Isnin, Julai 27, 2015

MPPJ FC juarai Liga Premier 2004.


MPPJ FC juarai Liga Premier 2004.
Setelah mengejutkan Malaysia apabila muncul sebagai kelab pertama menjuarai Piala Malaysia 2003, MPPJ tampil bersama strategi berbeza untuk tahun berikutnya.
2003 menyaksikan The Black Widows dibarisi oleh pemain yang berumur yang digabung bersama mahasiswa universiti (kebanyakannya UiTM). Namun, hasil pimpinan Khairil Zainal dan Yuzaiman Zahari, ketangkasan Jamsari Sabian, serta ketajaman gandingan Juan Arostegui dan Martelotto, mereka mengungguli persada 2003.
Meskipun kehilangan pemain prolifik Argentina, Arostegui pada 2004, MPPJ masih gah bersama deretan pemain ternama serta bakat muda yang berpotensi. Shahril Arsat, Anuar Abu Bakar, Yuzaiman Zahari, Azrin Shah Zainal, Khairil Zainal, Aiman Firdaus Tan, Nizaruddin Yusof, Martelotto, dan Sasa Branezac mewarnai skuad 2004 Dollah Salleh untuk menjuarai Liga Premier.
Dollah kemudiannya mengendalikan skuad Selangor 2005 yang sarat dengan pemain tersohor. RM250,000 menjadi habuan skuad MPPJ selepas pertembungan akhir liga menentang Telekom Melaka.
Sesungguhnya, kita perlu membangunkan lebih banyak kelab yang mempunyai pengurusan kewangan yang profesional serta penajaan dan kaedah pemasaran yang konsisten.
Paling penting, keterikatan antara penyokong dan kelab perlu diwujudkan bagi memastikan kelangsungan kelab dapat diteruskan. ‘Fan base’ dan ‘homeground base’ juga sangat diperlukan bagi membolehkan kelab dapat terus beroperasi dan memberikan yang terbaik buat penyokong mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan