Isnin, Julai 27, 2015

2004: Kebangkitan pasukan dari Utara.


2004: Kebangkitan pasukan dari Utara.
4hb Disember 2004: Skuad Kedah yang kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada 1993, bertekad mahu mendakap piala tersebut sekali lagi. Khairul Ismail yang dipinjam dari Johor FC, menjadi wira Hijau Kuning apabila menjaringkan gol untuk menewaskan Sabah dalam perjuangan menuju ke Bukit Jalil.
Tahun 2004, Kedah di bawah kendalian Azraai Khor yang dilantik sebelum bermula aksi Piala Malaysia. Azraai bermula semula daripada kosong, dengan mengetengahkan bakat-bakat muda seperti Khyril Muhaimin, Helmi Eliza, dan Shafizan Hasyim.
Lebuh raya menuju ke KL dari arah Utara sesak dengan para penyokong kedua-dua pasukan yang sudah dilanda demam bola.
Namun, sudah tertulis rezeki buat Singa Utara yang diperkuatkan oleh Permata Hitam mereka.
Perlis yang menyingkirkan calon pilihan, Tok Gajah pada separuh akhir, berjaya menewaskan Sang Kenari apabila lontaran laju Adrien Jurad Chamrong gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol yang juga kapten skuad Kenari. Sebelum Rory Delap menjadi seorang ‘throw-ins specialist’ di Stoke City, Adrien Jurad Chamrong sudah acap kali membuat ‘serangan udara’ dari lontaran ke dalam.
Cikgu Jan dijulang tinggi tatkala trofi Piala Malaysia menjadi hadiah hari lahir yang bermakna buat Manzoor Azwira, 28, serta Amran Omar, 32.
Kedah yang turun tanpa ayam tambatannya, Akmal Rizal Rakhli kerana kecederaan, terpaksa berpuas hati selaku Naib Juara apabila jaringan tersebut kekal hingga akhir permainan.
Azraai Khor perlu menunggu beberapa tahun sebelum skuad yang dibentuknya bersama-sama ikon bola sepak negeri Kedah, Dato’ Paduka Ahmad Basri Akil (Allahyarhamhu) bangkit untuk menjuarai ‘double treble’ beberapa tahun berikutnya.
Marcos Magno, Tavares Morales, Chichi Mendes, Shandel Bobby, dan Joe Samuel merupakan import asal Kenari sebelum ditambah kehadiran antara pemain import terbaik pernah bermain di Malaysia iaitu Marlon Alex James, Bernard Huggin dan pastinya Nelson Sam Martin.
Azraai tidak perlu menunggu lama untuk menuai hasil apabila Kedah menjadi doub treble champion pada tahun 2006/2007 dan 2007/2008. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan