Jumaat, Februari 15, 2013

Kali Terakhir Supermokh menyarung jersi kebangsaan.


Kali Terakhir Supermokh menyarung jersi kebangsaan.
Meskipun telah mengumumkan persaraannya daripada pentas antarabangsa, akhirnya Supermokh kembali untuk mewakili Malaysia buat kali terakhir pada 19hb Mei 1985 di Korea Selatan. Beliau kembali atas rasa cintanya kepada tanah air serta rasa ralatnya kerana tidak dapat menyertai dan membantu skuad kebangsaan yang layak ke Sukan Olimpik 1980. Latihan skuad kebangsaan telah dijalankan di Bukit Fraser, Pahang.   Di Korea Selatan, skuad kebangsaan telah diberikan padang latihan dengan kualiti yang teruk, jauh dari hotel penginapan serta perkhidmatan pengangkutan yang sentiasa lewat. Malaysia yang diletakkan dalam Zon B (Kumpulan 1), pada asalnya menang 1-0 ke atas Korea Selatan pada 10hb Mac 1985; seri 0-0 dengan Nepal pada 31hb Mac 1985; dan menang 5-0 ke atas Nepal pada 31hb Mac 1985. Kendati pun, pada 1985, Malaysia yang berdepan 70,000 orang penyokong Korea Selatan, tunduk 0-2 kepada pasukan tersebut.
  • Pemain Malaysia: Ong Yu Tiang, Ibrahim Saad, Zaidi Mokhtar, Kamarulzaman Yusof, Lim Teong Kim, P. Dharmalingam, Yunus Alif, Nasir Yusof, Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan dan Mokhtar Dahari. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan