Jumaat, Ogos 04, 2017

HALIM NAPI, DAN WARNA-WARNI PENJAGA GAWANG 90AN.


















HALIM NAPI, DAN WARNA-WARNI PENJAGA GAWANG 90AN.
Sepertimana posisi penyerang, penjaga gol juga sangat diingati ketika kancah Liga-M berlangsung dengan meriah pada era 90an.
Bercakap tentang Kelantan FA, mustahil kita boleh mengabaikan nama besar ini: Mohd Halim Napi.
Anak jati Kota Bharu ini lahir pada 1971.
Tinggi lampai, bertubuh sasa dan berwajah bengis. Pastinya membuatkan penyerang lawan sedikit berkira-kira bila berdepan dengan personaliti ini.
Lebih dikenali sewaktu bersama skuad Sang Kijang, Halim juga pernah menyarung jersi Negeri Sembilan FA dan JKR Kelantan.
Malah, ketika penghujung kerjayanya, beliau turut bermain bersama The Red Warriors, ketika era awal tranformasi pasukan itu.
Bukan sedikit kes amukannya menjadi cerita sensasi di dada akhbar. Namun, para penyokong setia Kelantan pasti tidak akan melupakan jasanya buat pasukan Negeri Cik Siti Wan Kembang.
Meskipun diselubungi dengan pelbagai kontroversi dan kes naik-turun mahkamah, Halim akan terus dikenang sebagai antara penjaga gawang yang mempunyai nama besar, dalam arena bola tempatan.
Tuan-tuan, kami persembahkan kepada kalian, Mohd Halim Napi.
Gomo Kelate Gomo! Sep kito jange pecoh!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan