Khamis, April 06, 2017

ABIM KECAM SERANGAN KE ATAS PARLIMEN BRITAIN (WESTMINSTER).


Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
ABIM KECAM SERANGAN KE ATAS 
PARLIMEN BRITAIN (WESTMINSTER).
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam serangan yang berlaku ke atas kawasan Parlimen Britain (Westminster) yang mengorbankan empat orang termasuk seorang anggota.
Sesungguhnya serangan semberono ini amat dikesali kerana ia menjejaskan keamanan awam di samping meninggalkan kesan emosi yang sangat mendalam kepada rakyat Britain dan masyarakat antarabangsa secara keseluruhannya. 
ABIM juga meluahkan rasa kesal di atas pengakuan I.S yang mendakwa mereka bertanggungjawab ke atas serangan tersebut menerusi Khalid Mashood, yang telah ditembak mati oleh pihak berkuasa Britain. 
Sesungguhnya pengakuan ini seakan-akan ingin mencabar kerukunan serta kestabilan politik Britain yang dibentuk berasaskan kepada kemajmukan latar agama dan bangsa yang pelbagai.
ABIM menegaskan bahawa pengakuan I.S ini bukanlah satu indikasi utama bahawa tindakan ini mendapat sandaran keagamaan dan dalam kalangan umat Islam secara keseluruhan. 
Islam menolak samasekali manipulasi keagamaan ke atas sebarang tindakan ganas yang dilakukan pada masyarakat serta mana-mana kepentingan awam.
Serangan ini haruslah dianggap sebagai sebuah insiden terpencil yang hanya mewakili kepentingan pihak yang tidak bertanggungjawab. 
Justeru, serangan ini diharapkan tidak menjejaskan keharmonian hubungan antara umat Islam dan rakyat Britain keseluruhannya.
Atas dasar ini; ABIM akan meneruskan kempen advokasi untuk menangkis keganasan ekstremism (Counter Violence Extremism) bagi memberi kesedaran menyeluruh kepada masyarakat tentang penyalahtafsiran golongan ekstremis terhadap teks agama di samping kolaborasi antara agama menerusi platform Friendship Group of Interfaith Services (FGIS) dan pelbagai pertubuhan masyarakat madani.
Di akhir ini; ABIM ingin mengajak umat Islam untuk bersolidariti bersama-sama mangsa-mangsa serangan tersebut sebagai manifestasi mendukung keharmonian dan keamanan sejagat.
MOHAMAD RAIMI AB RAHIM,
Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan