Khamis, Mac 13, 2014

ABIM kecam penganjuran ‘Pink Dot Penang 2014’


Poster promosi acara ‘Pink Dot
Penang 2014
’ yang dijadual untuk 

dijalankan di George Town, 
Pulau Pinang. 
Laporan polis berkenaan
acara ‘Pink Dot Penang 2014’ .
Logo 
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Saudara Amidi Manan
Presiden ABIM dan mantan 
Presiden PKPIM.
Saudara Amidi sewaktu berucap
dalam satu majlis.
Setiausaha Agung ABIM: 
Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz.
Dari kiri: Saudara Ahmad Nazrin (PKPIM),
Saudara Anuar Manap (Setiausaha Agung PKPIM), Saudara 

Muhammad Faisal Abdul Aziz (Setiausaha Agung ABIM) 
dan Saudara Ahmad Fahmi Mohd Samsudin 
(Penolong Setiausaha Agung ABIM).   
Menikmati hidangan makan tengah
hari di Kompleks Pertama, usai membuat
laporan polis dan sidang media.

Syukur, alhamdulillah.
ABIM kecam penganjuran ‘Pink Dot Penang 2014’
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) membantah penganjuran acara ‘Pink Dot Penang 2014’ di George Town, Pulau Pinang yang dipercayai bertujuan meraikan kumpulan Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT). Poster acara tersebut telah dimuat naik di Internet, dan dijual untuk berlangsung di 1926 Heritage Hotel pada Mac 29.
ABIM berpandangan bahawa acara sebegitu amat bercanggah dengan nilai-nilai pelbagai agama dan adat budaya di Malaysia, kata Setiausaha Agungnya, Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz. Katanya, berdasarkan rujukan terhadap laman Pink Dot Singapore, pada tahun 2013, acara seumpama itu telah diadakan secara besar-besaran “…dengan tujuan menyeru persamaan hak bagi komuniti LGBT agar hubungan sesama jenis tidak dianggap suatu yang negatif”.
ABIM memandang berat penganjuran acara sebegini sebagai satu usaha yang biadab dan jelas tidak menghormati sentimen majoriti masyarakat Malaysia yang rata-ratanya berpegang teguh dengan ajaran agama. Acara sebegini seolah-olah ingin membawa anasir kebebasan percintaan songsang yang telah kedengaran di merata pelosok dunia termasuk di negara-negara maju seperti UK, Perancis dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan.
Namun, ABIM juga menilai acara tersebut sebagai reaksi dari sikap dan persepsi buruk masyarakat yang amat keterlaluan hingga mengakibatkan hilang pertimbangan keadilan dalam keadaan tertentu ketika menghukum mereka sebagai seorang warganegara hanya atas dasar mereka cenderung dengan kelompok LGBT,” tambahnya.
Bagaimanapun, katanya, ABIM melihat memadai untuk kelompok ini didekati dan diberikan bimbingan tidak sehingga diberikan pengiktirafan meluas menerusi acara seperti yang dirancang.
Sehubungan itu, katanya, ABIM akan menghantar surat bantahan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Pejabat Menteri serta Pejabat Ketua Pembangkang.
Selain itu, katanya, ABIM bersama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah membuat laporan polis pada 13hb Mac 2014 (Khamis) pada lebih kurang jam 12 tengah hari, menuntut siasatan dilakukan kerana ia bercanggah dengan semangat yang terkandung dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang secara terang-terangan mengiktiraf Islam dan agama-agama lain sebagai teras kepada nilai kenegaraan.
Malaysia tidak mempunyai undang-undang terhadap homoseksual, tetapi liwat adalah satu jenayah di bawah Kanun Keseksaan yang boleh disabitkan hukuman penjara sehingga 20 tahun. Pada tahun 2011, acara yang sama ‘Seksualiti Merdeka’ di Kuala Lumpur telah diharamkan, di mana kira-kira 30 anggota polis menyerbu majlis itu semasa ia sedang berjalan.
Berikut merupakan kenyataan rasmi ABIM yang dibacakan oleh Setiausaha Agungnya, Muhammad Faisal Abdul Aziz:
ABIM KECAM PENGANJUR PINK DOT PENANG 2014
ABIM merujuk kepada hebahan poster yang dimuatnaik di internet baru-baru ini yang mempromosi acara ‘Pink Dot Penang 2014’ pada 29 Mac 2014.
ABIM membantah penganjuran acara tersebut yang dilihat bertujuan meraikan kumpulan Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT) dan berpandangan acara sebegitu amat bercanggah dengan nilai-nilai pelbagai agama dan adat budaya di Malaysia.
Berdasarkan rujukan terhadap laman Pink Dot Singapore, pada tahun 2013 acara seumpama ini telah diadakan secara besar-besaran dengan tujuan menyeru persamaan hak bagi komuniti LGBT agar hubungan sesama jenis tidak dianggap suatu yang negatif.
ABIM memandang berat penganjuran acara sebegini sebagai satu usaha yang biadab dan jelas tidak menghormati sentimen majoriti masyarakat Malaysia yang rata-ratanya berpegang teguh dengan ajaran agama. Acara sebegini seolah-olah ingin membawa anasir kebebasan percintaan songsang yang telah kedengaran di merata pelosok dunia termasuk di negara-negara maju seperti UK, Perancis dan lain-lain.
Namun ABIM juga menilai acara tersebut sebagai reaksi dari sikap dan persepsi buruk masyarakat yang amat keterlaluan hingga mengakibatkan hilang pertimbangan keadilan dalam keadaan tertentu ketika menghukum mereka sebagai seorang warganegara hanya atas dasar mereka cenderung dengan kelompok LGBT.
Walaubagaimanapun, ABIM melihat memadai untuk kelompok ini didekati dan diberikan bimbingan tidak sehingga diberikan pengiktirafan meluas menerusi acara seperti yang dirancang.
Dalam perkembangan berkaitan, ABIM juga akan mengemukakan surat bantahan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), termasuk Pejabat Y.A.B Perdana Menteri serta Pejabat Y.B Ketua Pembangkang selain membuat laporan polis menuntut siasatan dilakukan kerana ia bercanggah dengan semangat yang terkandung dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang secara terang-terangan mengiktiraf Islam dan agama-agama lain sebagai teras kepada nilai kenegaraan.”


* Kemas kini entri:
Dalam satu perkembangan terbaru, NGO hak asasi, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) cawangan Pulau Pinang mengumumkan bahawa acara Pink Dot Penang 2014 dibatalkan demi keselamatan peribadi penganjur dan para peserta.

Satu kenyataan Suaram Pulau Pinang menyebut, keputusan itu diambil selepas mengambil kira bantahan oleh pihak yang menyifatkan acara pada 29 Mac tersebut sebagai “pesta seks”. Dalam kenyataan tersebut, NGO itu menafikan dakwaan berkenaan dan menjelaskan ia merupakan acara sosial terbuka untuk masyarakat minoriti bertemu dan berinteraksi.
“Acara ini bukan satu parti seks seperti yang didakwa oleh segelintir kumpulan. Itu adalah fitnah semata-mata. Suaram Pulau Pinang mengumumkan pembatalan acara ini selepas mengambil kira pandangan pelbagai organisasi yang lain dan juga selepas mengambil kira keselamatan peribadi pihak penganjur dan peserta-peserta.”
Pink Dot Penang 2014 pada asalnya dianjurkan oleh Suaram, Penang Freedom to Love dan Rainbow Connection dan akan berlangsung pada 29 Mac ini di Hotel Heritage 1926 dan Yard Cafe, Jalan Masjid Kapitan Keling. Peserta dikenakan bayaran di antara RM45 hingga RM50 untuk menyertai satu bengkel mengenai hak asasi dan satu parti pada sebelah malamnya.

Acara itu mendapat tentangan daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), dan Pemuda PAS, antara lainnya kerana meraikan kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT).

“Menegakkan Kebenaran dan Keadilan”.
.
--------------------------------------------
Sumber:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan