Selasa, November 27, 2012

Piala AFF Suzuki 2012: Quo Vadis, Harimau Malaya?


Kobar jiwa semangat.
2003: Piala Asia Liga Perdana FA di Malaysia
yang turut disertai Newcastle FC, mencatat sejarah manis
buat Hai-O  apabila berjaya menjaringkan gol
sewaktu menentang Chelsea FC.
Barisan skuad kebangsaan yang menentang
Chelsea pada tahun 2008 di Shah Alam.
Julai 2008: Pasukan negara tewas 0-2 kepada
Chelsea FC, di mana Amirulhadi dan Indra Putra
menyerlah dalam perlawanan tersebut.
Amri Yahyah, lagenda Selangor yang menjaringkan
dua gol sewaktu menentang  Manchester  United.
Beraksi cemerlang dalam saingan Piala Malaysia 2012,
tetapi gagal menambat hati Datuk Rajagobal.
Kenangan 2011: Skuad negara di bawah Ong Kim Swee,
yang dibintangi lima orang ketua pasukan berpengalaman:
Norhafiz Zamani Misbah, Hairuddin Omar, Badhri Radzi,
Amri Yahyah dan Shahrulnizam Mustapa.
Aksi Piya sewaktu menentang Chelsea FC.
Julai 2011: Satu-satunya aksi Piya bersama skuad
kebangsaan, sewaktu menentang Chelsea FC,
di bawah kendalian Ong Kim Swee.
Malaysia tewas tipis 0-1.

Daudsu yang beraksi cemerlang bersama
Johor FC dan Kelantan FA, kali terakhir beraksi bersama
Malaysia pada 2011, sewaktu menentang
Chelsea FC bersama Piya.
Semoga Harimau Malaya bangkit semula. 
******************************************************************

Haruskah aku kalah lagi, setelah kalah dan kalah?
Mestikah aku jatuh lagi, setelah jatuh dan jatuh?
Atau harus aku gali kubur kita berdua
dan kutancapkan tonggak kayu atas kemenanganku?
Keputusannya ada pada sikapmu dan suasana di batinku.
-- “Sajak Pendek Bagi I.R.” (Ebiet G. Ade).

Lirik yang menyentuh dan membekas karya Ebiet G. Ade ini begitu dekat dengan jiwa saya, usai menonton perlawanan membabitkan skuad senior kebangsaan, seputar Piala Asia AFC 2007. Gelanggang sebesar Stadium Bukit Jalil ketika itu hanya diisi oleh segelintir penyokong bola sepak Malaysia, yang tegar memberi sokongan dan dahagakan kejayaan. Dalam perlawanan menentang Uzbekistan itu, Malaysia tewas 0-5, selepas tewas 1-5 kepada Republik Rakyat China dalam perlawanan pembukaan sebelumnya. Ketika itu, hampir tiada siapa yang memberikan harapan kepada skuad senior negara untuk mencapai kejayaan. Kendatipun, semua ini mula berubah bilamana skuad Bawah-23 Tahun Malaysia memenangi Pestabola Merdeka 2007, dan seterusnya memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 di Laos dan Piala Suzuki AFF 2010. 

Rentetan daripada kemenangan tiga kejohanan ini, ramai mula membuka mata dan menghadirkan diri ke stadium. Masing-masing memuji prestasi pemain negara dan tidak kurang memasang tekanan, bahawa skuad negara (yang kemudiannya terkenal dengan gelaran ‘Harimau Malaya’) akan kembali menjadi jaguh Asia dan seterusnya layak ke Piala Dunia 2014 di Rio de Janeiro, Brazil. Namun, kita gagal layak ke Piala Dunia 2014, selepas tewas kepada skuad naturalisasi Singapura dengan agregat 4-6. Seharusnya, jurulatih telah merombak skuad selepas kegagalan tersebut. Malangnya, majoriti pemain yang gagal mengekalkan prestasi, masih dikekalkan sehinggalah malam kelmarin.

Kelmarin, 25hb November 2012, lagu “Sajak Pendek Bagi I.R” kembali terngiang-ngiang di gegendang telinga saya. Saya tidak marah Malaysia kalah: kita pernah diaibkan oleh Laos sewaktu Sukan SEA 1997 di Jakarta. Cuma, kekalahan kepada Singapura dalam perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF 2012 ini membuatkan saya rasa terganggu. Terganggu dengan rentetan persembahan hambar skuad Harimau Malaya sepanjang siri perlawanan persahabatan, yang didakwa oleh Datuk Rajagobal sebagai perlawanan eksperimen bagi memilih kesebelasan utama negara. Eksperimen tersebut tidak jelas hala tujunya, tatakala terdapat ramai lagi pemain yang beraksi cemerlang dan berpotensi dalam Liga Super 2012 dan Piala Malaysia 2012 yang tidak diserapkan ke dalam skuad Harimau Malaya. Terdapat beberapa bekas pemain utama negara yang bergelut dengan prestasi atau kecederaan seperti Asraruddin Putra, Fandi Othman, Muslim Ahmad dan Amirulhadi. 

Namun, selain pemain skuad Harimau Muda yang bermain cemerlang dalam Liga Singapura, kita masih mempunyai Piya (Badri Radzi), Zairo Anuar Zailani, Indra Putra Mahyuddin, Awe (Nurul Azwan Roya), Nor Farhan Mohammad, Daudsu Jamaluddin (Kelantan FA); Amri Yahyah, Afiq Azmi (Selangor FA); Ashaari Samsudin (Terengganu FA); Hairudin Omar (ATM FC); dan Nazmi Faiz (SC Beira-Mar); sekadar menyebut beberapa nama. Datuk Rajagobal seharusnya mencontohi pendekatan jurulatih hoki Malaysia, Paul Revington. Pemilihan pemain dibuat berdasarkan prestasi semasa dalam liga.

Sementelahan, skuad negara harus melupakan taktik hantaran jauh dan bola tinggi. Taktik ini pernah digunakan sewaktu Hai-O dan Akhmal Rizal Rakhli bergandingan di barisan hadapan skuad kebangsaan, dan berhasil untuk seketika. Namun, situasi semasa juga menunjukkan peri pentingnya bahagian tengah pasukan negara diperbaiki. Kelemahan bahagian tengah dapat dilihat dengan jelas sepanjang siri persahabatan skuad negara dengan pasukan seperti Hong Kong dan Bangladesh. Kekurangan persefahaman, komunikasi dan kerjasama dapat dilihat sewaktu perlawanan menentang Singapura, meski para penyokong – khususnya Ultras Malaya – tidak putus-putus memberikan sorakan semangat buat skuad negara. 

Aksi longgar inilah yang menyebabkan ramai peminat beransur keluar dari stadium, meski perlawanan masih berlangsung. Pemain seperti Wan Zack dan Mahalli Jasuli sudah seharusnya disenaraikan sejak awal babak permainan menentang Singapura. Penyokong ada yang datang satu keluarga, sejauh Sabah, Sarawak, Johor Bahru dan Perlis, membayar RM30 untuk sekeping tiket. Tidak sedikit yang menuntut jurulatih skuad negara meletakkan jawatan dek kekecewaan rasa. Lantas, kotak memori saya kembali bergelintar segenap kenangan Piala Asia AFC 2007. Akhir kata, semoga skuad Harimau Malaya ‘tidak kalah lagi, setelah kalah dan kalah’. Ayuh, bangkitlah semua, untuk negara. Sokong usah bermusim. Sokong: waktu gagah dan rebah. Selamanya Harimau Malaya.
************************************************
Sumber dan rujukan:
  1. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2003/7/26/sports/5930581&sec=sports;
  2. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=1020&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm;
  3. http://suarasukan1mas.blogspot.com/2011/07/daudsu-ketepi-rasa-gementar.html;
  4. http://mshahreza.blogspot.com/2008/08/post-chelsea-samsung-asia-tour-friendly.html;
  5. http://www.inpho.ie/media/mX7v9oalMBzm3dP91AmXvA..a
  6. http://www.facebook.com/AstroArenaSaluran801
  7. http://www.wanfakhrul.com/2011/07/pilihan-malaysia-0-chelsea-1.html
  8. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Harimaulembik_/Article/;
  9. http://sports.mylaunchpad.com.my/senarai-artikel/artikel/newsid/268644/pincang;
  10. http://ligabolasepakmalaysia.blogspot.com/;
  11. http://www.themalaysianinsider.com/sports/article/singapore-trounce-malaysia-3-0-in-aff-suzuki-cup-group-b-match/.

Ahad, November 25, 2012

Piala Suzuki AFF 2012.

Kobar jiwa semangat.
Gerai menjual cenderahati dan jersi
sudah mula dibuka di perkarangan stadium.
Stadium Bukit Jalil, stadium keramat Harimau Malaya.

Kepada yang berkelapangan; ayuh penuhkan Stadium Bukit Jalil sempena Piala AFF Suzuki 2012. Tiket untuk dewasa berharga RM30 sekeping, manakala RM10 untuk kanak-kanak. Agak mahal, khususnya buat rakyat marhaen yang berhajat menyokong Harimau Malaya untuk setiap perlawanan. Apa pun, selamat berjuang buat skuad kebangsaan. Buat semua; tak salah untuk mengkritik, tapi sokong usah bermusim. Sokong; waktu gagah dan rebah. Kalau bukan kita, siapa lagi?

Lima NGO Lancar Malaysian Gaza Emergency Fund.

Sidang Media dan simbolik
Pelancaran Kempen MyGEF.
Ismail Haniyeh, pemimpin Palestin.
Saudara Nizang (Ahmad Nizamuddin), pemain bass kugiran punk rock ‘Dum Dum Tak’, yang mempunyai ramai pengikut. Beliau turut terlibat dalam penghasilan naskah “Punk Rock: Di Sebalik Fesyen dan Bunyi Bising”. Di Wakaf Che Yeh, Kelantan, sekumpulan anak muda punk rock di sana turut terlibat dalam usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat umum berkenaan isu Palestin, menerusi poster dan helaian kertas yang mengandungi peringatan berkenaan perlunya tindakan tegas diambil terhadap penyokong dan penyalur dana Rejim Zionis Israel.
Antara risalah/poster boikot.
Dua reaksi bertentangan yang jelas: Pemimpin Palestin
tersenyum selepas Rejim Zionis Israel akur dengan gencatan
senjata tajaan Mesir. Sementelahan, pemimpin Rejim
kelihatan sugul dan menahan kemarahan. 
Morsi dan Erdogan, dua pemimpin
Islam yang berpengaruh
.
Januari 2009: Peristiwa dramatik, apabila PM Erdogan
dengan lantang mengkritik pemimpin Rejim Zionis Israel,
Simon Peres berkenaan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
Peristiwa yang berlaku ketika Forum Ekonomi Dunia di Davos,
Switzerland ini, akhirnya membawa kepada Erdogan meninggalkan
pentas dan mengejutkan kesemua ahli panel dan hadirin.  
Di bawah pentadbiran DS Najib dan Recep Erdogan,
hubungan dua hala Malaysia-Turki semakin terjalin erat.
DSAI sewaktu bertemu dengan PM Turki,
Recep Tayyip Erdogan dan Presidennya, Abdullah Gul. 
Tun Dr M dikenali sebagai seorang yang ikrab dengan
Almarhum Presiden Yasser Arafat. Al-Fatihah. Malaysia juga
merupakan negara Asia pertama yang membenarkan
PLO/Fatah membuka ibu pejabatnya di sini.
DSAI sedari jaman belianya aktif menyertai demonstrasi Anti-Israel
dan mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Palestin
seperti Almarhum Yasser Arafat dan Khaled Mishaal.
Pentadbiran DS Najib turut menyuarakan pendirian Malaysia
berkenaan konflik di Palestin. Beliau telah beberapa kali mengadakan
pertemuan dengan pemimpin Fatah, Mahmoud Abbas dan wakilnya.
Pengerusi Yayasan Al-Quds Malaysia, YB Nasharuddin Mat Isa pula
turut mengadakan pertemuan dengan pemimpin Palestin, Ismail Haniyeh.
Pergerakan Hamas dan PLO/Fatah yang suatu ketika
dahulu kuat bertelagah, kini semakin rapat, menerusi semangat
tolak-ansur dan beberapa siri meja rundingan yang dibuat
atas inisiatif beberapa pihak, antaranya,
Kerajaan Arab Saudi dan Mesir.
2002: PAS dan UMNO pernah berkongsi pentas
sewaktu Syarahan Perdana Palestin; yang dianjurkan
atas inisiatif ABIM dan DBP. UMNO diwakili oleh PM ketika itu,
Tun Dr M manakala PAS diwakili Presidennya,
Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Al-Fatihah.
Kenangan 2009: DSAI dan DS Najib yang pernah
berganding bahu dari jaman Pemuda UMNO, berbual mesra
dan menikmati teh tarik di Bangunan Parlimen. Ayuh, semarakkan
politik matang, rasional dan berhikmah. 
Wira tak didendang: Para doktor di Hospital Gaza,
yang tegar berkhidmat, meski berdepan pelbagai
risiko dan kekurangan ubat-ubatan.
Global Peace Mission (GPM), sebuah agensi di bawah
ABIM, turut mengadakan perbincangan dengan
Palestinian Cultural Organization Malaysia, berkenaan
situasi di Gaza yang meruncing.
Wakil GPM, agensi di bawah ABIM, sewaktu
pelancaran tabung untuk dana Gaza-Palestin.
Lima NGO Lancar Malaysian Gaza Emergency Fund.
Meskipun Israel telah bersetuju untuk akur terhadap gencatan senjata yang ditaja oleh Mesir, hal ini tidak bermaksud bahawa kesengsaraan rakyat Palestin telah berakhir. Hal yang demikian, Kempen Malaysian Gaza Emergency Fund (MyGEF) yang menghimpunkan enam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah dilancarkan bagi menggerakkan kutipan dana (funding) untuk bantuan kemanusiaan di Gaza (Bandar Ghazzah, Palestin). Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama dengan Global Peace Mission Malaysia (GPM), Malaysian Relief Agency (MRA), Majlis Perundingan dan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bersepakat dalam menggerakkan kempen ini. 

MyGEF merupakan inisiatif 6 NGO tersebut yang dipengerusikan oleh ABIM; sebagai satu tindak balas secara langsung; kepada serangan Rejim Zionis Israel ke atas Gaza yang bermula pada 8 November yang lalu. MyGEF dilaksanakan  dengan matlamat mengumpul dan menyelaras dana kecemasan yang akan disalurkan terus kepada rakyat di Gaza menerusi wakil MyGEF yang kini berada di Gaza. Kempen yang akan dijalankan selama 3 bulan ini, mensasarkan kutipan sebanyak RM1 juta, in sya ALLAH. Pada hari Jumaat (23hb November 2012), telah berlangsung Sidang Media, Pelancaran MyGEF secara langsung dari Gaza bersama Saudara Sani Araby Al-Kahery, sukarelawan Malaysia yang kini berada di bumi Gaza. Antara bantuan yang diperlukan:
  1. Bantuan perubatan, memandangkan hospital sudah ketandusan ubat dan darah;
  2. Bantuan kepada kehidupan keluarga para syuhada’, terutamanya pembinaan rumah anak-anak yatim yang kehilangan penjaga, demi mempertahan bumi Palestin;
  3. Kemanusiaan dan keperluan yang pelbagai, seperti pakaian dan lain-lain.

Semua perkara di atas amat memerlukan sokongan kewangan daripada kita selaku warga dunia yang prihatin. Ayuh, bersama kita membantu saudara kita di Gaza-Palestin, atas rasa tanggungjawab, persaudaraan dan kebersamaan; dengan sama-sama menyalurkan sumbangan ke:
  • AKAUN BANK ISLAM (ABIM: 1402-3010-029-224).

Isu Palestin bukan sekadar masalah dan ujian untuk rakyat Negara Berdaulat Palestin. Ini isu dan masalah kita semua. Ujian untuk kita. Ujian untuk kita: sama ada kita mahu/mampu untuk bersatu. Ujian untuk kita: untuk menyumbang apa yang termampu. Ujian untuk kita: untuk konsisten menyokong Ghazzah-Palestin. Kita bisa sahaja berbeda ideologi politik. Tapi dalam hal persaudaraan dan kemanusiaan; apalah kiranya jika kita berpadu hati. Hidup Palestina kita. 

**********************************
Sumber:
  1. http://www.ustream.tv/recorded/27215812;
  2. www.gpm.com.my;
  3. http://www.abim.org.my/v1/index.php/arkib-abim/36-entertaiment/353-penubuhan-mygef-kerjasama-stategik-untuk-gaza;
  4. http://www.facebook.com/photo.php?fbid=464333770274972&set=a.197271860314499.42583.195473957160956&type=1&relevant_count=1;
  5. http://www.facebook.com/fadhlinasidek.sidek?fref=ts;
  6. http://www.facebook.com/AmanPalestinMalaysia;
  7. http://www.facebook.com/pages/Dum-Dum-Tak/110645278959307;
  8. http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151216218488046&set=a.315760538045.145669.215868293045&type=1&relevant_count=1;
  9. http://www.nizarazu.com/cara-punk-rock-kelantan-boikot-israel-sangat-mengharukan/;
  10. http://www.facebook.com/nizang/posts/370815026346109.


Bangkit.



Ayuh semarak dan budayakan tulisan Jawi. Bangkit!

Rabu, November 21, 2012

Nostalgia Liga Malaysia: Emile Mbouh Mbouh (Perlis dan Kuala Lumpur)


1995: Emile Mbouh Mbouh: Lagenda Piala Dunia
Cameroon yang beraksi dalam Liga Perdana Malaysia.
Saidin Osman, lagenda Perlis.
1995: Emile bergaya santai.
Skuad Perlis 1995.
1995: Emile memperkenalkan para pemain skuad
Perlis kepada seorang kenamaan. Gambar ini dirakam
sewaktu Kejohanan Piala Scissors di Kerala, India. 


1995: Zahasmi Ismail, bekas pemain kebangsaan
dan Kelantan FA, mempromosikan majalah Arena Bola Sepak
(ABS), yang menjadi kegilaan ramai sekitar 1990an.
Majalah ABS tersebut memaparkan Emile Mbouh
Mbouh sebagai muka kulit depannya,
Emile turut menulis dalam kolumnya sendiri, 
“the Mbouh Mbouh Story”, yang disiarkan 
oleh majalah Football sekitar 1996.

Antara wajah dan aksi Emile sewaktu
mewakili pasukan kebangsaannya.
Latar belakang.
Emile Belmont M’Bouh M’Bouh dilahirkan pada 30hb Mei 1966 di Cameroon, dan pernah beraksi dalam beberapa liga di dunia seperti Perancis, Qatar, Portugal, Singapura dan Malaysia. Emile memulakan kerjayanya dengan pasukan Diamant de Younde pada 1988 di Cameroon, sebelum bersama Le Havre AC di Perancis dari 1988 hingga tahun 1989. Seterusnya, Emile menyarung jersi CS Chenois dalam Liga Switzerland dari 1989-1990. Seterusnya, dari tahun 1990 hingga 1991, Emile menyertai Vitoria de Guimaraes FC dan kelab Sport Benfica e Castelo Branco di Portugal.  Kemudian, beliau menyertai kelab Qatar Sports Club (Qatar) dari 1993 hingga 1994. Pada tahun 1994, Emile menjuarai Piala FA Qatar bersama Qatar SC selepas menewaskan kelab gergasi Qatar, Al-Rayyan, 1-0. Di antara pemain import yang pernah beraksi dalam Liga Qatar dan Liga Malaysia ialah Riyadh Abbas (Kelantan FA dan Johor FA); Semuel Chebli (Perak FA dan Terengganu FA); Merzagua Abderrazak (Pulau Pinang FA) dan Alexander Freeman (Kelantan FA, Perlis FA dan Selangor FA).

Emile, pemain tengah yang serba boleh.

Emile bergambar kenangan bersama skuad Vitoria FC.
Vitoria FC 1990/1991.
Emile dan Benfica FC, 1991/1992.
1990: Aksi Emile dan Roger Milla yang
menghiburkan, sepanjang Piala Dunia di Itali.
Antara aksi Emile sewaktu Piala Dunia 1994 di AS.
Emile bersama pasukan Cameroon 1987/1988.
Emile dan pasukan Cameroon 1989/1990. 

1990: Skuad the Indomitable Lions bersama
jersi mereka yang bersifat langka (rare).
Skuad Cameroon 1990.
Skuad Cameroon yang mencipta sejarah,
layak ke Suku Akhir Piala Dunia 1990.
Emile dan skuad Cameroon 1994.
Menjadi ketua pasukan skuad Cameroon.
Emile mula memegang lilitan ketua pasukan pada lengannya sejak 1988 dan 1989 dan membuat penampilan sebanyak 113 kali untuk skuad ‘the Indomitable Lions’, Cameroon bersama lagenda Afrika, Albert Roger Mooh Miller (Roger Milla). Roger Milla pernah menyertai kelab Indonesia, Pelita Jaya FC pada 1994 hingga 1995. Sewaktu kemuncak kerjayanya, Emile pernah menyertai dua edisi Piala Dunia, iaitu di Itali pada 1990 dan Amerika pada 1994. Emile menjadi ketua pasukan sewaktu Cameroon menghadapi Kejohanan Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat. Kejohanan tersebut telah mencambahkan minat rakyat Amerika terhadap bola sepak, memandangkan sukan seperti besbol, bola keranjang dan bola sepak Amerika (American football) lebih popular daripada bola sepak. Antara lagenda Cameroon yang pernah beraksi dengan Emile ialah: Joseph-Antone Bell, Andre Kana-Biyik, Rigobert Song Bahanag, Emmanuel Maboang, Marc Vivien Foe, Viktor N'Dip, David Embe, Stephen Tataw, Alphonse Tchami, Francois Omam-Biyik. Sweden - Thomas Ravelli, Roland Nilsson, Joachim Bjorklund, Patrik Andersson, Roger Ljung, Jonas Thern, Klas Ingesson, Stefan Schwarz, Hakan Mild, Martin Dahlin, dan Tomas Brolin.

1996: Badrul Hisham Abdullah sewaktu
menyarung jersi Perlis FA. Beliau juga pernah
beraksi untuk skuad Penyu  (Terengganu FA).
1996: Jersi Singa Utara yang pernah
dipakai oleh Emile Mbouh  Mbouh.
Stadium Dato Sheikh Ahmad dalam kenangan.
Stadium Utama Kangar, gelanggang keramat Singa Utara.
Menyertai Liga Malaysia.
Emile Mbouh Mbouh menyertai Perlis FA dalam saingan Liga Perdana Malaysia pada tanggal 3hb Februari 1995. Antara yang pernah beraksi bersama Emile dalam skuad Singa Utara ialah: Zulfikar Abdullah, Amran Omar, Suhaimi Mat Lazim, V.Thinagaran, Suhairi Abdul Karim, Anuar Jusoh, Meor Nasir  Yusof, Noor Mat Jasin, Shukrin Saad, Badrul Hisham Abdullah, Tan Cheng Hoe, Yusri Che Lah, Amirnuddin Ahmad, Sazali Saad, Hilmi Hassan Farouk, Yazi Mat Saad, Khattul Anuar Hamid, Azahar Salam, Yusarman Yusof, Domi Che Non, Sobri Johar, dan Azman Razali, dan Esak Edin Tin. Kemasukan Emile juga menyaksikan Perlis beraksi di stadium baru, Stadium Utama Kangar yang mampu memuatkan seramai 25,000 orang penonton. Sebelum itu, Perlis beraksi di Stadium Dato’ Sheikh Ahmad yang terletak di Jalan Kolam di antara Sungai Perlis dengan kawasan Hospital Kangar. Kewujudannya adalah untuk menggantikan Padang Bandaran yang terletak tidak jauh dari tapak stadium berkenaan bagi pelbagai aktiviti sukan terutamanya pertandingan bola sepak. Kewujudan stadium ini adalah atas usaha bekas Menteri Besar Perlis yang pertama iaitu Allahyarham Tan Sri Sheikh Ahmad bin Mohd. Hashim. Di stadium inilah pemain-pemain terbaik Perlis seperti Ali Osman, Aya, Saidin Osman, Tengu Aziz, Japilus Jahid, Ibrahim, Musa Saad dan ramai lagi beraksi. Perlawanan di Stadium Dato’ Sheikh Ahmad dijalankan pada waktu siang, dan antara pemain-pemain import yang beraksi ketika Liga Semi-Pro itu ialah trio import dari Thailand, Praduphan Jarunya, Nakul Wattanakeunkaan, dan Somkeat Fompeh.

1995: Kelab India, JCT Mills FC menjuarai
Piala Scissors selepas menewaskan Perlis FA, 1-0.
1995: Barisan pemain Singa Utara
yang tewas kepada kelab JTC Mills FC.
Emile bergambar kenangan di Kerala, India.
Turut kelihatan: Rustam Abdulloev dan Victor Ogunsanya.
Skuad Perlis FA 1995.
Menyumbang bakti dan bakat bersama Perlis FA.
Pada tahun 1995, Emile telah membantu pasukan Perlis untuk mara ke Perlawanan Akhir Piala Scissors di Kerala, India. Perlis mendapat tempat kedua selepas tewas kepada kelab tuan rumah, JCT Mills FC, 0-1. JCT Mills FC merupakan Juara Liga Bola Sepak Kebangsaan India (NFL) 1996/1997; Juara Piala Durand sebanyak 5 kali (1976, 1983, 1987, 1992 dan 1996); Juara Liga Bola Sepak Super Negeri Punjab sebanyak 9 kali; Juara IFA Shield 1996 dan Juara Piala Persekutuan India 1995/1996. Antara pengurus Perlis sewaktu era Emile beraksi ialah Shokri Abdullah, manakala antara yang pernah melatih Singa Utara ialah Josef Herel, Bakri Ibni, Manja Man dan Cikgu Abdul Rahman Ibrahim. Selain Emile, Perlis juga pernah mendapatkan khidmat Stephen Okechukwu Keshi, seorang pemain berpengaruh dalam bola sepak Nigeria. Keshi pernah beraksi sebagai ketua pasukan Nigeria dalam Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat dan menyertai lima edisi Piala Negara-Negara Afrika, selain memenangi Piala Negara-Negara Afrika pada 1994. Sementara itu, Emile adalah individu yang bertanggungjawab membawa Victor Ogunsanya ke Liga Malaysia dari kelab Al-Ettihad FC (ketika itu berada dalam Liga Divisyen Satu Qatar). Ogunsanya merupakan pemain skuad Olimpik Nigeria sewaktu Sukan Olimpik 1988 di Seoul, Korea Selatan. Seorang lagi pemain import Perlis, Rustam Abdulloev merupakan pemenang pingat emas Sukan Asia 1994 di Hiroshima, Jepun. Bekas pemain import Pahang, Igor Shkvyrin pula merupakan rakan sepasukan Rustam dalam skuad tersebut. Igor merupakan Pemain Terbaik dan Penjaring terbanyak sewaktu Sukan Asia 1994 (dengan 7 gol dalam 8 perlawanan). Dikenali dalam kalangan peminat Perlis FA sebagai seorang pemain yang cukup berdisiplin tinggi, Emile akan datang sejam awal untuk menjalani latihan. Beliau akan berlari keliling padang, dan menjadi pemain terakhir yang mengakhiri latihannya. Malahan, beliau tidak mengambil berat dengan status ‘bekas pemain Piala Dunia Cameroon’ apabila beliau akan mengelap sendiri sepatu bolanya dan menyimpan sendiri dalam kotak kasut.  Emile pernah mengalami kecederaan jangka panjang apabila kakinya retak dalam satu perlawanan menentang Pahang, sekitar Mei 1996. Meskipun kakinya bersimen, Emile tetap hadir ke Stadium Utama Kangar, untuk menyaksikan rakan sepasukannya berlatih. 

Emile kini mempunyai Akademi Bola Sepak
beliau sendiri di Maryland, AS.
Emile kini lebih menumpukan perhatian
kepada pembangunan pemain  remaja di Amerika Syarikat.
Kehidupan selepas menggantung sepatu bola.
Selepas Perlis FA, Emile selanjutnya menyertai Tiong Bahru United FC di Singapura pada tahun 1997. Tidak sampai setahun di Liga Singapura, Emile kembali ke Liga-M untuk menyertai Kuala Lumpur FA yang turut dianggotai oleh Adilson Roque (Brazil), Noberto Decoud (Argentina) dan sahabat lama Emile, Victor Ogunsanya dari Nigeria. Selepas bersara, Emile terlibat dalam melatih pasukan Bethesda Lions FC Bawah-14 Tahun (ke Kejohanan Bola Sepak Remaja Amerika) Syarikat dan pasukan remaja Rockville FC. Beliau berhijrah ke Amerika sejak 2001. Emile juga mempunyai akademi sendiri iaitu Akademi Bola Sepak Emile Mbouh yang terletak di Maryland, Amerika Syarikat.

Nota kaki:
*************************************************

Sumber:
  1. http://www.facebook.com/jabal.noor.9;
  2. http://www.facebook.com/norazmi.mahmood;
  3. http://www.facebook.com/HangPC2;
  4. http://rizalhashim.blogspot.com;
  5. http://www.utusan.com.my;
  6. http://thestar.com.my/;
  7. http://www.nst.com.my/;
  8. http://www.facebook.com/anuar.cheahmad.5;
  9. http://www.heraldonline.com/2012/07/24/4135514/former-cameroon-world-cup-star.html;
  10. http://wanperlis.com/blog/2012/02/awek-dan-bolasepak/.
  11. http://usssooong.blogspot.com/2011/09/padang-keramat-perlis.html;
  12. http://gloriasdopassado.blogspot.com/2008/04/mbouh.html.