Rabu, April 08, 2015

Bingkisan berkenaan Kembara Syria.

Kemaskini 
Ziarah Kasih 2.0
25hb Mac 2015: Alhamdulillah, sejumlah RM15,000 berjaya dikumpulkan oleh Malaysia Life Line for Syria (MLL4S) melalui arakyat Malaysia yang budiman; untuk tajaan pendidikan anak-anak pelarian Syria yang mendapatkan perlindungan di Jordan. Kita boleh buat lebih baik selepas ini; in sya ALLAH.
Sumbangan telah disampaikan kepada Saudara Jufitri bin Joha, Pengerusi MLL4S dan juga Saudara Khairul Anwar Ismail selaku sukarelawan serta aktivis MLL4S. Semoga ALLAH SWT menerima usaha ini dan mengangkat setiap infaq anda yang budiman sebagai kebajikan di Akhirat kelak. Amin.
Buku Kembara Syria.
Untuk rekod, Saudara Anwar Ismail juga merupakan penulis naskah ‘Kembara Syria: Mengejar Bisikan Bidadari’.
“Perjalanan ini memang perjalanan menuju kematian. Syahid yang diidamkan oleh banyak insan. Setiap yang berlaku tidak menggoyahkan iman. Perjalanan di bumi jihad ini masih panjang. Jika ditakdirkan Allah syahid di bumi ini pun saya telah lama redha iaitu sejak menekadkan diri membuat keputusan menyertai pasukan misi ini.”
Begitulah catatan nurani yang menyentuh jiwa oleh beliau yang juga dikenali sebagai ‘Abu Akhyar Al-Qudsi’, seorang anak muda, yang mengikuti misi bantuan kemanusiaan ke Syria bersama Malaysia Life Line For Syria (MLL4S). 
Beliau, seorang Exco ABIM yang juga merupakan seorang peguam berkongsi pengalaman pahit manis, suka duka dalam buku sulungnya yang akan berada di pasaran April ini.
Buku terbitan Karya Bestari Sdn Bhd setebal 568 halaman dengan harga RM33 ini memaparkan kepahitan, penderitaan, kepayahan, kepedihan dan kesengsaraan rakyat Syria akibat kezaliman dan kekejaman pemerintah mereka. 
Malah, beliau hampir menjadi mangsa tembakan para penembak tepat (snipers) yang berhati kering dan tidak berhati perut. Beliau turut ditangkap dan disoal siasat oleh tentera IS.
Untuk mengetahui dan menyelami penderitaan saudara seagama kita di Syria, jangan ketinggalan mendapatkan naskhah istimewa ini pada bulan April nanti di toko-toko buku dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, di PWTC yang bermula pada 24hb April-3hb Mei 2015.
Yang istimewanya, buku ‘Kembara Syria: Mengejar Bisikan Bidadari’ mendapat penghormatan catatan Kata Pengantar oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samaah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Artikel CEO MLL4S 
dalam Akhbar Sinar Harian.
26hb Mac 2015: Perkongsian isu Syria (primary source) oleh Saudara Syahrir Azfar Al-Halabi, CEO Malaysia Life Line for Syria (MLL4S) yang sudah berpuluh kali ke Syria menghantar bantuan kemanusiaan. Artikel beliau telah disiarkan oleh akhbar Sinar Harian. Terima kasih juga kepada Astro Awani, yang sudi menyiarkan bingkisan serta kupasan berkenaan krisis kemanusiaan di Syria. Alhamdulillah. Rakaman tersebut boleh disaksikan di sini:
Demi Syria, Untuk Ummah.
------------------------------------------------------------------
Sumber dan Rujukan:
  1. https://www.facebook.com/MLL4S?fref=ts;
  2. https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan