Khamis, Mac 27, 2014

ISU COMANGO: ABIM HANTAR DELEGASI KE SIDANG UPR DI GENEVA.


Logo 
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Presiden ABIM: 
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan.
Ketua Biro Tugas-Tugas Khas (Undang-Undang) 
ABIM, Saudara Mohd Khairul Anwar Ismail.

Saudara Raimi Ab Rahim, Setiausaha 
Agung ABIM. Juga mantan Presiden 
Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar 
Islam Malaysia (PKPIM).
Naib Presiden ABIM, 
Saudara Jufitri Joha.
3hb November 2011: Keratan akhbar Utusan 
Malaysia dan Harian Metro berkenaan laporan polis yang 
dibuat oleh Grup Peguam ABIM dan beberapa NGO Islam 
terhadap penganjuran “Seksualiti 
Merdeka 2011”.
September 2012: Kupasan berkenaan isu LGBT oleh 
Pengerusi Grup Peguam ABIM, Saudara 
Khairul Anwar Ismail yang disiarkan 
dalam Harian Metro.
12hb September 2012: Setiausaha Agung ABIM, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim serta Pengerusi Grup Peguam ABIM (GPA), Khairul Anwar Ismail telah mewakili Malaysia dalam 2nd Regional Consultation of ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights with Civil Society Organization on ASEAN Human Rights Declaration di Manila, Filipina. 
Oktober 2013: Saudara Jufitri dan Saudara Anwar, 
bergambar kenangan sewaktu 
transit di Dubai.
Suasana Pejabat PBB 
di Geneva.
Oktober 2013: Saudara Anwar dan Saudara Jufitri 
di Geneva, Switzerland.
Oktober 2013: Pertemuan wakil ABIM dengan Saudara Vicente Paolo, daripada South Centre Geneva, yang juga merangkap Timbalan Pengarah South Centre Geneva, membincangkan beberapa isu penting di peringkat Antarabangsa yang melibatkan malaysia dan yang mempunyai implikasi serta kesan ke atas Malaysia seperti isu TPPA dan sebagainya.
Oktober 2013: Di Pejabat İslamic Relief Center Geneva. Bersama Saudara Jamal Krafess, Pengarah İslamic Relief Geneva. İRG ialah badan Hak Asasi dan Kemanusiaan, berpusat di Birmingham London, mereka juga punya pejabat di Malaysia. Kunjung hormat membincangkan kerjasama strategik bagi menangani isu-isu serta krisis umat di serata dunia secara bersama inshaAllah. Demi ummat tiada sempadan negara bisa memisahkan kita.
22hb Oktober 2013: Bergambar kenangan bersama
Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM), ketika Program Diskusi UPR
di Dewan MPBJ, Petaling Jaya. 

Mac 2014: Saudara Anwar dan Saudara 
Haji Amidi, Presiden ABIM, dalam satu sesi 
Sidang Media ABIM, sebelum bertolak ke 
KLIA untuk ke Geneva.
Saudara Anwar dan Saudara Syazwan 
(Naib Presiden PKPIM), ketika rakaman 'Global 
Review' di WAP TV sebelum bertolak ke 
KLIA untuk ke Geneva.
Saudara Anwar dan Saudara Raimi bergambar 
kenangan, sebelum berlepas ke Geneva.

Mac 2014: Saudara Anwar dan Saudara Raimi 
berkesempatan bertemu cendekiawan Islam, 
Prof Dr Tariq Ramadan di Geneva.
27hb Mac 2014: Rakaman 'Global Review' di WAP 
TV berkenaan status tuntutan Malaysia di 
Persidangan UPR di Geneva.
ISU COMANGO: ABIM HANTAR DELEGASI KE SIDANG UPR DI GENEVA.
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) telah menghantar dua orang delegasi selaku perwakilan NGO negara ini ke sidang “Final Adoption Of Malaysia’s UPR (Universal Periodic Review) Report” oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) yang akan diadakan 20hb Mac 2014 ini di Geneva. Sidang ini merupakan susulan daripada pembentangan UPR yang telah diadakan pada penghujung 2013 yang lalu.
Delegasi tersebut disertai oleh Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim, Naib Presiden ABIM dan Ketua Biro Undang-Undang ABIM, Saudara Khairul Anwar Ismail. Kedua-dua mereka telah mewakili pihak NGO Malaysia di ‘2nd Regional Consultation of ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights with Civil Society Organization on ASEAN Human Rights Declaration di Manila’ pada September 2012.
Walaupun terdapat tekanan yang kuat dari kumpulan pelobi dan gabungan hak asasi manusia di peringkat ASEAN untuk mengiktiraf hak dan amalan LGBT, tampak jelas bahawa keyakinan majoriti masyarakat beragama di rantau Asia Tenggara ini masih tidak dapat menerima, bahkan dengan tegas menolak usul agar hak dan amalan LGBT dari diiktiraf.
Untuk sidang pada 20hb Mac 2014 ini, wakil Malaysia dari ABIM mengutarakan respon terhadap pandangan serta tuntutan wakil-wakil negara asing ketika permulaan sidang UPR pada tahun 2013 yang lalu. Kedua-dua orang wakil ABIM mendapat hak serta peluang untuk bersuara oleh sekretariat persidangan UNHRC di Geneva.
Penyertaan ABIM ini dibuat berdasarkan kepada pembabitan ABIM dalam beberapa perbincangan serta wacana berkaitan keseluruhan proses semakan UPR ini dengan pelbagai pihak seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), NGO-NGO Pro Hak Asasi Manusia (PROHAM) serta NGO-NGO Islam serta Civil Society Organisation (CSO) dalam dan luar negara yang lain.
Daripada 232 cadangan; Malaysia menerima 150 cadangan dan menolak 82 cadangan daripada negara-negara anggota PBB. Kebanyakan wakil-wakil Negara lain memuji usaha Malaysia di dalam usaha meningkatkan prestasi hak asasi di dalam negara.
Saudara Raimi dan Saudara Anwar turut berkesempatan untuk bertemu dengan Prof. Dr. Tariq Ramadhan, ilmuan Islam dari Universiti Oxford yang juga merupakan cucu kepada pengasas Ikhwanul Muslim As-Syahid Imam Hassan al-Banna yang syahid di tangan pemerintah Mesir.  Walaupun telah beberapa kali bertemu, tetapi pertemuan kali ini lebih sentimental, di kampung kelahirannya, Geneva, selepas bapanya, Said Ramadhan dibuang negeri dari negara asalnya Mesir oleh Presiden Jamal Abdul Nasir. 
Dalam persidangan tersebut, Malaysia dengan tegas menolak LGBT sebagai satu hak kerana ia bertentangan dengan undang-undang, agama dan moral manusiawi. Syukur kerana Malaysia masih lagi merupakan negara yang beragama dan rakyat Malaysia masih lagi rakyat yang beragama. Semoga Malaysia akan terus terpelihara daripada sebarang percubaan untuk memesongkan rakyat dan pemimpinnya daripada nila-nilai keagamaan. 
Berikut disertakan Kenyataan Rasmi ABIM bersempena Final Adoption Of Malaysia Universal Periodic Review (UPR), Geneva Switzerland, 20 Mac 2014:
Walaupun usaha Kerajaan Malaysia untuk memberi ruang kepada pengamalan hak sivil dan berpolitik di Malaysia dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Buang Negeri 1959 dan Akta Kediaman Terhad 1933 patut dipuji, namun tindakan Malaysia dilihat terkebelakang menjelang sesi UPR kali ini apabila memperkenalkan beberapa undang-undang pencegahaan baru seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Perhimpunan Aman 2012 serta pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah 1956 (PCA).
SOSMA sendiri antara lain membenarkan penahanan dibuat selama 48 jam termasuk penahanan tanpa dikemukakan sebarang dakwaan kesalahan yang melangkaui proses semakan kehakiman yang dibenarkan untuk dibuat selama 28 hari sementara PCA membenarkan penahahan dibuat tanpa bicara selama dua tahun.
Kami menyatakan kekesalan kami terhadap perkembangan yang berlaku lebih-lebih lagi apabila undang-undang ini diluluskan dalam masa yang begitu singkat, tanpa melalui proses konsultasi yang menyeluruh dengan pihak-pihak yang berkepentingan serta hampir tiada langsung sidang perbahasan mengenai undang-undang ini di Parlimen. Kami dengan ini mendesak Kerajaan untuk menyemak semula dan membuat pindaan yang bersesuaian kepada akta ini agar selari dengan standard antarabangsa.
Mengambil kira kedudukan sejagat ‘Doctrine of the Marigin of Appreciation’ dan ‘Cultural Relativist’ dalam pengamalan hak asasi manusia, kami menggesa Kerajaan Malaysia untuk mengambil pertimbangan yang sewajarnya dengan mengambil kira kepentingan moral dan sensitiviti agama dalam memberi maklum balas mengenai cadangan berkaitan Sexual-Orientation and Gender Issues (SOGI) dan Lesbian Gay Bisexual Transgender (LGBT).
Hakikatnya, hak berkaitan LGBT tidak diiktiraf dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN pada November 2012 dan ini menunjukkan secara jelas bahawa sentimen nilai moral masih teguh dalam kalangan warga ASEAN. Namun, kami mengecam penggunaan undang-undang berkaitan homoseksual dalam Kanun Keseksaan bagi tujuan politik untuk mensabitkan seseorang pesaing politik yang dipilih secara demokratik.

Kami melihat bahawa Kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk memastikan tahap perlindungan tertentu serta pengurusan penjagaan bagi membantu pelarian, pemohon suaka dan mereka yang tidak mempunyai negara-terutamanya orang Rohingya dari Burma walaupun Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 dan Konvenyen Mengenai Orang Tidak Bernegara 1954.
Namun, kami menegaskan bahawa Malaysia perlu memperbaiki aspek jaminan hak mereka untuk mendapat akses kepada perkara yang melibatkan perundangan terutamanya hak berkaitan akses mendapatkan bantuan guaman, hak diwakili peguam, hak mendapatkan perbicaraan yang adil dan perlindungan daripada dihantar pulang ke negara asal. Dengan pelaksaanan langkah berikut, kami percaya Malaysia di jalan yang betul dalam menandatangani kedua-dua Konvensyen untuk sesi UPR yang akan datang.
Dalam suasana pertembungan politik di Malaysia sekarang, kami mendesak Kerajaan untuk terus bersama secara demokratik dengan kelompok minoriti dan mengelak dari melakukan sebarang bentuk diskriminasi atau sebarang langkah-langkah tidak demokratik untuk menafikan hak mereka yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kami juga merayu supaya Kerajaan Malaysia memperbaiki mekanisme bagi sesi dialog dan perbincangan sebagai langkah penyelesaian yang baik dan terkehadapan dalam merungkaikan isu-isu panas berkaitan konflik antara agama dan ekstremisme, baik dalam agama atau antara agama di Malaysia.”

---------------------------------------------------------
Sumber:
  1. https://www.facebook.com/ABIMPUSAT?fref=ts;
  2. https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia?fref=ts;
  3. http://chedinsphere.blogspot.com/2013/10/wakil-abim-di-sesi-semakan-berkala.html;
  4. http://chedinsphere.blogspot.com/2014/03/isu-comango-abim-hantar-delegasi-ke.html.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan