Rabu, April 08, 2015

Bangsa Yang Dikempongi.

Bangsa Yang Dikempongi.
Dengar cerita, lebih 20 orang Ahli Parlimen Pakatan tak hadir ke sidang Parlimen sewaktu pembentangan RUU POTA. Ini antara contoh jelas, kenapa rakyat tak perlu bermusuh kerana perbezaan faham parti dan pemimpin politik.
Soal kehadiran sesi pembentangan dan pengundian POTA ini satu isu. Kehadiran setiap sesi juga saya ada sentuh sebelum ini. Baik BN, Bebas mahupun PR. Lebih kepada mengharapkan MP jadi suara sebenar rakyat di Parlimen. Begitulah.
Ada terbaca pandangan dari sahabat lain, mungkin timbul isu pertindihan jadual, program, isu kesihatan dan sebagainya. Memandangkan RUU ini pun diundi pada jam 1 atau 2 pagi, kita lapang dada sajalah dengan alasan yang telah dan akan diberikan.
Cuma saya konsisten menyatakan bahawa, tak perlu taksub dengan pemimpin dan parti politik. Tentang undi MP, kalah menang nombor 2. Tapi kehadiran MP untuk menzahirkan pendirian. Itu penting.
Tak salah meletakkan sikap; tapi jangan sampai taksub. Jangan jadi bangsa yang asyik ‘dicabut giginya’; khuatir kelak -- rongak demokrasi.

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan