Jumaat, Ogos 04, 2017

KEMBAR

KEMBAR
Dari zaman rambut pacak-pacak sampai sekarang zaman rambut belah tepi tepek pomade, produk gilapan Negeri Sembilan ini rupanya keduanya dah pun cecah usia 30 tahun.
Kekembaran mereka berdua buatkan Halim Napi tersalah beduk. Kepopularan mereka berdua bukan setakat di ruangan sukan akhbar tempatan malah turut hiasi majalah-majalah hiburan tanahair. 
Dah macam sifir bola dunia, kalau pemain bola sepak itu harus dipasang-pasangkan dengan artis.
Ada dua ciri yang sama antara mereka berdua meskipun bermain di posisi berbeza. Kepantasan.
Ingat-ingat balik Pestabola Merdeka 2007, macam mana punya laju si Zaquan berganding denganSafee Sali membelah pertahanan lawan dan macam mana punya kental si Aidil kemudi benteng pertahanan. 
Dilatih oleh K. Rajagopal, generasi Piala Asia 2006 Bawah 20 Tahun yang diketuai oleh Aidil ini lah pencetus kepada kebangkitan bola sepak negara, meskipun sejenak.
Alahai, mereka ini lah yang kau, kau dan kau ejek serta 'boo' masa lawan MyTeam dahulu. Buat-buat lupa ya. 
Selamat maju jaya buat kamu berdua. 

Muda lagi baru 30 tahun. Ada sisa usia lagi menabur khidmat untuk negara jika diperlukan. Kalau dipanggil itu sahut lah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan