Jumaat, November 04, 2016

SEMINAR MASA DEPAN KEBANGKITAN ISLAM DI UNISEL SHAH ALAM.

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
SEPUTAR SEMINAR MASA DEPAN KEBANGKITAN ISLAM: MENGEMUDI KEBANGKITAN GENERASI BARU.
Sekali lagi ingin kita tegaskan, keyakinan ABIM sejak dahulu, bahawa yang memiliki formula menangani persoalan kemajmukan dan pluraliti adalah Islam, bukan cauvinisme, bukan nasionalisme sempit, dan pastinya bukan ‘samseng-isme’”. – Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden ABIM.
29hb Oktober 2016 (Sabtu): Bersama agenda Kebangkitan Islam Jilid 2, Presiden, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim telah menyampaikan Ucapan Dasar sempena Muktamar Sanawi kali ke-45 ABIM di UNISEL Shah Alam. Tajuk besar yang disentuh ialah “Mengemudi Gelombang Nahdah: Memartabatkan Khayra Ummah”.
Saudara Raimi menegaskan bahawa, “Agenda pembinaan Bangsa Malaysia yang didasari oleh semangat persaudaraan tanahair dan ukhuwwah insaniyyah sekaligus bebas dari chauvinisme, rasisme, kecurigaaan dan kecemburuan sosial memang sulit dan berliku. Namun kita tidak punya pilihan selain mengambil jalan kepeloporan yang sememangnya menjadi watak dan jati diri gerakan ini. Jika bukan kita, siapa lagi?”
Saudara Raimi menambah lagi bahawa, “Tidak ada yang lebih membahagiakan buat generasi pewaris baru apabila mendengar sendiri penggerak-penggerak utama ABIM mengungkapkan sejarah perjuangan, jatuh bangun dan hempas pulas generasi pengasas dalam membina wadah, menyebar risalah dan mempelopori gelombang kebangkitan Islam di Malaysia.”
Said Nursi dalam “Risalah Ikhlas” ada menyatakan tugas penyambung risalah Nubuwwah dalam menyampaikan kebenaran adalah perkara yang berat namun ia boleh menjadi ringan dengan sikap kerjasama dan semangat berkongsi pahala. Ditambah dengan rahsia keikhlasan akan membina kekuatan jiwa senilai seribu seratus sebelas (1111) sebagai hasil kerja empat orang. Keikhlasan tidak datang bergolek tetapi perlu kepada usaha dan disiplin kerohanian dan keilmuan yang berterusan serta hanya mengharapkan redha ALLAH SWT dalam semua urusan.
Benar seperti yang diungkapkan oleh Murabbi Umat, Dato’ Dr. Ustaz Siddiq Fadzil, muktamar bukan sekadar rutin tahunan. Muktamar ABIM berbeza dengan pertubuhan yang lain. Muktamar adalah tempat kita bermuhasabah dan meningkatkan amal jamaiy. Muktamar adalah tempat kita mengecas bateri perjuangan kita. Beliau menyeru ahli WADAH-ABIM-PKPIM untuk bangkit membangunkan diri dan Ummah, “Kalau tunggu tidurnya ombak, sampai sudah tidak ke laut. How can you know where you are going when you don’t know where you have been?”
Pada hari tersebut turut berlangsung “Seminar Masa Depan Kebangkitan Islam: Mengemudi Kebangkitan Generasi Baru” di lokasi yang sama. Dalam kupasannya sebagai panelis, Prof. Madya Dr. Zulkifli Hasan menyatakan dengan jelas bahawa Umat Islam perlu futuristik memimpin gelombang baru kebangkitan Islam, “The best way to predict the future is to create it. Apabila berbicara mengenai prospek masa depan yang strategik, sudah banyak buku-buku yang cuba untuk meneroka masa depan dengan penuh dramatik seperti “The Age of the Unthinkable” oleh Joshua Cooper Ramu, “Physics of the Future” oleh Michio Kaku, “The World is Flat” oleh Thomas L Friedman, “Mind Set: Reset Your Thinking and See the Future” oleh John Naisbitt, “Revolutionary Wealth” oleh Alvin Toffler dan “The Post-American World” oleh Fareed Zakaria.”
Dr. Zulkifli yang juga Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang (USIM) menjelaskan lagi, “…namun, sangat sedikit karya berbentuk sebegini yang dihasilkan oleh sarjana dari dunia Islam. Mungkin sudah sampai masanya dunia Islam memikirkan untuk membangunkan secara serius bidang ‘future studies’ dan seterusnya melahirkan lebih ramai pemikir masa depan berwibawa yang dapat membantu merancang dan mendepani cabaran dan realiti masa akan datang dengan lebih sistematik dan strategik.”
Prof. Dr. Khairudin Aljunied (National University of Singapore) pula menyatakan bahawa, “An Islamic activist must be whole. Cannot focus on one portfolio only. This is a crisis in our current Islamic activist and even in our Islamic movement.” Beliau turut menyeru kepada keperluan dialog, “We need to build platforms where groups of different ideologies can come together. And HAMKA did this. Islam bukan untuk orang Melayu (sahaja). Islam adalah Rahmatun Lil ‘Alamin.”
Mengulas tajuk “Islamic Intellectual Reform & Revivalism”, Dr. Ermin Sinanovic, (Pengarah Program Penyelidikan dan Akademik, Institut pemikiran Islam Antarabangsa - Institute of Islamic Thought (IIIT)] menyeru agar kita memikirkan kaedah terbaik untuk menyantuni pemikiran generasi muda, “…nowadays, youth don’t just keep quiet. Young people have more choice today than the past. We need to create new ways that explain what Islam is all about. We ask ALLAH SWT to make us reinvent ourselves so that we can reinvent the better future for our children.”
Pengasas Foresight Studio, Saudara Ahmad Naim Jaafar mengatakan Umat Islam perlu mencorak masa hadapan mereka secara strategik untuk berdapatasi dengan dunia yang pantas berubah. “Memilih hadapan masa yang strategik adalah pilihan yang rumit tapi penting,” jelas beliau sambil menambah, “...masa hadapan Islam bergantung kepada kualiti Muslim. Dengan jumlah penduduk dunia yang beragama Islam sebanyak 1.6 billion, bermakna sebarang perubahan yang berlaku akan memberi kesan besar bukan sahaja kepada muslim sejagat, bahkan ia memberi kesan kepada dunia dan manusia keseluruhannya.”
“Hari ini kita perlu membuat keputusan yang rumit tetapi penting berkenaan masa hadapan Islam dan ummatnya. Masa hadapan yang kita pilih perlu memiliki kuasa gandaan yang strategik!” Tegas Saudara Naim.
Di akhir pembentangan beliau, Saudara Ahmad Naim Jaafar memetik kata-kata Saidina Ali A.S. yang berbunyi, “Kebatilan yang terancang akan menewaskan kebenaran yang tidak terancang”. Generasi ini perlu beradaptasi dengan dunia yang pantas berubah. Ilmuan teks dan ilmuan konteks perlu digabungkan secara berterusan supaya masa hadapan yang strategik ini akan mengangkat Islam dan ummatnya memimpin dan memberi rahmat kepada kemanusian sejagat.
Muktamar ABIM ke-45 memulakan tirainya dengan seruan bangun dan diakhiri juga dengan ingatan untuk bangun. Bermula dengan alunan Sural al-Muzammil dan diakhiri dengan ungkapan bangun oleh Presiden ABIM. “Ayuh, bangun! kita tunaikan tanggungjawab ini!” Seruan Saudara Raimi, Presiden ABIM pada akhir Ucapan Dasar Muktamar, ABIM ke-45 harus menjadi pembakar semangat kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan