Khamis, Mei 07, 2015

Sahabat RBS dan LigaKit berkunjung ke Pholio Cafe, Mutiara Damansara.


Sahabat RBS dan LigaKit 
berkunjung ke Pholio Cafe, 
Mutiara Damansara.
Alhamdulillah, Sahabat Retro Bola Sepak (RBS) dan LigaKit berkesempatan mengunjungi kafe ‘Pholio CafĂ©’ hasil usahasama dua bekas pemain bola sepak Malaysia, Shahril Arsat dan Hasnizam Uzir.
YM Tengku Haji Shakirinal’ Amin Sulaiman Shah atau lebih dikenali dengan Tengku Shakirinal’ atau Tengku Nana, yang sentiasa menyokong dan membantu merealisasikan serta membangkitkan semula semangat bola sepak tempatan, khususnya Selangor.
Pholio Cafe terletak di alamat 18, Jalan PJU 7/16, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia, dan beroperasi dari jam 11 pagi hingga 11 malam. Di kafe ini, turut dipamerkan jersi-jersi langka (rare) yang pernah dipakai oleh bintang-bintang Liga-M era 90an.
Segala bentuk pertanyaan bolehlah diajukan ke inbox FB Saudara Shahril atau Saudara Hasnizam sendiri.
Untuk rekod, antara pasukan yang pernah diwakili oleh Saudara Shahril ialah Selangor, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, MPPJ FC, dan KL Plus. 
Saudara Hasnizam pula yang pernah menyertai skuad Kelayakan Olimpik Atlanta 1996 di bawah Claude Le Roy, pernah bermain untuk pasukan Johor dan Johor FC.
Bersama martabatkan jersi serta liga tempatan kita. Padu dan Grande; selamanya.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan