Jumaat, Februari 15, 2013

Penampilan awal Supermokh bersama PKNS FC.


10hb November 1976: PKNS FC lawan NSI FC.
Dibarisi oleh Supermokh yang masih belia ketika itu, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) telah menewaskan Negeri Sembilan Indians (NSI FC) di Stadium Merdeka dalam perlawanan Piala FAM. PKNS FC berjaya melangkah ke Pusingan Kedua Piala FAM apabila mengalahkan NSI 6-2. Gol-gol PKNS FC dijaringkan oleh Supermokh (3 gol); N. Ramachandran (2 gol) dan Santokh Singh. Dua gol NSI pula dijaringkan oleh Ramli Junid dan Ramli Ahmad. Kendatipun, PKNS FC tewas kepada Pemuda UMNO Selangor FC, 0-1 pada Peringkat Suku Akhir empat hari berikutnya di gelanggang yang sama.

Separuh Akhir Liga FAS 1976: PKNS FC lawan MCIS FC.
Meskipun dianggotai oleh Supermokh, bintang bola sepak Selangor yang sedang meningkat naik ketika itu, PKNS FC telah tewas 2-4 kepada pasukan MCIS FC yang turut dibarisi oleh ‘Towkay’ Soh Chin Aun. Perlawanan ini berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan