Rabu, September 23, 2015

Haji Mohamad Raimi Ab Rahim Dipilih Sebagai Presiden Baru ABIM.

Haji Mohamad Raimi Ab Rahim Dipilih Sebagai Presiden Baru ABIM.
19hb September 2015 (Kajang): Saudara Haji Mohamad Raimi Ab Rahim telah dipilih sebagai Presiden baru ABIM; menggantikan Saudara Haji Amidi Abdul Manan. Pemilihan ini telah dipersetujui secara konsensus oleh 300 orang perwakilan Muktamar ABIM Kali Ke-44; yang diadakan di Kolej Dar al-Hikmah, Kajang pada 19hb September yang lalu.
Sebelum ini, beliau pernah memegang jawatan sebagai Naib Presiden serta Setiausaha Agung ABIM. Beliau adalah seorang Peguambela & Peguamcara yang beramal; yang berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta Sarjana Kriminologi Universiti Of Kent, United Kingdom. Beliau juga adalah Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) untuk tahun 2003-2005.
Seluruh warga ABIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan Presiden, Saudara Amidi Abdul Manan (yang dikenali sebagai Cikgu Amidi); kerana menunjukkan kepimpinan yang baik dan menginspirasikan. Beliau kini meneruskan baktinya sebagai salah seorang Exco Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) bersama bekas Naib Presiden ABIM, Saudara Hasri Harun.
Berikut adalah senarai kepimpinan ABIM untuk 2015/2017:
Presiden: Mohamad Raimi bin Ab Rahim
Timbalan Presiden: Ustaz Mohd Naim bin Mohd Nor
Naib Presiden I:  Khairul Arifin bin Mohd Munir
Naib Presiden II (Ketua Helwa): Puan Fadhlina binti Sidek
Naib Presiden III: Mohd Khairul Anwar bin Ismail
Naib Presiden IV:  Ahmad Fahmi bin Mohd Samsudin
Naib Presiden V: Cikgu Khairuddin bin Abas
Setiausaha Agung: Muhammad Faisal bin Abdul Aziz
Penolong Setiausaha Agung: Puan Maria binti Kamel
Setiausaha Kewangan: Encik Syahrir Azfar bin Saleh
Barisan Exco ABIM:
  • Dr Zulkifli bin Hasan;
  • Dr Shahrizal Azwan bin Samsudin;
  • Nur Azura binti Kamarudin Sohami;
  • Mohd Shazni bin Abdullah;
  • Hasnul Haniff bin Harun;
  • Mohd Firdaus bin Md Hamsin;
  • Adli Zakuan bin Zairakthaini;
  • Mohd Khairul Ridhwan Adha bin Akhyar;
  • Zairudin bin Hashim;
  • Amalina binti Ismail.

.

Ikan Keli Abah.


Ikan Keli Abah.
Alhamdulillah, banyak juga hasil ternakan ikan keli Abah.
Abah memang rajin, dan air tangannya selalu menjadi.
Semoga Abah terus panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Amin dan in sya ALLAH.
.

Selasa, September 22, 2015

Jamuan Penghargaan Aktivis Syria di Me’nate.

Jamuan Penghargaan Aktivis Syria di Me’nate.
Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada Saudara Faisal Hamdi dan isteri, Puan Faliyana Bt Muda yang sudi menaja ‘Jamuan Penghargaan untuk Aktivis Syria’ di Me’nate Steak Hub, Jalan Genting-Klang, Kuala Lumpur. Turut serta dalam jamuan ini ialah sahabat ‘Faliyana Mom Store’. 
Saudara Faisal merupakan seorang aktivis media yang begitu aktif dalam menyampai berita terkini Syria dan Palestin. Semoga para aktivis kemanusiaan Syria ini, sentiasa kekal dalam tautan kasih sayang yang kuat; dan kukuh ukhwahnya menerusi keluarga besar ini.
Terima kasih Saudara Faisal, kerana kerana sudi berkongsi rezeki lebih dengan kami. Moga ALLAH SWT murahkan rezeki dan limpahkan Rahmat-Nya kepada kita semua.
Menurut Saudara Faisal, jamuan ini diadakan untuk meraikan dan menghargai jasa dan penat lelah para aktivis sukarelawan isu Syria; yang selama ini berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk menyampaikan kesedaran isu Syria kepada rakyat Malaysia, selain mengumpul dana untuk pembangunan kemanusiaan di Syria: dari segi makanan, pakaian, pelajaran, perubatan dan lain-lain.
Demi Syria; untuk Ummah!
* Disclaimer: Jamuan ini tidak langsung menggunakan wang dana kemanusiaan untuk rakyat Syria.
Hasbunallah wanikmal wakil!!!
#Refugees #Syria #Hungarian #Germany #Austria #Vienna #Berlin #Munich #SyrianRefugees #RefugeesUnderAttack #DrownedSyrianBoy #Aylan #WeareAylantoo
Bantulah rakyat Syria untuk membina hari esok yang lebih baik... menyumbanglah walau RM5 mahupun RM10 seikhlas hati anda semua...
Kami di Malaysia Life Line for Syria mengalu-alukan sumbangan daripada sekalian rakyat Malaysia yang budiman...
Ayuh, sertai ibadah Qurban di Syria atau menyumbang untuk bantuan lain seperti pendidikan, susu bayi dan juga perubatan.
Klik pada pautan berikut : www.malaysia4syria.org/qurban1436H
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 20 SEPTEMBER 2015
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi:
Pejabat : 03-41416732
Cik Fiza : 012-2409173
Hulurkanlah bantuan anda, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin…
Ayuh, sebarkan salam!
#Malaysia4Syria #WeWillNeverSurrender #QurbanDiSyria #TheWhiteHelmets #NoLostGeneration #HowManyMore #ShareHumanity #SaveSyria #SyriaNeedsYou #SaveTheChildrenOfSyria #4YearsOfRevolution #StandWithSyria #AssadWarCrimes #PrayForSyria #FreeSyria #PeduliSyria #SebarkanSalam
------------------------------------------------
Teruskan menyumbang ke:
Nama Akaun : SALAM SURIAH RESOURCES
Maybank : 5645-5733-8496
Bank Islam : 12-113-01-005343-3
CIMB : 86020-41215

Email : donation.mllfs@gmail.com
No. Telefon : 0341416732 / 0132226057

*Untuk urusan resit pengecualian cukai, mohon emelkan kepada kami butiran berikut :
1. Nama penuh
2. Alamat
3. No. telefon

* Kepada Tuan/Puan yang ingin membuat sumbangan secara bulanan melalui ‘auto-debit’ (potongan gaji), sila berikan: nama, alamat penuh dan nombor telefon untuk pihak kami hantarkan borang permohonan. Borang ini perlu diposkan kepada MLLFS semula.
 Terima kasih.
.

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...