Rabu, April 23, 2014

Wakil ABIM dan PKPIM dalam Dialog Bersama Puan Baroness Sayeeda Warsi.

Logo 
Presiden ABIM:
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan.
Menteri Negara untuk Agama dan 
Masyarakat, United Kingdom.
Logo FGIS.
Logo GMM.
Datuk Saifuddin mengiringi
Puan Sayeeda ke bilik
persidangan.
TS Joseph Kurup dan
TS Razali Ismail.
Dari kiri: Datuk Saifuddin,
Puan Sayeeda dan TS
Joseph Kurup.
Wakil ABIM dan PKPIM dalam Dialog Bersama Puan Baroness Sayeeda Warsi.
Untuk seorang manusia berkenalan dan seterusnya bekerjasama di antara satu sama lain, mereka memerlukan beberapa perkara yang boleh dikongsi bersama untuk menghasilkan persefahaman. Maka di sinilah, dialog antara agama (Interfaith Dialogue) mengambil tempat. Dialog antara agama bertujuan untuk menerokai beberapa persamaan yang ada di antara agama (tetapi bukan untuk menyamaratakan semua agama). Dan persamaan itu banyak ditemui pada peringkat etika dan nilai.
Mengambil semangat ini, satu program dialog bersama Puan Baroness Sayeeda Warsi, Menteri Negara untuk Agama dan Masyarakat, United Kingdom (UK Minister of State for Faith and Communities). Beliau merupakan Muslim pertama dilantik dalam Kabinet UK. Berdarah Pakistan, beliau juga merupakan seorang peguam dan ahli perniagaan. Beliau juga antara yang bertanggungjawab di sebalik pengumuman Perdana Menteri UK, David Cameron di mana UK akan melaksanakan ‘sukuk’ (Islamic bond), menjadikan UK negara Barat pertama melaksanakannya.
Sukuk  merupakan  nama  pada  sebuah  sijil kewangan dan dapat dilihat sama dengan  surat  hutang  Islam.  Namun  demikian,  ‘fixed income’, surat hutang berunsur  kepada bunga/faedah adalah tidak diperbolehkan dalam Islam kerana mempunyai  unsur  riba.  Sukuk  adalah  surat  berharga  yang sesuai dengan Shariah Islam dan prinsip-prinsip pelaburan yang melarang pembayaran riba.
Sukuk  telah  berkembang  menjadi  antara kaedah pembiayaan pelaburan yang berasaskan  prinsip-prinsip  Shariah  dalam  era  ini. Permintaan kepada sukuk telah berkembang pesat beberapa tahun kebelakangan ini kerana ianya menjadi antara peluang pelaburan yang menawarkan risiko rendah, pendapatan tetap serta berlandaskan prinsip Shariah. Untuk rekod, Malaysia merupakan peneraju dalam pasaran global sukuk dengan lebih 60 peratus penyenaraian dibuat di Malaysia, sekali gus menjadikannya penerbit terbesar.
Dihoskan oleh Datuk Saifuddin Abdullah (Ketua Pegawai Eksekutif Pergerakan Kesederhanaan Global atau Global Movement of Moderates Foundation-GMM), program ini turut disertai oleh Tan Sri Joseph Kurup (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Ahli Parlimen BN-Pensiangan); YB Dr Mujahid Rawa (Ahli Parlimen PAS-Parit Buntar); Angkatan Belia IslamMalaysia (ABIM) serta para pimpinan Pertubuhan Persahabatan Khidmat Antara Agama atau ‘Friendship Group of Interfaith Services’ (FGIS).
ABIM merupakan anggota FGIS yang telah diasaskan sekitar 12 tahun yang lalu dan telah menganjurkan banyak program bersama pelbagai agama bagi mengeratkan hubungan dan menyemai perpaduan dalam kalangan rakyat di Malaysia. 
Selain ABIM, kumpulan itu turut dianggotai oleh beberapa pimpinan Pertubuhan Bukan Kerajaan atau NGO tempatan, antaranya Penasihat FGIS, Datuk J. Jegathesan; Presiden Majlis Pusat Sathya Sai Baba Malaysia, Profesor Dr Suresh Govind; Naib Presiden Majlis Pusat Sathya Sai Baba Malaysia, Billy Fong; Presiden Majlis Gereja Malaysia, Cor Episcopa Philip Thomas dan Naib Presiden Majlis Gurdwara Malaysia, V.Harcharan Singh.
Tan Sri Joseph Kurup, ketika dialog tersebut, memulakan ucapan dengan mengulas berkenaan masalah perpaduan, penggunaan kalimah ALLAH, isu pertukaran agama, perlaksanaan hukuman Hudud serta isu-isu berkaitan agama.

Dato' Jegathesan Jegasothy
berkongsi pandangan.
TS Razali Ismail menyampaikan
cenderahati kepada TS
Joseph Kurup.
Dari kiri: Dato' Jega, Datuk Saifuddin,
YB Mujahid dan Puan Sayeeda.
Dari kiri: Saudara Ahmad Fahmi (Penolong Setiausaha
Agung ABIM) dan Saudara Jufitri Joha (Naib Presiden ABIM)
mengadakan perbincangan bersama Datuk Saifuddin,
Puan Sayeeda dan YB Dr Mujahid Rawa.
(2013) nukilan Dr Mujahid.
Kata pengantar buku ini ditulis oleh Datuk 
Bentara Setia Ustaz Nik Abdul 
Aziz Bin Nik Mat.
Dengan tema ‘memperkasakan dialog antara agama untuk masyarakat yang lebih baik’ (strengthening interfaith dialogue for a better society), Puan Sayeeda menyuarakan kesediaan UK untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam memberdayakan perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Menurut beliau, kunci untuk mencapai dan memelihara perpaduan adalah dengan berjuang untuk mencari nilai-nilai yang mampu menyatu-padukan rakyat secara konsisten.
Puan Sayeeda Warsi turut terlibat dalam kempen Kerajaan UK dalam menentang perkahwinan paksa serta perkahwinan yang membabitkan kanak-kanak. Bercakap berkenaan isu kebebasan beragama di UK, beliau menyatakan bahawa UK telah dan sedang berjuang menentang jenayah kebencian (hate crime) sejak 30 tahun yang lepas.
UK mempunyai sejarah usaha serta kerjasama gigih dalam mentaukan rakyat berbilang kaum, khususnya yang melibatkan imigran atau pendatang asing. Penerimaan masyarakat tempatan terhadap pendatang semakin baik, tetapi bergantung juga kepada tahap pendidikan mereka. Orang tempatan agak fleksibel kerana kepentingan penduduk asal UK tidak diganggu gugat oleh komuniti Muslim.
Senario di UK sangat berbeza dengan Malaysia kerana mereka tidak berkongsi kuasa politik, namun undi komuniti Muslim sangat penting dan suara mereka didengar.  Masyarakat Muslim Pakistan diberi kebebasan berniaga dan mendirikan tempat ibadat mengikut garis panduan yang sedia ada.
Selain itu, program agama berlangsung dengan pesat, hinggakan program dakwah berlaku di tepi-tepi jalan, namun penerimaan masih bercampur-baur. Hab Halal masih belum menjadi kenyataan, tetapi produk-produk halal mudah diperoleh dengan masyarakat Pakistan menguasai sepenuhnya kawalan produk halal di sana.
Dr Mujahid pula secara tegas menyeru agar gerakan kesederhanaan yang sewajarnya diangkat, dan bukannya golongan fanatik atau ekstremis. Hal ini, menurut beliau, selari dengan Perkara 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan berkenaan kebebasan beragama. Secara sinikal, beliau menyebut bahawa tanggungjawab yang lebih sukar dan besar ialah untuk mendidik ahli politik (berkenaan hal-hal keagamaan) berbanding menyedarkan masyarakat terbanyak.
Semoga lebih banyak lagi dialog seperti ini diadakan, dengan matlamat besar, untuk mencari titik kesefahaman, supaya kita lebih saling kenal-mengenal dan menghormati antara satu sama lain. Amin dan in sya ALLAH. Hidup Malaysia kita. Padu.
--------------------------------------------
Sumber:
  1. http://www.theborneopost.com/2014/04/22/uk-wants-to-help-malaysia-strengthen-racial-unity/;
  2. http://tajdidsebenar.blogspot.com/2008/01/memahami-dialog-antara-agama-interfaith.html;
  3. http://jalancempaka.blogspot.com/2010/12/apa-itu-sukuk.html.
  4. https://www.facebook.com/saifuddin61?fref=ts;
  5. http://chedinsphere.blogspot.com/2014/03/abim-anjur-program-kunjungan-mahabbah.html;
  6. https://www.facebook.com/pages/FGIS-Friendship-Group/372680332768022?fref=ts.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan