Isnin, Julai 27, 2015

Seladang juarai Piala FA 2004.


Seladang juarai Piala FA 2004.
Tarikh asal final yang dianjakkan tidak mematahkan semangat 60,000 penyokong setia Perak dan Penyu untuk membanjiri Stadium Bukit Jalil. Final berlangsung pada hari Ahad, tidak seperti kebiasaan di mana final berlangsung pada hari Sabtu.
Sewaktu separuh masa pertama, skuad Terengganu yang dipimpin oleh Zulharisyam Awang kelihatan lebih kemas corak permainan mereka, sehingga menenggelamkan sorakan penyokong Yob yang dua kali ganda lebih ramai daripada penyokong mereka.
Kecemerlangan penjaga gawang kebangsaan, Syamsuri Mustaffa juga berjaya mengekang percubaan Keita Mandjou dan rakan-rakan.
Tindakan pasukan Terengganu yang menyerang bertali arus, bagaimanapun tidak menggoyahkan kubu Seladang yang diketuai oleh Syamsul Saad dan rakan-rakan.

Hamsani Ahmad beraksi cemerlang selaku penjaga gol, manakala Keita Mandjou, K. Nanthakumar, Azlan Zainal, Chan Wing Hong, Yoganathan, Shahrulnizam Mustapha serta Silva Ricardo Adrian memberikan aksi sebaik mungkin untuk pasukan mereka.
Paling diingati sewaktu Luciano Goux sedang mendapat rawatan di luar padang, Terengganu melancarkan ‘counter attack’ ke kubu Perak. Pemain Terengganu berjaya melepasi kawasan tengah pasukan Perak, dan hanya tinggal Hamsani di pintu gol. Luciano bingkas bangun semasa dirawat dan terus menuju ke tengah padang, untuk membuat ‘sliding tackle’ yang cemerlang.
90 minit masa permainan, kedudukan masih 0-0, seterusnya menambah debaran penonton. Masuk minit ke-104, Luciano Gaoux berjaya membolosi gawang Terengganu. 
Selanjutnya, ‘poster boy’ bola sepak Malaysia era tersebut, Khalid Jamlus, membuktikan kemampuan penyerang tempatan apabil menyumbat gol kedua pada minit ke-106.
Pada ketika dua gol dilihat sudah cukup memberikan kemenangan kepada Perak, KJ yang mendapat tajaan Nike menjaringkan satu lagi gol empat minit kemudian; melengkapkan malam gemilang Seladang.
Terengganu yang kehabisan momentum selepas masa tambahan bermula, membolehkan Perak menang mudah 3-0. Kemenangan ini menebus kembali kekecewaan Perak, setelah gagal Piala FA 2002 -- kalah kepada Pulau Pinang, 0-1.
Tiga gol pada masa tambahan, cukup melukakan perasaan skuad Peteh. Namun, semangat juang serta kesukanan mereka wajar dipuji. Trofi piala FA 2004 kembali ke bumi Perak pada malam bersejarah tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan