Khamis, April 06, 2017

KERUSI PRESIDEN FAM: ABIM UCAP TAHNIAH KEPADA TMJ.

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan

KERUSI PRESIDEN FAM: 
ABIM UCAP TAHNIAH KEPADA TMJ.
1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan tahniah kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang diumumkan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu pada Kongres FAM ke-53, pada 25hb Mac 2017 (Sabtu).
2. Sesungguhnya, tidak sedikit harapan yang diberikan oleh para peminat sukan tempatan khususnya bola sepak menerusi perlantikan ini.
3. Selain soal audit terhadap kewangan FAM seperti yang telah diumumkan oleh pihak TMJ, pastinya ramai yang mengharapkan agar usaha keras yang segera dilakukan, bagi mengangkat semula martabat bola sepak negara.
4. ABIM berpandangan bahawa pengurusan liga serta pasukan kebangsaan yang lebih telus dan berwibawa; dapat menambah kemampuan untuk membolehkan kita layak bersaing dalam kejohanan peringkat Asia dan dunia secara merit. 
5. Selain itu, ABIM tegas menyatakan bahawa penswastaan bukan hanya berlegar soal menambah nama pasukan dengan jenama 'United', 'City', mahupun 'Football Club' (sekadar beberapa contoh). 
5.1. Tetapi lebih daripada itu, perlu diiringi dengan kesungguhan untuk menguruskan pasukan tersebut dengan penuh integriti dan profesional; merangkumi soal pemilihan jawatankuasa pentadbiran pasukan yang cekap, program pembangunan tunas yang berkesan, serta soal kebajikan dan kontrak pemain diseliakan dengan serius.
5.2. Begitu juga dengan isu pemasaran dan kewangan pasukan. ABIM percaya, dengan kesungguhan untuk memasarkan pasukan dengan kaedah yang betul dan serius, bukan sahaja dapat menarik penonton untuk hadir memenuhi stadium, tetapi juga menambah kantung pasukan menerusi penjualan produk (seperti jersi serta 'merchandise' lain) yang dibeli oleh para penyokong.
6. Hal yang demikian, besarlah harapan ABIM agar barisan kepimpinan baru FAM di bawah TMJ, dapat membawa perubahan sebenar dalam bola sepak Malaysia -- sukan yang paling popular di negara kita.
7. Berkenaan isu hooliganisme (samseng bola sepak) dan mengatur perlawanan dalam kalangan sesetengah peminat dan pemain bola sepak tempatan, ABIM berharap agar pihak FAM dapat bertindak dengan tegas bagi menangani gejala tersebut.
8. Bagi pihak ABIM, siri wacana, diskusi dan pembangunan sukan di institusi-institusi pendidikan kerakyatan seperti Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI), Sekolah Rendah dan Menengah Islam (SERI/SEMI), dan Tahfiz ABIM akan diteruskan; kerana riadah atau bersukan adalah Sunnah Nabi Muhammad SAW; yang terkenal sebagai pemimpin agung nan tangkas lagi sihat. 
Ayuh sejahterakan Malaysia dengan dakwah. Jom sukan!
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan