Extremism’.
Jemputan utama untuk sidang kali ini ialah Tuan Yang Terutama Rashad Hussain, Duta Khas Amerika Syarikat ke OIC dan Koordinator,  ‘Strategic Counter Terrorism Communications’.
Exco ABIM yang juga CEO Malaysia Life Line for Syria, Saudara Syahrir Azfar Saleh, menekankan berkenaan bagaimana langkah untuk membendung keganasan telah gagal, kerana kita tidak mempunyai pendifinisian yang jelas dan wajar berkenaan ‘keganasan’ dan ‘ekstremisme’.
Saudara Syahrir seterusnya  menyatakan bahawa kita juga gagal untuk mengambilkira serta mengkritik aktiviti keganasan yang dilakukan oleh – apa yang digelar sebagai – ‘legitimate power’ di beberapa buah negara yang berada dalam kancah peperangan atau konflik kemanusiaan.
Sebaliknya, dunia memilih untuk menghentam secara memilih – dengan hanya mengkritik kumpulan individu atau organisasi tertentu – dan melabel mereka sebagai kumpulan pengganas atau ekstremis.
Kekecewaan yang dialami oleh anak muda terhadap reaksi dunia terhadap mana-mana konflik – khususnya yang melibatkan umat Islam; adalah salah-satu faktor mengapa golongan belia memilih untuk menentang kezaliman tersebut secara sendiri.
Keganasan serta extremisme dalam beragama memang wujud dan tidak seharusnya dipandang enteng. Malah, ia mendatangkan kerosakan yang lebih daripada matlamat yang cuba mereka capai.
Walaubagaimanapun, kita mesti sedar, apa saja tindakan berbentuk keganasan oleh seseorang individu beragama Islam bukanlah mencerminkan ajaran Islam itu sendiri. Islam menentang segala bentuk penindasan, kezaliman dan keganasan. Tambahan pula, Islam memberatkan aspek kasih sayang serta sifat ambil berat terhadap sesama Islam dan bukan Islam.
Sungguh, jika tindakan keganasan itu dilakukan oleh orang Islam, maka apa yang mereka lakukan adalah tindakan individu yang bertentangan dengan kehendak agama. Islam tidak membenarkan umatnya menyakiti orang lain; apatah lagi membunuh orang lain tanpa hak. Islam itu Rahmat buat sekalian alam. Sebarkan salam.

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan