Rabu, Ogos 05, 2015

DI BALIK TANGAN TUHAN.

DI BALIK TANGAN TUHAN.
“Kami (Steve Hodge dan Kenny Sansom) menggandakan kawalan setiap kali bola berada di kaki Maradona untuk mengekang kelincahannya.

Ketika bergelut dengan Jorge Valdano, saya pun melakukan ‘flick’ untuk menghantar bola kembali kepada Shilton.
Saya yakin bahawa Shilton akan menerima bola itu seperti biasa.
Tanpa saya duga, sejarah bakal tercipta.
Saya tidak perasan bahawa Maradona sedang berlari ke dalam kotak penalti. 
Ketika melihat bola melambung di atas Shilton, terus menerpa ke dalam fikiran saya, “Ya Tuhan, Aku dah buat silap besar!”
********
Tanggal Jun 1986, hantaran ke belakang oleh Steve Hodge, legenda Leeds United yang menyarung jersi England, membawa kepada antara insiden paling kontroversial dalam sejarah bola dunia.
Bersama satu lagi gol solo yang dianggap antara tercantik di dunia, Maradona telah menghancurkan harapan pasukan England dan rakyatnya.
Kisah ini diceritakan oleh Hodge di dalam bukunya, “The Man With Maradona’s Shirt”.
Beliau turut menyimpan jersi ‘match worn’ Maradona pada hari bersejarah tersebut.

Peristiwa ini juga menyebabkan ada segelintir penyokong fanatik Maradona yang menubuhkan gereja bersama fahaman yang meletakkan Maradona sebagai Tuhan mereka.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan