Isnin, Julai 27, 2015

Wak Am: The Golden Boy.


Wak Am: The Golden Boy.
Setelah berusaha bangkit daripada kegagalan 1998, Selangor mencuba beberapa ramuan daripada K. Rajagobal (kini Dato’) dan Haji Abdul Rahman Ibrahim.
Namun, kejayaan gemilang mereka hanya dituai pada musim 2002.
Seiring dengan kembalinya penyerang yang pernah dinobat sebagai pengganti SuperMokh, Azman Adnan (Man Turn), Merah Kuning sekali lagi menagih kudrat jurulatih berpengalaman, Ken Worden.
Skuad 2002 Gergasi Merah yang diketuai bekas kapten Malaysia, B. Rajinikandh, turut diperkuatkan dengan kehadiran deretan bintang seperti Yusri Che Lah, Lim Chan Yew, Azmin Azram, Nidzam Jamil, Tengku Hazman Hassan, Shukor Adan, Aiman Wong dan S. Sivaram.
Penyerang import kontroversi dari Liberia, Mass Sarr Jr, yang pada asalnya diragui kerana bertubuh gempal, kemudiannya mencipta gandingan tajam bersama Man Turn untuk turut membantu Selangor menjuarai Piala Sumbangsih 2002.
Tahun 2002 tersebut, Ken Worden memperkenalkan formasi 5-3-2. Kapten Selangor, Yusri Che Lah, sentiasa berlari turun-naik padang bagi membantu pertahanan. Worden meletakkan Yusri sebagai ‘deep-lying midfielder’; di mana peranannya adalah seperti Pirlo di Juve atau Milan. Ini berbeza dengan tahun 2000 dan 2001, di mana Rajagobal dan Haji Rahman meletakkan beliau sebagai pemain hadapan yang bergandingan dengan Rusdi Suparman.
S. Sivaram beraksi sebagai ‘right wing back’; Aiman Wong pula di bahagian ‘left wing back’. Pada perlawanan akhir, Aiman tidak dapat beraksi kerana menerima dua kad kuning dalam perlawanan separuh akhir. Jadi, Lim Chan Yew bermain di bahagian kiri ketika Final. Jaafar Salleh pula setia dengan larian konsisten serta gerakan menarik.
Penyerang tetap dan utama ialah Azman dan Mass Sarr. Tiga orang pemain tengah berebut tempat antara Tengku Hazman, Shukor Adan, serta Yusri. Akhirnya, Amri yang menonjol. Antara tahun yang mana permainan selangor sangat menarik.
Tatkala Sabah mengulangi pencapaian 1996 untuk mara ke Final Piala Malaysia, para penonton turut tertumpu kepada bekas bintang Merah Kuning, Shahril Arsat yang diberikan penghormatan lilitan kapten. Sabah pada malam tersebut hilang 3 tonggak utama: K. Sanbagamaran, Jelius Ating dan Shahrin Majid kerana penggantungan.
Namun, mereka masih mampu menguasai perlawanan hasil gerakan bijak Shahril Arsat yang dinobat Pemain Terbaik Final, tetapi nasib tak memihak mereka.
Ketika bahang semakin memuncak, muncul sosok kecil yang menggemparkan.
Amri Yahyah, yang kemudiannya mencipta nama sebagai antara pemain beepengaruh dalam sejarah bola sepak Selangor, merembat kencang melepasi kawalan penjaga gol legenda, Khairul Azman Mohamed. Beliau juga merupakan anggota skuad yang menjuarai Piala FA 2001, hasil jaringan gol D. Surendran. 
Ramai yang berpendapat bahawa sepatutnya perlawanan ini dimenangi oleh Sabah. Banyak peluang gagal disudahkan penyerang Sabah yang dikekang oleh ketangkasan Azmin Azram Abd. Aziz. Stadium Bukit Jalil diceriakan dengan kehadiran sekelompok penyokong Sabah FA yang berpakaian ala ‘rockers’ era 80an dan 90an.
Tahun itu juga kerjaya Amri Yahya hampir tamat awal, kerana patah tulang kaki dalam satu kemalangan di Subang. Kemalangan ini menyebabkan beliau tidka dapat menyertai skuad kebangsaan yang beraksi dalam Kejohanan Piala AFF Tiger.
Gergasi Merah kembali suram pada tahun 2003 dan 2004, sebelum berdiri megah bersama skuad bintang era Bambang-Elie-Fuentes, sehingga skuad 2005 mempunyai 5 orang pemain tengah bertaraf bintang.
Wak Am kekal mencurah jasa buat Selangor dalam pasang surut pencapaian pasukan tersebut, dari 2001 sehingga tahun 2013. Wak Am; jatuh -- bangun balik; jatuh bangun semula dengan Selangor. Tak pernah serik. Sekarang, menuai hasil di JDT FC.
Setakat hari ini, Amri saja antara pemain tempatan yang masih beraksi – yang paling layak dianggap ‘role model’ bola sepak tempatan. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan